Jika menurut kefahaman dan kesesuaian realiti kehidupan
sekeliling, perang ditafsirkan sebagai perjuangan dalam mengejar kejayaan.
Tafsiran begini adalah sesuatu yang universal dan sesuai digunapakai dalam
semua keadaan.
Perang SyaMiSya, iaitu tajuk komik saya ini bukanlah
berkaitan sejenis peperangan yg dinamakan SyaMiSya. Tetapi, ia cuma berkaitan
topik PERANG. SyaMiSya merupakan narrator dalam komik ini iaitu seorang pelajar
lelaki yg bernama Syami, dan pelajar perempuan bernama Misya.
Terdapat empat situasi perang yang saya tampilkan dalam
komik ini, iaitu Perang menggunakan senjata, Perang Mulut, Perang Fesyen, dan
Perang Exam.
Perang menggunakan senjata adalah peperangan yang sering
kita dengar, seperti perang antara negara Islam dan Bukan Islam, Perang Dunia,
Perang Teluk, dan berbagai lagi. Perang sebegini adalah bagi merebut harta dan
kekayaan juga hak sesebuah negara itu. Sangat berbahaya dan melibatkan nyawa
serta maruah umat manusia.
Keduanya, adalah Perang Mulut. Situasi perang ini sering
berkait rapat dengan perselisihan faham antara dua pihak ataupun lebih.
Terdapat Perang Mulut yg berfaedah dan ada juga yang tidak. Sebagai contoh,
perbahasan ilmiah yang sering dilakukan oleh para ulamak dengan paderi. Yang
tidak berfaedahnya, seperti bertengkar bagi "menegakkan benang yg
basah" dan berkaitan hal remeh temeh.
Adalah buruk sekiranya Perang Mulut atau juga dikenali sbg
'bertikam lidah' ini tidak dikawal dengan bijak. Dalam kitab hadis sahih Muslim
, dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya, seorang laki-laki bertanya
kepada Rasulullah SAW, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab
Rasulullah SAW, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari
bencana lidah dan perbuatannya.”
Imam Syafie juga pernah berkata, "Marilah kita menjaga
lidah kita masing-masing. Agar lidah kita tidak menyengat diri sendiri, kerana
lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan
lidah padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya."
Sekarang sudah terbukti, bahawa Perang Mulut ini sangat
berbahaya juga kerana boleh menyebabkan bencana besar seperti perpecahan
masyarakat, hubungan dingin sesama keluarga dan sahabat handai, dan bnyk lg.
Ingat, lidah lebih tajam drp mata pedang.
Perang yang ketiga adalah Perang Fesyen. Jika diteliti pd
masa kini, pelbagai lambakan fesyen terdapat di merata tempat. Daripada
sekecil-kecil fesyen untuk anak patung (Barbie utamanya), kepada
sedahsyat-dahsyat fesyen untuk semua wanita hinggakan fesyen pakaiannya yang
separa bogel itu ditayangkan pada khalayak sewaktu pertunjukkan fesyen.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw.
bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum
lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai
cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua,
perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu
berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala
mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak
akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau
wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh
daripadanya". (H.R. Muslim)
Kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih
ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun
boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja,
maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang
sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.
Soal fesyen ini sangat diberatkan buat kaum wanita, dalam
komik saya ini disebut berkaitan fesyen tudung muslimah masa kini. Pelbagai
jenis gaya tudung terdapat dalam masa sekarang. Namun, ramai yang tidak sedar
akan cara pemakaiannya. Sesungguhnya tudung wanita itu ada tiga:
Pertama : Tudung Yahudi
Kedua : Tudung
Nasara (Nasrani)
Ketiga : Tudung
Muslimah
Pertama, tudung Yahudi. Wanita Yahudi memakai tudung juga,
tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang. Kedua, tudung
Nasara. Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya
terlalu singkat, sehinggakan dadanya masih kelihatan. Dan yang terakhir tudung
muslimat, Wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah, di dalam
Surah an-Nur ayat 31:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka,
atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya."
Perang yg terakhir adalah Perang Exam. Haha, ini merupakan
kebiasaan sangat buat semua pelajar. Bukan setakat pelajar sekolah sahaja,
tetapi semua jenis pelajar. Masing-masing inginkan yang terbaik untuk masa
depan. Jadi, semua mereka 'berjuang'
habis habisan untuk cemerlang agar pengorbanan ibu bapa dan diri sendiri
berbaloi serta tidak sia-sia. Memerlukan persediaan yang rapi dari segi mental
dan fizikal, amat bersamaan dengan Perang menggunakan senjata. Namun, senjata
buat para pelajar ini adalah ilmu di dada mereka. Ilmu inilah yang akan
membantu mereka sewaktu di dewan peperiksaan nanti.
Begitulah serba sedikit penerangan berkenaan komik saya
serta huraian berkaitan topik yang saya bawakan ini, iaitu PERANG.
No comments:
Post a Comment