Friday, January 7, 2011

Kelebihan Makan Pisang (Aku mula amalkannya)

Sejak masuk semester baru ni, aku start buat perubahan mendadak. Semuanya gara2 result exam aku sem lepas yg down tu la (pasal result lg. Chait!). Hahaha!.. Mmg mnjadi movasi. Aku dh tak keluar ngan member2, bnyk diamkan diri, lbh bnyk habiskan masa dlm bilik, semuanya demi fokus. Dan lg satu, aku makan pisang. Pisang aku jadikan sbg snek, sama ada lps bangun tidur, sblm pegi kelas, dan waktu malam. Aku rasa makan pisang sangat simple, sesuai dijadikan snek segera (bukan jadi monyet). 

Dah lama sbnrnya aku tau pisang ni bnyk khasiat, cuma blm sampai seruan nk makan time tu. Lepas buat sikit research mendalam pasal pisang, sgt stailo rasanya bila dijadikan sbg tabiat, juga sbg identiti baru -gemar makan pisang- Hahahah..! Bekalan pisang aku dptkan dari pekan terdekat dgn kampus aku ja, 3 hari skali aku akan keluar pegi beli. Aku dpt tau pisang ni mampu tingkatkan kecerdasan, disebabkan kandungan potassium di dlmnya. Kat bawah ni aku sertakan skali maklumat berkaitan khasiat pisang berdasarkan apa yg aku dapat kumpulkan, sesuai sgt dikongsi dgn korang semua..

***********************************************************************
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi -sukrosa, fruktosa dan glukosa- yang digabungkan dgn gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana, pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dlm tubuh manusia, yg menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

Sindrom Pra-Haid (PMS) :
Lupakan pil-pil hospital ,makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dlm darah, yg boleh mengembalikan mud anda.

Anemia: 
Dgn kandungan zat besi yg tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , secara tak langsung membantu dlm kes2 anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yg tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna utk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda: 
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mrk diberi makan pisang utk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar2 itu lebih alert.

Penghadaman: 
Kandungan serat yg tinggi  mnjadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan: 
Salah satu cara terbaik utk mengurangkan keletihan ialah dgn mmbuat minuman pisang susu dicampur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dgn bantuan madu dpt membina semula kandungan gula dlm darah yg brkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Pedih Ulu Hati: 
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa pedih di ulu hati, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi: 
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari utk membantu memelihara kadar gula dlm darah utk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk: 
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dgn lapisan dlm kulit pisang. Ramai yg telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dgn cara ini.

Saraf: 
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yg dpt membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja: 
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kpd pengambilan makanan spt coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja2 tekanan tinggi. Laporan jg menyatakan, utk mengatasi masalah ini, kita prlu mengawal kadar gula dlm darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam utk mengekalkan kadar yg stabil. Makanlah pisang.

Ulser: 
Pisang amat baik dlm pencegahan ulser krn ia bersifat lembut dan tdk mencederakan organ dalaman kita. Ia jg bertindak sbg peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu: 
Ramai yg percaya bahawa dgn memakan pisang, ia dpt menurunkan suhu kedua2 fizikal dan emosi kpd ibu2 mengandung. Sbg contohnya di Thailand, ibu mengandung mengambil pisang utk memastikan bayi yg dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yg terjadi akibat drpd kurangnya pendedahan kpd cahaya matahari . Pisang dpt membantu pesakit ini krn ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau: 
Pisang dpt membantu perokok yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dpt membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kpd otak dan mengimbangi kandungan air dlm tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dpt diimbangi semula dgn bantuan snek pisang yg tinggi potassium.

Strok: 
Mengikut kajian dlm buku -The New England Journal of Medicine-, mengambil pisang sbgi diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, utk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dlm kulit pisang itu pd tempat yg ingin dirawat dgn menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dgn epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A serta zat besi, dan 2 kali vitamin serta mineral lain. Ia jg kaya dgn potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yg mudah didapati.

***********************************************************************
Itulah dia khasiat2nya... Amacam, korang tertarik tak? Lepas ni konfem semua minat nak makan pisang... 
Aku dah amalkan. Korang bila lagi? Monyet2 kat hutan nu sentiasa sihat & bahagia sbb diorang gemar makan pisang la.So, tak salah kalau kita ikut kegemaran makanan diorang, 
asalkan tak ikut perangai sudah la. Hahaha!

...Makan,,,jangan tak makan. Bukan susah pun, kopek, kunyah, dan telan...


4 comments:

  1. sayang, jgn mkn lebih2. nnti kencing manis.
    pisang mengandungi kandungan gula yang kedua tertinggi selepas tebu

    ReplyDelete
  2. bgus gak ulasan...lepas ni knl amal gak la..baik utk kesihatan...

    ReplyDelete
  3. aku juga suka pisang, tapi ga sering makanya
    takut disangka nyet
    xixixi

    ReplyDelete
  4. momyet dlm utan xde pn yg kna potong kaki tangan klau x dh lama kna kencing manis,,lompat sana sini luka toksah nk ckp ler,,xp ok jew monkey2 dlm utan2,,,jgn isau mkn pisang adalh yg terbaikkkkkkkkkkk,,,sy dh lbi 20lbi thn mkn pisang nw ok alhamdullilah,,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...