Showing posts with label Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Fotografi. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Klon Mengganas !!!


Waktu shooting utk cover projek cover magazine kitorang kelmarin kat tepi tasik uitm Perak, tetiba ja muncul sorang lg insan yg seiras member aku kat sebelah kanan dlm gambar tu. Pergh! Mmg pelik, muka dia, sweater dia, semua sama! Dia menyerang member aku bai!
Aku pun cepat2 la snap gambaq ni nak show kat korang. Pelik dak?
Klon dia tu, tapi ganaz! Dia cekik member aku, nasib baik tak mati katek.

Hahahahahah!

Imaginasi tdk membataskan realiti,,, realitinya dlm foto tu saja. aku pakai teknik combine gambar.
Sama mcm teknik 'fotografi jurus pembahagi bayang' yg aku post sblm ni. Kalau boleh aku nak buat ramai2 lg dlm tu, siap buat gaya fight mcm Naruto lg, hahah. . . Cuma masa yg membataskannya..
Lepas ni aku buat lg dasyat.
War! War! War!


Saturday, January 1, 2011

Tutorial Tangkap Gambar Roh (Teknik Fotografi)

Pergh! tajuk aku tak bley blah steng... Hahahha! Aku punya tajuk best sbb entrinya pun best jugak. Aku nk share skit pasal teknik fotografi. Teknik ni aku yg jumpa sniri, scr tak sengaja time tengah buat assignment photoshoot kat Cameron Highland sem lepas. Pastu sblm habis cuti sem hari tu, aku keluaq ngan member2 aku shooting time malam kat dpn Istana Sultan Kedah, kitorang main2 tangkap gambaq buat 'teknik roh' tu la.. Hahah, aku panggil 'teknik roh' sbb tak tau nak bg nama apa. Best jugak beb..

Picture 1st aku pakai teknik ni.
Kat atas tu picture 1st aku pakai 'teknik roh' (sebelah tu member aku). Awalnya aku saja2 nk begambaq ngan dia. Aku guna DSLR Nikon D3000, dgn setting Shutter Speed 10s , f-number 5, ISO 100, pakai Flash biasa . Pastu  letak atas tripod.. Tak pakai tripod mmg tak buleh la, nnt gambaq jd blurrr...

Malas nak celoteh panjang, go to d point terus la... Untuk snap picture 'teknik roh' ni, korang perlu ada kamera DSLR (apa2 jenama pun takpa), kalau kamera compact aku tak tau nk buat camna. Pastu mesti ada tripod (sbb kena shoot malam). Itu saja.

Bila korang dh tentukan tempat mana nk shoot, setting kamera korang mestilah pakai mode MANUAL, jgn pakai auto, gambaq tak lawa. Pentingnya, korang mesti  setkan Shutter Speed 3s ataupun 5s  &   f-number antara 13 hingga 15, ISO yg diguna perlulah 800 ke atas..  Pastu pakai flash utk lbh kejelasan gambar. Shooting ni sesuai buat time malam ja.. kalau nk buat time siang2, rasanya mmg susah nak jadi kot. Tp tak pa, bila aku dh dpt cara baru., nnt aku story kat korang dlm masa terdekat ni.

Kalau setting dh siap, cara2 nak snap gambaq tu mcm ni. Sangat memerlukan korang dan model korang sihat mental dan fizikalnya. Selepas tembakan flash kamera setelah shutter ditekan, korang mesti tunggu dalam kiraan 3 detik, pastu korang perlu lari drp tempat gambar tu diambik sblm bunyi lepasan snap drp kamera. Kat bwh ni hasil gambar yg aku tangkap ngan member2 aku, Azmet & Wan .




Perasan dak? Ada penampakan sosok wajah aku kat blkng tu.


Hahaha,,,akhir skali, tgk  la gambaq yg korang amik tu. Confirm korang tekejut, sbb badan model dlm gambaq tu blh tembus ke blkng mcm hantu.

Nak tau sbb apa jadik mcm tu?

Penerangannya mcm ni, shutter kamera sbnrnya bebunyi dua kali, bunyi snap yg petama menandakan gambar diambik dan cahaya sdg dikumpul utk diproses menjadi imej. Bunyi lepasan shutter yg kedua menandakan pulak gambar selesai diambik dan imej sudahpun diproses drp biasan cahaya. So, 'teknik roh' ni adlh disebabkan oleh pengumpulan cahaya yg tidak mencukupi. Sbbnya, selepas bunyi shutter pertama ataupun tembakan flash pertama, kita lari drp tempat gambar tu diambik. Hanya sedikit biasan cahaya yg terkumpul drp figura kita.

That's all,,, itu la serba sikit teknik drp aku. Rasanya dh ramai jurugambar pro dh tau, cuma aku ja anggap benda ni spesel skit, sbb teknik ni tak payah pakai Photoshop. Hahahah. . . Cuba, jgn tak cuba tau. Kasi atuk nenek, atau mak ayah korang tekejut skit, sbb korang tangkap gambar hantu. Hahaha.. Mmg best main2 dgn teknik ni.


Friday, December 31, 2010

Fotografi Jurus Pembahagi Bayang pakai Photoshop

Hulamakkk,,, tajuk aku mcm nk ajaq jurus ninja pulak. HAhah! Tp lbh kurang mcm tu la, ni sbnrnya aku nk share skit pasal teknik yg simple pakai kamera dan photoshop. Simple sangat der, kalau ajaq kat budak primary skool pun depa blh buat. Just sediakan kamera digital, tripod, dan sofware photoshop ja. Kamera digital tu yg besa pun takpa, kalau korang ada DSLR lg baguih. Sbb blh belagak ngan member2 kata yg korang snap picture tu pakai DSLR. Hahahaha! Abaikan.

Kat bawah ni aku akan show beberapa picture jurus pembahagi bayang yg aku dh buat ngan kerjasama member aku, Incik Syazwan .


Mmg simple tekniknya, korang tak payah hafal apa2 gerakan tangan mcm yg Naruto buat. Cuma tentukan kawasan yg korang nk shoot, psang kamera kat tripod, tetapkan kedudukan. Jgn kasi gerak skit pun tripod tu. Kalau korang pakai DSLR dgn setting manual, jgn ubah setting slps shoot yg pertama. Snap beberapa gambar dgn kedudukan orang tu yg berbeza.
 Mcm kat atas tu, member aku dok kat 14 kedudukan. 
So, 14 kali la kena snap gambar dia.

Lps dh selesai shooting, mulalah sesi mmbukak Photoshop. 
  1. Dalam Photoshop, korang Open semua gambar yg nk diguna. 
  2. Jadikan salah satu drp semua gambar tersebut sbg background.
  3. Select All (ctrl + A) salah satu gambar yg lain, dan drag masuk ke gambar yg dijdkan background td, tetapkan kedudukan bg sama dgn background, guna Move Tool (V).
  4. Korang gunakan Lasso Tool (L) utk Cut objek yg nk dijdkan klon tu, klik kanan > layer via cut .
  5. Pastu padam lebihan layer yg tak dikehendaki tu pada tetingkap layer, kemaskan.
  6. Ulanginya bermula dr langkah 3.

Okay? Kalau tak ok, bgtau aku. Ni aku nk show lg picture yg aku buat dgn step2 kat atas nu. 
hahaha!
Yang ni aku tukar2 shift ngan member aku. Lepas aku snap, dia pulak tlg snap.

Pendakian.
Tak susah sbnrnya. Asalkan korang paham, kejap ja nk buat. Lepas dh trai ni, buat bg advance lg. Buat klon 20, 30 orang ka, biaq member2 korang yg tak tau tu tekejut. Hahaha! Cakap kat member2, korang pakai ilmu Naruto -Kage Bunshin no Jutsu- Hahahah!






Tuesday, December 28, 2010

My Collection

My Collection























































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...