Tuesday, February 1, 2011

Melihat Adik...


Aku lihat adik aku tidur... Terbayang aku, bagaimana masa depan dia. Penuh dgn cabaran. Maklumlah... dunia kan makin mencabar. Dia perlu survive dgn ilmu penuh di dada. 

Dalam hati aku agak risau.. Bagaimana keadaan dia nanti? Teringin sekali aku nak lihat dia berjaya. Sekarang ramai kanak2 yang bijak, pandai, genius.. Tapi, adik aku bukanlah seperti mereka semua tu. Belajar sikit saja dh pandai, dapat skor bnyk 'A' dalam ujian dan peperiksaan. Adik aku cuma kanak-kanak 12 tahun yang biasa saja. Perlu berusaha keras, baru boleh berjaya. 

Aku mahu sangat dia jadi pandai. Dia bukanlah kanak2 nakal, dia manja dengan aku, dengan mama abah aku... Dia baik, cuma sedikit malas saja.. Sekali suruh belajar, baru mahu bukak buku. Kena selalu suruh, itu saja kekurangannya... Aku mahu dia berjaya, takkanlah dia nak ikut rentak aku jugak menceburi seni lukis.. sekurang2nya biarlah ambik  bidang lain. Takkanlah mahu dia mahir seni jugak...tapi dia lemah matematik, kalau minat seni biarlah bersungguh2.. kalau minat bahagian teknikal, biarlah penuh minat di dada. Jangan hangat2 tahi ayam. .  .

Aku menaruh harapan pada adik aku supaya dia berjaya dalam hidupnya. Selalu jugak aku marah dia, tapi semua tu utk kebaikan. Bukan tanda benci... Dia dh makin besar, tahun ni akan duduki UPSR. Tak lama lg akan tempuh usia remaja, sifat kanak2 pun akan makin kurang. Mungkin sifat manja pun akan hilang juga sikit demi sedikit. Dalam masa singkat ni la aku perlu gunakan  utk bermain dgnnya, bila dia dh besar dia akn jd 'orang lain' dah, akan makin matang...

Dulu aku jarang bawak dia berjalan-jalan keluar, skrng aku selalu keluar dgn dia.. Aku sayang adik aku, tp tak mau tunjuk pada dia. Takut dia mengada2,,, hm hm hmm. . . Biar rasa sayang tu aku tunjuk sikit2 takpa. Jgn lebih2.. Supaya dia tak jadi mcm dlm filem Anakku Sazali. 

Dgn adik lelaki susah jgk nak sayang,,, sayang, tp lambat sedikit. Kejap naik, kejap  turun sayangnya. Actually, aku nak adik perempuan. Dari kecik lagi aku mmg nak adik perempuan, selalu aku cakap pada mama aku. Bila pi scan kat klinik, doktor cakap jantina adik dlm kandungan adlh perempuan. Kitorang sekeluarga seronok sgt. Tp bila dilahirkan, dpt lelaki. Hmmm,,, okey la. Asalkan selamat dilahirkan. COMEL... Haha,,, sama mcm aku time kecik2 dulu, gendut sangat. 

Sekarang adik aku dh 12 tahun, darjah 6. Badan dia mcm aku dulu, makin naik, gemuk sikit lepas bersunat. Lepas ni maybe akan kurus mcm aku. Dia tinggi.. muka pun mcm aku. HAhah,,, Walaupun aku tak dpt adik perempuan, aku tetap sayang adik aku yg ni. Actually, kalau aku dpt adik perempuan, aku suka tgk adik aku pakai baju cantik2, pakai tudung comel2, baju kurung, kebaya..so sweet. 

It's okey kalau aku tak dpt semua tu skrng ni. Anak aku nanti mungkin perempuan. So, tanggungjawab aku lbh besar pada masa depan. Kena la aku rancang baik2... Hopefully, aku mampu mnjaga adik aku supaya jd orang yg berjaya. Itu tanggungjawab aku skrng, sblm melangkah ke gerbang yg lbh besar. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...