Sunday, January 30, 2011

SEGMEN : Jom Syok Sendiri (Oleh: Ben Ashaari)

Klik gambar utk ke laman Abang Ben.

Hebat! Ben Ashaari telah muncul dalam Majalah Rapi (bahagian Gaya Hidup). Kemunculan beliau dalam majalah tersebut telah memberi idea kpd beliau untuk mewujudkan satu segmen dalam blognya -Segmen Jom Syok Sendiri- 

Berikut adalah beberapa kriteria yang perlu dipatuhi...


  • Sila buat satu entri ... Kali ni bukan letak header tapi gambar yang ada dalam entri ini ( link ) dan linkkan ke entri ini ..
  • Pilih salah satu gambar korang yang terbaik dan andaikan gambar korang tu dalam majalah tersebut !! Haaa... amacam ? Mencabar ?? Haha..
  • Andaikan korang ditemubual dengan wartawan.. ok .. aku wartawan itu.. Buat dialog berdasarkan soalan ini..

    1. Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
    2. Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
    3. Kenapa anda berblogging ?
    4. Siapakah pemberi semangat anda ?
    5. Sudah berapa lamakah anda berblog ?
    6. Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
    7. Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
    8. Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ?
    9. Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
    10. Selain berblog , apakah minat anda ?
    11. Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
    12. Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ..
    13. Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri ..

    (Itu saja kriteria2nya... Dan di sini aku ingin sekali menyatakan, aku berasa sangat pelik dgn gaya bahasa aku yg agak skema utk entri kali ini. Namun, kita biarkan saja. Teruskan dengan keskemaan aku ini. Agak best jugak ya...)

    ******************************************************************






    Mari kita lihat pula, temubual bersama Nieyzar - Blogger I~aM~aKu . Beliau yang merupakan penuntut jurusan Seni Lukis di UiTM Perak telah menjadikan aktiviti blogging sbg pengisi masa lapang selain drp berkongsi idea, pendapat, dan juga hasil seni bersama blogger lain. 
    Kita ikuti temubual bersama Blogger I~aM~aKu.

    1.   Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
          Blogger I~aM~aKu

    2.   Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
    Secara tersiratnya, I~aM~aKu yg  sy create ni berkait rapat dgn Law of Attraction, ataupun hukum   
    tarikan -Aku adalah apa yg aku fikirkan, engkau adalah apa yang engkau fikirkan, dan kita adalah apa yg kita fikirkan-. Ia merujuk kepada diri sy sendiri, kerana cuma aku yang boleh membentuk diri aku, pemikiran aku yang akan membawa aku kepada hala tuju yang sepatutnya. 

    3.   Kenapa anda berblogging
    Blog adalah bukan sesuatu yang biasa jika dibandingkan dengan laman sosial yang lain. Selain drp sbg tempat bersosial, blog juga sgt mencabar kreativiti penggunanya dari segi daya pemikiran, penulisan kemahiran berhujah secara maya, dan juga kemahiran mendesign secara digital. Kerana itu, sy sbg pelajar jurusan seni, mengggunakan semua kelebihan dan ruang yang ada bg mencurahkan sehabis mungkin kreativiti melalui aktiviti blogging ini.

    4.   Siapakah pemberi semangat anda ?
          Blogger yg kreatif designnya, dan imaginasi....

    5.   Sudah berapa lamakah anda berblog ?
          Setahun satu bulan.

    6.   Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
          Ben Ashaari.

    7.   Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
          Apabila trafik up mendadak tatkala sy post entri sewaktu fenomena 2 Alam Dr.Rozmey.

    8.   Kenangan pahit anda dalam dunia blogging ?
          Waktu mula2 belajar blogging, risau dan tak tahu langsung mcm mana  nk dptkan follower.

    9.   Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
          Berpuas hati dengan design blog sniri.

    10.   Selain berblog , apakah minat anda ?
            Of  kos la melukis... Hahaha. . . 

    11.   Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
            Blogging apabila rasa bahan utk dimasukkan dlm blog dh mencukupi..

    12.   Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ..
    Selain facebook, aktiviti blogging semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Ianya  berkembang dengan pesat setelah ramai para blogger hebat muncul tidak kira di kaca televisyen mahupun media cetak. Ini juga berdasarkan kepada kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan memiliki blog. Selain daripada ianya sbg tempat mencurahkan idea, pendapat, mahupun kreativiti, berblog jg mampu menghilangkan stress dengan meluahkan rasa hati melalui blog2 peribadi yang djadikan sbg diari harian. Ianya sgt mudah dikendalikan dengan fungsi yg tdk rumit serta pelbagai peringkat umur blh menggunakannya.

    13.   Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri ..
    Pastikan anda yg baru memulakan ataupun ingin memiliki blog sendiri, anda mestilah bnyk mengkaji perihal blog serta etika sewaktu berblogging. Ingin memiliki blog tdk sama spt anda mengendalikan  laman2 sosial yg lain, blog yg bagus melambangkan pemikiran bloggernya. Kerana blog yg dikendalikan oleh anda adlh berdasarkan pemikiran anda sendiri, begitu jg penulisan, reka letak design, dan sbgnya. Jadi, aktiviti blogging jgnlah dilakukan scr cacamerba. Rancanglah idea blogging anda dgn baik, orang lain sentiasa menilai anda.

    14 comments:

    1. apa rasanya d temuramah oleh wartawan?? best ke??haha..
      saya pun join.. mai singgah blog saya ek

      ReplyDelete
    2. @Awangku Johan syok sangat... dan teruja. ahhaha. . .

      ReplyDelete
    3. wahhh... interbiu niyh mst lme kn?? hehehe..
      ila dh bce kamo pnye interbiu.. kamo dh bce?? ila dh follow.. kmo??

      http://vanillasynus.blogspot.com/2011/01/jom-syok-sendiri.html

      ReplyDelete
    4. @Lulu caldina best dpt jawap soalan abng ben... Lulu join la skali.. =)

      ReplyDelete
    5. wahh,.,.gmbr mmg mcm photoshoot pas temu ramah,.haha,.nice,.=)

      ReplyDelete
    6. tak sempat dah..segmen dah tutup..ngee

      ReplyDelete
    7. @NURUL AINI NORAZMAN thanx nurul aini... gambar bulan lepas tu. hahaha. . .

      ReplyDelete
    8. @Lulu caldinakesiannya lulu... takpe la,,, lps ni rasanya akan ada segmen lain pulak drp abng ben.. :-)

      ReplyDelete
    9. waaa...masuk dalam list jugak kan??

      saya pun..jemput datang ziarah..heeee...panjang na jawapan...memang syok sndiri :D

      http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com/2011/01/segmen-jom-syok-sendiri.html

      ReplyDelete
    10. @DiriKu Hahahah... kita sama2 masuk list.. tahniah222..

      ReplyDelete
    11. piwitttt,, masuk majalah tue.. hehe..
      aima pon join,, sempat gak rasa ditemu ramah.. ^_^

      ReplyDelete
    12. wahh gambar santai ek , macam betul2 masuk majalah lak . hehek . suka design header awak :)

      ReplyDelete
    13. feymes sampai kene interview...dasat~~~~

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...