Showing posts with label Impose. Show all posts
Showing posts with label Impose. Show all posts

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri dari Perantauan


Besok rayaaaa!!!!
Aku puasa penuh tahun ni. 
Tahun lepas aku puasa penuh jugak. 
Tahun-tahun sebelum tu pun sama.
Time kecik-kecik ja aku selalu ponteng...

Kat atas tu kad raya special aku buatkan untuk korang semua, 
termasuk member-member aku yang rapat.
Haha,, tu cuma impose. Bukan gambar aku betol-betol pun kat Arab Saudi.
Bila buat macam tu, terasa la kuat sikit aura nak raya esok. Haha..

Raya tahun ni bertambah sikit bestnya, sbb aku dh cekap drive kereta. So, beraya rumah member-member dengan kereta la. Bukan kereta aku, tapi kereta mak aku punya, model Viva kaler hitam.

Esok jugak merupakan hari Merdeka, kita sambut merdeka. Bukan selalu Aidilfitri bertindan tarikh dengan hari kebangsaan Malaysia.

Okey la, Salam Aidilfitri buat semua dan Selamat Hari Merdeka!

Tuesday, June 7, 2011

Projek Sem-3 : Photo Manipulation

Projek Picture Manipulation ni bukanlah satu masalah bagi aku. Disebabkan aku dah lama bersahabat dengan Photoshop, so kerjasama yang diberikan oleh photoshop adalah sangat memberansangkan. 
Selok belok kona koni dalam sofware tu aku dah tau dah. Nak memperalatkan wajah2 ubah sana ubah sini adalah sebuah kebahagian yang mudah dicapai.

Dalam projek ni, kitorang pelajar AD Department Grafik Part 3 dikehendaki memanipulasikan gambar. Seeloknya model dlm gambar tu kitorang shoot sniri.
Disebabkan aku terlalu taksub, dgn kefantasian dunia, aku menfantasikan apa yg aku rasa bagus utk disampaikan. Artwerk ni yang bagusnya bila dia ada mesej yg nak disampaikan. 
Bagi aku, mesej2 tu adalah number dua aku nak kena pikir. Yang 1stnya adalah siapkan menda alah ni dulu.
Hahahahah!


Yang ni adalah design 1st. Setan kat atas tu aku amik member aku suruh jadi model nak pinjam muka ngan tangan dia. Jantan ngan pompuan tu aku sniri yang belakon. Kalau nak peluk pompuan betoi2 tu mmg boleh, tapi dlm UiTM ni mana nak cari port sesuai, bnyk tempat terdedah pada view orang. So, aku kena la gabung picture pastu edit body shape tu. Kat bawah skali, jantan tu aku jugak, peluk Maria Ozawa ngan Selena Gomez. Tak boleh buat betol2, edit pun jadi la...
Botol arak kat belakang aku amik daru Googel ja.

Motif artwerk ni aku nak gambarkan kebinasaan hidup umat manusia dalam dunia maksiat yang dikuasai oleh setan. Tu saja...

^^,

Ni design ke-2, lepas tunjuk kat lecturer, dia pilih yang ni. Pastu muka setan kat atas tu dia suruh tukar amik muka aku. Kena la shoot lg skali tukar ke muka aku. Apa2 pun, aku rasa manipulation aku dlm projek ni paling bagus penah aku buat.

~Sekian~

Thursday, December 23, 2010

Kena Serang dgn Lembu Gila.


Ini budak sudah kena serang sama itu lembu. Padan muka dia, aku yang sengaja bg dia kena serang.
Hahahah! Puas hati. 

Actually, ni cuma impose. Member aku yg mintak aku buat. Motif dia sbb nak sakitkan ati budak ni la. 
Itu pun last2 minit ja aku dpt tau. Lepas budak tu mai maki2.. Ciseng!
Aku yg innocent ni jugak kena. Tp takpa, budak tu attack aku kat fesbuk. Aku pun dh block dia..
Hahaha!

Tuesday, December 14, 2010

Join Edit Photo Contest. Oleh : Cik Dalia

Klik Sini utk ke kontes

Tak penah2 aku join kontes, tetiba pulak tergerak sanubari aku ni nk cuba trai test. Saja syok2 sebenaqnya, disebabkan dah lama aku tak main edit2 gambaq secara advance ni, 
so aku pun buat la semula aktiviti berfaedah ni. Asyik dok lukih kaler lukih kaler ja, kadang2 smpai muak.
Muak ka? Hahaha! Kat atas nu merupakan banner kontes ni yang dianjurkan oleh Cik Qaseh Dalia .
Kontes ni memerlukan pesertanya mengedit gambo ikut kreativiti sniri.
Nak tau syarat2nya, cekidaut kat bwh ni :



SYARAT-SYARATNYA

1. Buat satu post yang bertajuk "Edit Foto Contest" (dalam post tu wajib ada banner contest)
2. Follow blog Cik Dalia
3. Edit gambar ikut kreativiti masing2. Apa2 gambar pon takpe. (bagi tau sekali cara software apa pakai)
4. Tag 4 orang blogger
5. Tinggalkan link post di kotak komen post ni .
5. Tarikh tutupnya 31 Disember 2010 .


Picture aku? Ya... ini dia. Segala penat lelah sudah aku curahkan padanya. Ni adalah impose, aku main tampal2 gambo pastu edit muka aku jadi pucat mcm vampire. So, kat blkng tu adalah member2 aku. 
Hahahaha!

BEFORE

AFTER
(KLIK GAMBO UTK TENGOK BESAQ)

Picture ni aku edit pakai beberapa sofware adobe, iaitu Adobe Photoshop CS4, 
Adobe Photosbop Elements 7.0, dan Adobe Lightroom 2.1 . 
Yang Lightroom tu aku pakai skit2 ja. 
Efek baju dengan kabus merah tu aku pakai PS Elements.
Typing, masukkan hantu, kabus putih, dgn efek pucat, aku pakai Photohop.

Ok lah, setakat ni saja celoteh aku. Kat bwh ni merupakan 4 orang member aku yg bertuah sbb ditag.
Hahaha!  =)

Sideq  /  Nea  /  Ekin  /  Lutfi

Sunday, November 28, 2010

Pendeta Cendawan


Dalam kesibukan orang ramai tak minat dr.rozmey, maka terhasillah artwork impose ni.
Seorang Pendeta bertopi cendawan.

Hahaha! Dalam pada tu, sempat la jugak aku belajar cara-cara menghasilkan gambar lomografi. 
Tu kat atas tu gambar lomografi la. Aku bg nmpak klasik skit. Baru la smart.

Kalau korang nak tau cara-cara menghasilkan gambar lomografi menggunakan Photoshop,
korang blh la klik kat bawah ni


Tuesday, June 29, 2010

Mat Anip Transform jd HERO TAMIL !

~BUKAN MAT ANIP~

Semalam time boring2, aku dh menukarkan Mat Anip jadik Hero Tamil. Azmet punya idea la ni.
Time aku dok tengah surf blog, tetiba dia IM aku kat FB.
"Woi, hang pi tukaq muka Mat Anip bg jadi hero Tamil blh dak?"
"Bulehhh,,, no hal," jawab aku.

Berbekalkan skill yg ada, aku mula menyalahgunakannya.
Hahahah..! <gelak jahat)
Dalam masa 15 minit ja trus siap. Muka hero Tamil kat atas terus berganti dgn 
muka Mat Anip.

  I  I
  I  I
  I  I
  \           /
  \       /
  \  /

Agak matching la jugak dlm 80% gitu. Haha!

Ni semua bukan berniat jahat. Saja suka2 melawak.
Dia suka, kami suka, Azmet, Wan, Izzat, semua enjoy.
Haha..

~It's colourful of life~

Friday, June 25, 2010

Aku Jadi Prince of Persia

Aku Jadi Prince of Persia

Hasil super impose yang aku buat ni dtg drp keboringan melampau. 
Tak tau nk buat apa dh, tu yg jd mcm ni.
Hahahah. . . Aku bukan minat sgt pun Prince of Persia ni. Tp bila dh tgk badan dia tough, rasa mcm best jugak kalau bawak masuk muka aku kat situ.

Simple ja nk buat benda ni, aku just tangkap picture bahagian muka bg sama stail pandangan dia dan mimiknya (mimik muka tak 100% sama pun takpa). 

Gambar Prince of Persia a.k.a PoP yg ori.

Lepas tangkap gambar syok sniri tu, aku pun mula la cutting picture aku. Bukan pakai pisau, tp pakai Magnetic Lasso tool. Lepas cutting bahagian yg patut, terus aku drag masuk ke picture PoP tu.

Setelah drag tu, bermulalah proses2 mencanai bahagian muka baru. Time ni la kena bnyk main dgn Layer Opacity, sbb nk compare picture muka kita bg fit elok2 dgn muka asal tu..

Hahah,,, bila dh cukup2 masuk dgn muka yg asal (jgn edit smpai tak nmpak rupa kita lngsung), barulah kita render (edit ketumpatan cahaya) dan edit warna kulit. Time ni kena bnyk guna Colour Balance, Hue & Saturation, Vibrance (P.Shop Cs4 dan ke ats), Photo Filter, & Level. 
Semua tu boleh kita dpt kat 
Image > Adjustment .

Okey, yg tulisan2 buruk kat bawah tu aku guna teknik yg sama jugak. Takdak bezanya pun..

Tulisan tu ambik kat sini, -potong & tampal-

okey la,, kalau rajin, komen la skit ye..
. . .Hahah. . .

Saturday, May 29, 2010

Tukar-Tukar Kaler Baju






Baju aku sebenarnya kaler merah, snowcap tu pun kaler merah jugak.
Suka aku tengok dia boleh tukar2 kaler.

Aku edit ni dlm Photoshop. Mudah sj nk buat.
1st skali aku choose gradient yg nk dichange kaler tu. Pstu aku masuk ke Image > Adjustment > Colour Balance, ataupun nak mudah tekan ctrl+B sj. Adjust la kalernya.


Lepas dh adjust kaler kat ruang yg kita nk tu, klik kanan mouse, pilih inverse selection @ select inverse. Ni utk kita change colour kat bahagian luar pulak, mcm yg aku buat utk picture last tu, aku tukar kaler dia jd Black & White. Masuk Image > Adjustment > Black & White . Ataupun tekan sj Alt+Ctrl+Shift+B .

Senang kan..?

Saturday, May 22, 2010

Super impose terbaru -Aku, The Dragon Slayer-


Super Impose terbaru drpd aku. Petang kelmarin lepas balik dr Kursus Bina Laman Web, tiba2 sj letrik takdak kat Pekan Jitra. So, aku ambik keputusan dgn member aku, Palie utk ikut jalan belakang -jalan kampung-

Pemandangan di situ time hampir senja sgt cantik sawah padi menghijau. Dia ajak aku untuk ambik gambar, disebbkan bnyk kenderaan yg lalu kot tu, aku & dia batalkan sj. Kami begambar jauh sikit drpd kawasan sawah padi yg menghijau, begambar dekat sawah yg dituai padinya.

Palie

Disebabkan dh lama tak edit gambar buat super impose, terdetik di hati aku pd sebelah mlmnya utk create something new. Maka terhasilah style aku ala2 Dragon Slayer.

Versi senja mega

...Versi senja mega tampak sunyi dan keseorangan...
Aku jd sayu melihatnya, walaupun aku yg edit.







Izzat di Masjidi Aqsa? Dome of Rock kot...

Aku edit picture ni time Kursus Bina Laman Web yg aku join tu.. Aku dh siapkan banner aku, jadi ada sikit masa terluang aku main la dgn Photoshop. Ni picture member aku, Izzat Sabri .
Dia mintak tlg aku editkan utk dia, katantya nk background Masjid Al-Aqsa.
Aku pun masukkan la gambar masjid tu kat belakang dia.



Tapi bila aku sent kat dia, dia bgtau yg ni bukan Masjidil Aqsa. Tapi Dome of Rock..
Geng2 Yahudi nk kelirukan umat Islam antara Dome of Rock dgn Masjidil Aqsa yg sbnr.
Mmg mengelirukan, aku search kat nternet nk cari gambar Masjidil Aqsa, tapi keluar yg ni..
Bagi sesiapa yg tak pernah tgk Masjidil Aqsa, sgt kasihan dgn kekeliruan ni..

Aku
buat efek supaya picture dia nmpak old style, mcm painting zaman renaisence pun ada jgk.
Hahah,,, harap dia enjoy dgn impose ni.

Friday, April 30, 2010

Lagi Aku Vampire...

Before


After


Ini lg satu tema Vampire, Bloody Vampire.
Hahahahha,,, aku tangkap pic ni kat dlm bilik aku jer.
Pastu aku ubah pakai sofware Photoshop.
Rambut tu nampak agak realistik,
kalau silap pandang mmg orng kata aku bubuh dye.
Hoh.


Yg bahagian background tu aku ambik dr nternet jgk, mcm yg sblmnya.
Aku malas nk buat background sniri, lambat.

Okey, ini simple sj. Tak perlu explain panjang2..

Aku Vampire...?


It's true or not..?
Karut la..
Jgn percaya semua tu.. Aku mmg mudah terpengaruh dgn movie2 vampire mcm
The Twin Effects & Twilight. Ntah kenapa aku minat sgt dgn karekter vampire ni.

Rasanya sbb wataknya cool kot.
Lg satu hensem. Hahhaha,,, tapi aku tak hensem. Huhuhu...

Twilight

Movie The Twin Effect

Semestinya aku buat semua ni pakai Photoshop.. Background tu aku pakai ambik kat nternet jer. Pastu tampal picture aku kat situ.
Aku snap 3 picture aku dgn gaya yg berbeza, pastu edit kat bahagian gigi. Kasi panjang skit mcm siong menatang vampire tu.

Ekin Cheng memegang watak sbg vampire berjiwa manusia.

Bahagian muka pulak, aku edit dia punya kaler balance, pastu aku guna Dodge Tool utk up dia punya kecerahan, itu sbb nampak mcm pucat...
Bahagian rambut, aku lebihkan kaler merah, biru, & hijau, aku guna Colour Balance.
Efek2 kabus kat bahagian belakang tu pun aku create sniri jer, just guna Photoshop Brush.

That's all...

Friday, March 19, 2010

Edit Picture buat Ammar


Ni kawan aku, nama dia Ammar. Nama penuh dia ntah apa aku pun tak ingat dh.. Lama tak jumpa dia.. Time ni kami frm5. Dia mintak aku edit picture dia bagi gempak2..
So, aku yg agak2 baru nk betol2 cekap dgn Photoshop time tu, buat la editing ni.
Cuma ini sj yg aku rasakan betul2 gempak. Biasa la, tak berapa nk cukup kreatif time tu.

Kalau dilihat kat setiap 'edges' figura Ammar tu, tak smooth. Sbb aku tak gunakan Blur Tool utk 'smooth'kannya, aku tak tau lg. Hahahah!

Hebat sgt ke editing nih?

Hmm,, aku time tu, dh habis limit rasakan yg apa aku dh buat tu sgt hebat.
Tapi, itu bukan hakikat kemahiran aku yg sepenuhnya. Masih bnyk yg perlu aku cari lg.
Terutama bila aku dh stay kat UiTM utk course seni lukis ni, aku bnyk search skill2 baru yg tak penah aku jumpa, specially for drawing techniques...

Sunday, February 28, 2010

Aku Bawak Masuk Perempuan Dalam Bilik


Cuma korang yg baca blog aku saja yg tau rahsia ni.
Aku telah bawa masuk sorang pompuan dalam bilik aku.
Tak caya?
Tgk dia punya body.
Kan ke itu pmpuan
...

Kenapa cuak?
Tak betol ke?

Hahaha!
Mmg pon tak betol.
Sbb aku yg tampal picture tu. Guna Photoshop la...

Sekali pandang mmg nmpak mcm betul.
Tapi bila dua kali pandang, nmpak mcm tak betul pulak.

Giler kan...

Dgn Photoshop ni mcm2 super impose boleh dibuat.
So, kalau dah expert tu, gunakanlah skill dgn baik2.
Jgn pulak salahguna utk aniaya orang.

Hm hm hmmm. . .

Saturday, February 6, 2010

Kegilaan Detective Conan Live Action




Semuanya bermula pada akhir tahun 2007. Aku terbaca dalam majalah Gempak cousin aku punya. Bila bukak kat satu page ni, aku nmpak ada story pasal drama Detective conan Live Action Drama. Fuh! Punya la teruja aku rasa. Time tu aku takdak lg nternet kat rumah. So, aku akn pi CC utk tgk drama ni..


Keterujaan aku makin bertambah bila tgk watak Sinichi Kudou yg macho dan cool gila. Bila dah teruja tu paham2 je la, aku pun bila pi kemana akan rasa mcm semangat Sinichi tu ada dlm diri aku. Hahahah,,! BANGANG btol.. Apa yg buatkan aku teringin nak jd mcm Sinichi adlh dia punya kebijaksanaan dlm selesaikan kes jenayah tu sgt gila2 punya smart. Kawan aku ada kata, IQ Sinichi tu 300. Mungkin jgk kot... Aku pun tak pasti.

Bila aku tgk katun Detective Conan ataupun Drama Live Action dia, Sinichi Kudou minat novel Sherlock Holmes dan jdkan dia inspirasi utk selesaikan kes jenayah. Aku suka apa yg dia suka. So, aku cuba dapatkan satu novel tu... Hahahha,, dapat jgk satu, itu pun dh cukup. Hm hm hmmm. . .



Antara novel Sherlock Holmes (Bukan yg aku punya daa..)

Teknik penyiasatan yg kebnyakan drama atau filem penyisatan bnyk guna teknik dr novel ni. Aku dah cuba kaji, teknik2 tersebut mmg hebat. Dlm subjek matematik ada jgk teknik ni, dipanggil Mathematical Reasoning. {Jika P, maka Q}

Disebabkan aku terlalu minat Sherlock Holmes dan jgk Sinichi Kudou, aku jd bersemangat utk study Mathematical Reasoning. Hahhah,,, Gila2 punya remaja.

Aku jgk ada buat super impose kat poster drama live action tu. Tgk ni>>>





Aku buat ni time frm5, time tu skill Photoshop aku agak tinggi jgk la. Tapi bukan dh betul2 tinggi, baru nk meningkat. Aku ambik masa dekat satu hari nk buat super impose ni. Skrng skill aku dh bnyk up, utk ubah satu2 picture tu cuma 3 jam sj.

Lepas aku hasilkan picture ni, aku bawak pi skolah show kat kawan2. Mcm besa la, semua teruja. Hahhaha..!

Kat bawah ni sebahagian drpd screenshot drama live action tu >>>






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...