Showing posts with label Ilustrasi dan Grafik. Show all posts
Showing posts with label Ilustrasi dan Grafik. Show all posts

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri 2013

KLIK UNTUK LIHAT BESAR

Hari ni merupakan Hari Raya AidilFitri. Dalam waktu subuh macam ni, aku post entri untuk menyatakan rasa hati aku pada siang hari nanti. Ntah la, aku tak pasti sama ada kebosanan akan melanda ataupun kegembiraan yang akan mengambil alih perasaan raya aku yang bosan sama seperti tahun-tahun sebelum ini. 

Kad raya digital yang aku buat ni memang special ditujukan khas buat semua penghuni-penghuni alam maya ni, terutama sekali buat rakan-rakan yang terdekat. Ikhlas daripada aku dan kekasih aku, heheheh... 

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA...

Tuesday, June 5, 2012

Potret Nur Shafiqa Fatin (2)



Potret sayang saya. Hehehe... 
Dilukis menggunakan pensel gred H, HB, 2B, 4B, dan 8B.

Friday, May 4, 2012

Potret Buat Kekasih

Klik Gambar Untuk Lihat Besar


Rasa cinta yang mendalam memaksa diri aku untuk mengapresiasikan dalam potret ini. Setiap garapan line yang aku persembahkan memberi makna cinta yang mendalam buat sang kekasih. Aku tidak mengatakan ini adalah yang terbaik pernah aku hasilkan, banyak lagi yang terbaik boleh aku buat untuknya. Tapi, setiap apa yang aku lakukan adalah sepenuh hati dan perasaan aku letakkan. Bukan mudah untuk kita nyatakan rasa cinta, tapi perasaan yang tidak terkawal boleh diibaratkan sebagai badai yang membelah pantai, tidak boleh dihalang melainkan membiarkan ia berlalu pergi secara semula jadi kepada sang empunya diri. Begitulah jugak rasa sayang aku padanya. 

I LOVE U, SAYANG...

Wednesday, April 18, 2012

She Is My Honeydew - 3 (Anime Muslimah 19)


Always special for my dear. Medium yang digunakan adalah pen Unipin dan marker Yoken. Setelah  itu sedikit editing dilakukan dalam Photoshop. 

I Love U, My Honeydew... 

Sunday, April 15, 2012

She Is My Honeydew - 2 (Anime Muslimah 18)


≈Always my inspiration. I Love U , sayang≈

Bersama (Anime Muslimah 17)


Fantasi yang tiada kesudahan. War! War! War! Hahhaha≈

Di Samping (Anime Muslimah 16)



Sekadar conteng-conteng kosong bagi menghilangkan kebosanan. Menggambarkan khayalan aku di samping gadis-gadis comel. Ouhhh≈ Best sangat. Hahah. ..

She Is My Honeydew - 1 (Anime Muslimah 15)


Karya lama yang terkumpul melalui lakaran pensel. Sejak aku dengan dia, inspirasi mencurah-curah seperti air terjun yang tak henti-henti mengalir. Pewarnaan hanya pakai marker Yoken. Outline pulak aku pakai pen UniPin. Cuma edit saturation sikit -sikit dalam Photoshop.

Sunday, November 27, 2011

Catan Cinta Buatmu


Keikhlasan hati kadang-kadang sukar digambar melalui kata-kata. Namun bagi insan malas macam aku boleh menjadi rajin tak semena-mena dengan hanya ungkapan ''Aku cinta padamu'' daripada bibir mulus si dia. Tak semudah yang disangka, nukilan sesebuah karya berwarna bukan sewenang-wenangnya boleh ditafsir melalui pandangan dan kata-kata, ia perlu dipandang melalui jiwa dan hati jugak. Aku malas untuk berkata banyak, kerana ucapan daripada lidah manusia boleh mengundang pelbagai padah apabila silap diatur. Lebih senang kiranya ungkapan hati dituju melalui apa yang dipanggil karya jiwa. 

Pengalaman sepanjang cuti semester aku simpan dalam setiap gerakan berus pada kanvas itu. Dia jauh daripada aku pada saat tersebut, namun aku tak sia-siakan masa dengan hanya menggelamun bodoh sambil pandang langit berkhayalkan wajah kekasih. Kami berhubung menggunakan kemudahan sedia ada. Emosi aku diatur dalam setiap bancuhan warna. Setia, kasih, janji, sayang, dan cinta, semuanya lengkap diadun  dengan tulusnya.

Biarlah rahsia siapa 'dia' yang kutujukan itu. 

Sekian. Salam cinta untukmu, sayang. 


Wednesday, November 9, 2011

Potret Nur Shafiqa Fatin




Mengenali seseorang yang aku suka bukanlah satu fantasi yang langsung tidak memberi aku peluang melahirkannya sebagai kenyataan, cuma kadang-kadang aku sendiri berasa ragu mengenai realiti perhubungan.  Namun hubungan antara setiap garisan sentiasa memberi aku hasil yang memberangsangkan, ternyata kesabaran masih lagi terpaku dalam dada. Sedikit contengan tangan kanan, akhirnya muncul kelibat insan seperti di atas. Sekian...

Wednesday, September 28, 2011

Assestment Final Illustration

Perjalanan kelas illustration yg aku lalui sepanjang sem ni adalah sangat sangat sangat best. Dengan kebebasan yg diberi oleh lecturer untuk hasilkan sketching dan idea, kami satu kelas rasa bebas untuk meluahkan sebarang idea pada layout pad yang nipis tu.

Hari Selasa, 27hb 10 pulak hari assesment untuk projek 3 dan final illustration. Malam sebelum tu memang semua pakat-pakat kalut gelabah bewak dok siapkan benda alah tu. Kami kena buat standee
 untuk final, yang projek 3 pulak kena hasilkan information poster.  Sebelum ni poster yang kami kena buat cuma besaiz A3, tapi untuk projek ke-3 saiz dia besar sikit, saiz A2. Yang standee pulak, semua buat besar-besar. Aku pun besar jugak, saiz yang aku besar 53 inci tinggi x 63 inci lebar.



Kami, GD4A & GD4B 

Kerja yang aku buat last-last minit, sbb tu rasa teruk skit. 
Walaupun last minit, kualiti design yang aku utamakan. 


(KLIK UNTUK LIHAT BESAR)




Untuk poster, aku lukis background dulu. Sketch pakai pen dalam layout pad, pastu kaler dalam Photoshop CS3. Aku kaler simple-simple ja guna teknik yang cepat, sbb utk skecthing aku buat detail skit. Itu yg takdak masalah utk kaler. Untuk kaler, aku sapu flat kaler pakai brush, pastu guna filter Box Blur. Itu cara untuk blend kaler yang mudah dan cepat.

Lepas buat background, baru aku mula lukis karekter. Kaler pada karekter aku main dengan brush stroke ja. Untuk rendering, aku pakai Burn Tool dan Dodge Tool.




Ini final untuk illustration, iaitu Standee. Yang ni memang susah skit aku nak kaler, sbb aku buat rendering yang smooth & detail .

That's All..


Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri dari Perantauan


Besok rayaaaa!!!!
Aku puasa penuh tahun ni. 
Tahun lepas aku puasa penuh jugak. 
Tahun-tahun sebelum tu pun sama.
Time kecik-kecik ja aku selalu ponteng...

Kat atas tu kad raya special aku buatkan untuk korang semua, 
termasuk member-member aku yang rapat.
Haha,, tu cuma impose. Bukan gambar aku betol-betol pun kat Arab Saudi.
Bila buat macam tu, terasa la kuat sikit aura nak raya esok. Haha..

Raya tahun ni bertambah sikit bestnya, sbb aku dh cekap drive kereta. So, beraya rumah member-member dengan kereta la. Bukan kereta aku, tapi kereta mak aku punya, model Viva kaler hitam.

Esok jugak merupakan hari Merdeka, kita sambut merdeka. Bukan selalu Aidilfitri bertindan tarikh dengan hari kebangsaan Malaysia.

Okey la, Salam Aidilfitri buat semua dan Selamat Hari Merdeka!

Saturday, August 20, 2011

Percubaan 1st Menghasilkan Animasi





Percubaan pertama aku dalam menghasilkan animasi.
Sebenarnya tak susah mana pun. 
Aku pakai Photoshop untuk buat menda alah ni.
Photoshop pun ada function untuk animation jugak,  tapi untuk create animation dalam Photoshop korang kena save dalam format Gif -save for web & devices-

Nak buat ni kena pakai layer-layer jugak, pastu create banyak-banyak frame. 
Itu yang renyah sikit tu. Pastu kena pandai manage layer supaya kerja melukis jadik lancar.
Kalau tak berapa paham pasal susunan layer, memang konfem2 korang akan rasa macam nak hempuk ja laptop tu. . . Hahaha! Sabo~ Sabo~

Lepas ni aku nak buat yang lebih kompleks lagi. 
Itu pun kalau rajin la, masalahnya aku ni pemalas skit.

Okey, korang layan je la kerdipan mata gurl yg tengah dok bepikir tu.

~Sekian~

Anime Muslimah 14 - Gadis & Kucing


Disebabkan hari ni cuti, aku luangkan sikit masa untuk lukis pompuan comel ni dgn kucingnya time sahur tadi. Ntah kenapa nak lukis dia dgn kucing pun aku tak tau. Lama jugak aku pikir nak buat ke tidak, sbb aku tak cekap betul2 lukis binatang. Hahahha, aku trai jugak. Beberapa sketching aku buat nak dptkan kucing yg comel macam tuannya, akhirnya aku pilih mcm yg atas tu jugak. . .

Abaikan suasana kat blkng tu...

Sketch pakai pensel, trace pakai pen 0.8, 0.5, 0.3, dan 0.2 .
Pastu kaler guna pen marker
Siap lebih kurang satu jam
...

Tuesday, August 16, 2011

Final Puteri Bunian

Klik untuk Lihat Besar

Illustration terbaru.
Aku guna Adobe Photoshop CS3.
Lukis manual, kaler pakai tablet.
Memang rushing gila , dua hari aku buat. 
Dengan tema Malay Folklore, dan  titlenya Puteri Bunian.
Alaaa,,, yang sebelum ni aku ada post pasal sketching2 tu.

Esok dah nak esesmen, printnya belum lagi.

~Sekian~

Saturday, August 6, 2011

Painting Superman (Illustration)


Bukan aku hasilkan untuk exhibition ataupun sebarang pertandingan. Ini untuk subjek illustration.
Student dikehendaki untuk buat painting poster berdasarkan superhero pilihan.
Yang dipilih tu mestilah ada composition best dan tak menyusahkan untuk dilukis.

Actually pada awalnya aku pilih poster superhero Thor yang ni utk dijadikan painting illustration
 tapi disebabkan masa yang singkat diberi, tambah pulak bnyk lg work nak dibuat, aku terpaksa batalkan niat tu. so, buatlah superman ...

Medium diguna adalah akrilik dan oil kaler atas illustration board.
Masa dihasilkan adalah 4 hari.

~thats all~

Friday, August 5, 2011

Puteri Bunian (Review 1)


Salam puasa buat semua. Hari ni aku nak buat show sikit pasal artwerk aku.
Disebabkan dh lama tak menunjuk artwerk baru, aku post lebih skit kali ni.

Sebelum jenguk2, aku nak bagitau yg drawing kat bawah ni just sketching utk projek illustration semester ke-4. Dengan tema yang diberikan adalah Malay Folklore (Lagenda Melayu) aku membawa tajuk Puteri Bunian.











itu baru sketching untuk idea development..
Agak seksi la jugak, kan. Haha, besa la, lecturer mintak idea untuk dimodenkan.
Itu baru aku modenkan sikit2, kalau nak dimodenkan lbh banyak mmg boleh. tapi kesian pulak kat Puteri Bunian aku tu, terdedah banyak2 nanti sejuk pulak beliau.
Hahahaha~

Tuesday, June 7, 2011

Projek Sem-3 : Photo Manipulation

Projek Picture Manipulation ni bukanlah satu masalah bagi aku. Disebabkan aku dah lama bersahabat dengan Photoshop, so kerjasama yang diberikan oleh photoshop adalah sangat memberansangkan. 
Selok belok kona koni dalam sofware tu aku dah tau dah. Nak memperalatkan wajah2 ubah sana ubah sini adalah sebuah kebahagian yang mudah dicapai.

Dalam projek ni, kitorang pelajar AD Department Grafik Part 3 dikehendaki memanipulasikan gambar. Seeloknya model dlm gambar tu kitorang shoot sniri.
Disebabkan aku terlalu taksub, dgn kefantasian dunia, aku menfantasikan apa yg aku rasa bagus utk disampaikan. Artwerk ni yang bagusnya bila dia ada mesej yg nak disampaikan. 
Bagi aku, mesej2 tu adalah number dua aku nak kena pikir. Yang 1stnya adalah siapkan menda alah ni dulu.
Hahahahah!


Yang ni adalah design 1st. Setan kat atas tu aku amik member aku suruh jadi model nak pinjam muka ngan tangan dia. Jantan ngan pompuan tu aku sniri yang belakon. Kalau nak peluk pompuan betoi2 tu mmg boleh, tapi dlm UiTM ni mana nak cari port sesuai, bnyk tempat terdedah pada view orang. So, aku kena la gabung picture pastu edit body shape tu. Kat bawah skali, jantan tu aku jugak, peluk Maria Ozawa ngan Selena Gomez. Tak boleh buat betol2, edit pun jadi la...
Botol arak kat belakang aku amik daru Googel ja.

Motif artwerk ni aku nak gambarkan kebinasaan hidup umat manusia dalam dunia maksiat yang dikuasai oleh setan. Tu saja...

^^,

Ni design ke-2, lepas tunjuk kat lecturer, dia pilih yang ni. Pastu muka setan kat atas tu dia suruh tukar amik muka aku. Kena la shoot lg skali tukar ke muka aku. Apa2 pun, aku rasa manipulation aku dlm projek ni paling bagus penah aku buat.

~Sekian~

Saturday, January 29, 2011

Pertandingan Design Logo Kolej.

Bestnya dapat berbakti kpd kolej kediaman. Berbakti la sangat... Pemalas mcm aku ni bkn bnyk bakti pun. Sekali suruh, sekali buat. Hohoho... Kerja pun buat last minit. Mcm mana la aku nak ubah perangai ni...?

Pertandingan design logo tu sbnrnya start 4 januari, sampai 21 januari... Pergh! Lama bai... 17 hari !
Bila aku buat design tu? 21hb januari baru terhasil... Pergh! Satu hari ja!!!

Kenapa tak buat awal2? 

Sbb aku malas nk bukak laptop. Mudah ja alasannya...

Last2,,, baru kalut. Then, akibatnya bersengkang mata la.. HAhahah,,,semangat cuma datang pd waktu last minit. Adrenaline meresap dalam otak kanan aku time hari last dan bermula pukul 12 tgh malam
 (mcm biasa la).

Kat bawah ni merupakan 5 design drp aku... Harap2 sgt diterima salah satunya oleh pihak kolej. . .

Design 1.

Design 2.

Design 3.

Design 4.

Design 5.

Rasa2 korang, design yang mana satu sesuai, cantik, dan okey ?


Wednesday, January 26, 2011

Majalah Yang Tiada di Pasaran


Ni la cover magazine yg aku buat. Masih di peringkat belajar lg.. Rasanya bukan betol sgt pun stail design aku ni. Baru sehari kacang hijau, hahah,, dalam proses nak paham.. Ni just latihan yg lecturer bagi, bkn projek sebenar. Projek yg sbnr br nak start, aku pun tgh pikir gambar apa yg aku nak tembak utk buat penghias cover magazine aku tu. Aku cadang nk buat pasal Blog, ataupun pasal alam mistik international. Cover storynya pasal vampire. Hahahah! Gilo!

Kalau nk tau, cover magazine tu lecturer aku suruh buat pakai fotoshop -100% fotoshop- . 
Aku pun, dgn menggilanya mula pikir nk design camno. So, hasil tempek-menempek picture kat bawah ni, arakian terhasillah cover di atas...

Picture yg ditembak  dpn fakulti seni lukis -tapak arca-

Cilok dr gugel.

Demikianlah serba sikit pasal aku kat sini, sentiasa berfantasi dalam mencari idea tak munasarawak.

Eh! Ada yang bertanya aku sihat ke tidak kat sini, maybe sbb jarang ngupdate blog kot.. Oh terharu, ambik berat rupanya korang kat aku ya. Aku sehat sgt.. Walaupun kerap keletihan, aku dpt hilangkan skit dgn mengambil supplemen proviton & buat figure drawing dgn merujuk Mina Magazine..

Not mine~


Ni la yg aku mentekedarah setiap pagi.
Okay,,, Salam Kemerdekaan~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...