Showing posts with label Komik~Ku. Show all posts
Showing posts with label Komik~Ku. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Friendship or Lover ?

Klik utk Besar

Lama betoi aku tak post artwerk kat dalam ni. Ni komik... Mmg komik pun, satu penyataan bodoh dr aku. Aku hasilkan time waktu awal semester kedua, untuk assignment BEL (Subjek Liberal B.I). Kitorang diarahkan utk hasilkan sama ada komik 6 Pages, ataupun short film berdurasi minimum 10 minit. Kenapa komik ni 1 page ja?

Ntah la, ni kerja kumpulan. Aku dh arahkan member2 aku buat sorang satu. Rasanya diorang dh buat. Tapi aku lupa nk mintak tgk. Ah, biar la... 

Ini komik. Sebuah komik. Eh, bukan.. Sekeping komik sahaja...

Komik. Ya, memang komik.

Cerita pasal?

Pasal antara Persahabatan & Cinta. 

Why?! Knp topik ni aku pilihhh???!

Hm hm hmm. . .  Ada la. mn blh bagitau.

Okay! Fullstop ! 

( Anda boleh baca sniri kalau nk tau jalan cerita. Aku malas story sbnrnya,  Hahahah!)

Sunday, August 1, 2010

Komik Baru - Friendship or Lover


Hahahah! Komik aku yang pertama dalam BI.
Kalau takdak sebab, aku takkan buat dalam BI ni.
Lecturer yang mintak assignment mcm ni, beliau suruh buat sama ada short film dgn durasi 15 minit ataupun komik 5 pages (kerja kumpulan). 

Grup aku Anonymous, jumlah 6 orang.
Aku mintak la setiap sorang buat satu page. Lain2 tajuk (bebas la mksdnya).
Cadangan awal nk buat short film, idea Aiman. Dia nk buat filem pasal kaki. Karekter2nya semua kaki. Kaki la yg cakap, kaki jugak la yg berlakon, becinta, all about kaki. Hahah! Best!
Tapi susah nk dpt komitmen, lg satu takdak kamera, nk buat video pakai henpon takut tak clear pulak.
So, beralih pada komik. Sambil2 naik bas balik kampung pun still blh buat draft thumbnail.
Komik aku simple ja, story pasal cinta & pesahabatan antara sesama  manusia dan artwork.
Kecintaan seorang lelaki yg lbh kepada artworknya bebanding kepada awexnya sniri.
Inilah sebahagian drpd hidup budak Art. Hm hm hmm,,, tapi tidak la pada aku.
Hidup aku still balance. 
Haha! Enjoy it!

Sunday, June 27, 2010

Perang SyaMiSya

                                           Page 1                                                      Page 2
                                                               Klik Imej utk Lihat Besar

Aku buat komik ni time frm 6. Satu hari tu cikgu majalah sekolah ni tanya kat aku, 
"Nizar, tahun ni kamu tak mau buat komik ka."
"Eh, saya buat la cikgu, nnt saya hantarkan," aku jawab.

Aku pun hantar komik yg aku buat tu, tajuknya Couple Islamic. Sbnrnya komik tu redraw ja, aku buat kalut2. Tak sempat cari idea.

Pastu bila hantar, cikgu kata, "satu je, buat la lebih sikit, dua tiga helai lg ka..."

Aku tak membantah, terus kata "okey." 

"Lagi dua minggu kamu hantar ye." Cikgu kata lg..

Aku senyum ja.. Hm hmm. . .

Balik rumah ja aku terus cari idea. Aku buka tv, ada tayang drama latin LaLoLa .
Aku pun pikir, camna nk tweak nama LaLoLa tu supaya jadi ikut style aku.. Aku pun mula senaraikan dlm kepala otak aku, nama tu mestilah gabung nama laki dan pmpuan serta sedap didengar kalau sebut dr depan ke tengah & dr tengah ke belakang.. 

Pikir punya pikir, tak dpt jugak. Pastu aku teringat kawan aku time tadika dulu, nama dia Syamil. Dia rajin muntah2 sbb suka makan meggi waktu pagi. Hoho.. 

Aku cuba tweak-kan:   Syamil = Syami = Misya = Sya Mi Sya =SyaMisya

Wahhh! SyaMisya.. Tapi nk buat cerita pasal apa?
Kapel kah?
Adik beradik kembarkah?
Kawan baik yg bercintakah?

Akhirnya aku terlintas jugak, kalau majalah sekolah ni, seelokkan karya berbentuk komik mstilah berpengajaran.  So, aku buat cerita perang. Bukan kisah askar, tapi maksud perang tu aku cuba singkap scr tersirat. 

Hahah! Kalau korang nk tau kisah Perang SyaMisya ni. Baca la komik kat atas tu.
Di sini aku ada tulis diskripsi pasal komik aku tu. Klik Sini >>> PERANG!




Thursday, June 24, 2010

E.X.A.M


Exam, Exam, Exam...
Ni komik lama aku. Aku buat thn lepas bersempena minggu peperiksaan akhir tahun time aku masuk Form 6 dulu.

Kisah dia biasa la, pasal ragam pelajar time menghadapi peperiksaan.
Selain drp nk show ragam pelajar, ia jugak sbg cara aku luahkan emosi apa yg aku rasa. Hahaha!







Sunday, January 24, 2010

Couple Islamik (Komik-Ku)




Komik Asal

Dah lama aku tak post artwork aku kat dlm blog ni. Bersarang labah2 la nmpaknya..
Sebenarnya komik Couple Islamik ni dh lama aku buat. Cuma aku suka peram lama2 buat pekasam, bila dh masam baru aku bubuh. Hahahah!

Komik ni sebenarnya aku redraw daripada komik yg aku jumpa dlm nternet. Kalau tak silap aku, nama pelukisnya Freshie. Aku ada buat ubahsuai dari segi strok lukisan ikut gaya aku. Isi utamanya aku tak ubah, masih mengekalkan tujuan sebenar komik ini iaitu ingin ditujukan secara sinis kepada remaja2 muslim.

Selain daripada aku publish kat satu website ni, iaitu website Komik Dakwah, aku jgk publish kat majalah skolah aku, iaitu Majalah Jitra. Hahah! Tak sabar nk tgk komik ni keluar kat majalah skolah aku.

Sekarang ni aku kat UiTM, dalam course Art & Design (Seni Lukis & Seni Reka). So, aku cuma fokus kat tugasan artwork yg lecturer bagi sj la. Tak sempat nk fokus kat komik2 ni. Tak pa, aku akan terus berusaha utk lebih produktif dan kreatif dalam bidang aku.
YEARGHH!

Tuesday, December 8, 2009

Selendang Putih (Komik-Ku)

Page 1


Page 2

Page 3

Page 4

Page 5
Page 6

Selendang Putih merupakan komik majalah sekolah yg aku hasilkan time form5, tahun 2008.
Diterbitkan dalam Majalah Sekolah SMK Jitra pada tahun 2009. Aku dapat baca majalah ni lepas result SPM. Memang untuk budak2 SPM, majalah sekolah akn dpt time terima result.

Kalau nk cerita pasal mcm mn aku blh create komik ni, agak tak panjang la jugak dan sedikit lawak. Hahahahah! <<

Aku start pikir utk komik ni time hujung bulan 11 thn 2007. Hohoho! Gila punya awai !
Idea untuk buat komik ni aku dpt waktu dok tolong ayah aku angkat benih padi kat bendang. Sambil2 rehat kejap, aku pikir la. Tup tup, tajuk ni keluaq
-Selendang Putih-

Lepas dh dpt tajuk, balik ja ke rumah aku mula merangka cerita.

Untuk cerita komik ni, aku guna latar belakang skolah aku
-Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra-
Kali ni penampilan komik aku agak canggih sbb aku dh mula mahir memanipulasikan teknik Photoshop. Dengan level aku yg dh up skit, aku menggabungkan latar belakang real menggunakan foto dgn watak2 kartun ala2 anime.

Aku terpikir utk gunakan foto sbg background sbb time tu ayah aku baru 1st time beli kamera digital. So, aku mmg gila2 la mencuba tangkap mcm2 jenis gaya picture. Yg paling aku suka tangkap adlh gambar pemandangan.

Komik Selendang Putih ni merupakan komik yg ada unsur2 cinta antara pelajar.
Aku saja buat komik yg ada unsur cinta ni sbb time tu ntah mcm mn jiwa aku agak jiwang skit utk buat cerita cinta yg sedih2 ni. Tp skrng ni aku rasa komik ni tak la sedih sgt pun.
Aku rasa mcm komik yg 'klise' sbb dh bnyk cerita yg sebegini rupa ditampilkan dlm cerpen2.
Last cerita ada sj watak yg mati. Huh! Tak minat la mcm ni! Klise sgt!

Tp tak mengapa la, sbb komik ni merupakan percubaan bagi aku utk terus maju ke hadapan dgn teknik digital utk hasilkan komik sebegini.

...Okey, enjoy it...

Thursday, October 15, 2009

Student's Love (Komik-Ku)


Page 1

Page 2
Page 3
Page 4

Pertama kali aku mengaplikasikan Adobe Photoshop adlh pd komik ini, iaitu komik kedua aku utk Majalah Sekolah SMK Jitra bg tahun 2008. Ni merupakan komik aku yg pertama menggunakan Photoshop dan merupakan pencetus idea bt aku utk terus menggunakan Photoshop sbg medium bg memperkemaskan semua artwork2 aku. Komik ini dihasilkan pd tahun 2007 sewaktu aku Form4. Pd ketika itu, aku belum mahir sepenuhnya dlm penggunaan Photoshop. So, grayscale colour komik ni tak berapa kemas sgt sbb aku tak tau lg function Lasso Tools dan Magic Wands . Aku cuma tau guna beberapa tools sj time ni, spt Burn Tool, Smudge Tool, dan beberapa Basic Tools yg lain.

Ada kisah di sebalik proses utk aku mnjayakan komik ni, pahit la jgk... Deadline utk aku siapkan komik ni cuma tinggal dua hari lg waktu tu. Aku pulak baru siapkan page 3. Nk buat satu2 page tu ambik masa la jgk. Tambahan pulak, aku cuma amatur yg baru tau guna Photoshop. Masih merangkak-rangkak... Nk siapkan cepat2 agak sukar bagi aku. Tp aku menganggap tu sebagai cabaran buat aku. Lepas diberitahu oleh sorang ahli redaksi majalah bahagian Wacana yg aku mesti siapkan dlm masa dua hr sj lg, aku bergegas fikirkan bagaimana nk buat ending utk story ni. Bila dh dpt, balik rumah sj aku terus skecth dan masukkan dlm kmputer. Time nk start bukak Photoshop, tiba2 terpapar kat desktop aku mengatakan yg Photoshop aku berlaku error. Aku trai bukak 2,3 kali lg dan masih tetap berkeadaan serupa. Aku gabra dan jd tak tentu arah. Mcm mn nk siapkan komik kalau ada slack mcm ni? Aku jangka yg Photoshop aku dh kena attack dgn virus. Nk reinstall, CD dia takdak. Aku dpt Photoshop tu pun drpd sepupu aku, aku guna Photoshop 7 time tu.

Aku jd panik dan tak tentu arah. Jam menunjukkan pukul 6.30ptg. Aku risau, komik tak siap lg. Nk bubuh kaler pun ambik masa jgk. Kalau mcm ni, aku bt keputusan nk pi cari Photoshop yg baru kat Aneka. Aku pun terus bergegas dgn menaiki motor Honda 70 ayah aku yg takdak roadtax dan aku pulak tak berlesen. Aku ikut jalan kampung Tanjung Pauh (jalan jauh) utk elakkan drpd terserempak dgn polis. Waktu tu hujan renyai2, petang pun dh beransur senja. Aku redah sj... Mak aku taktau yg aku keluar, sbb dia tak balik dr kerja lg. Aku terpaksa cepat, takut kalau2 mak aku balik dan dia marah kat aku sbb keluar time senja.
Huh! Panik aku tak habih lg. . .

Bila dh sampai Aneka, aku naik ke kedai PC (kedai yg jual CD utk game & komputer) utk cari CD Photoshop. Alhamdulillah...apa yg aku cari akhirnya dpt jgk. Aku pun balik rumah dan langsaikan semua yg tertangguh. Aku dpt siapkan komik aku mengikut waktu yg ditetapkan.
Inilah pengalaman. Yang mendewasakan, dan mematangkan fikiran. Skrng aku dh pro dlm mengendalikan software Photoshop. Bnyk dh picture yg aku manipulatedkan.
It's so fun! Interesting! Amazing! & Exciting!
...Segalanya mungkin dgn Photoshop...



Monday, October 5, 2009

8A Untuk Mama & Abah (Komik-Ku)


Page 1

Page 2


Page3



Page 4

Ni merupakan komik pertama yang aku hantar ke Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, iaitu majalah sekolah aku. Aku hantar time Form 3, 2006. Aku takdak idea sebenarnya nak buat komik ni, dan format dia pun aku tak tau. Maklumlah, komik untuk majalah sekolah, mestilah ada kriteria2 tertentu yang dikehendaki untuk lulus publish. So, apa yang aku buat, aku copy balik konsep bagi komik pelajar tahun sebelumnya. Kalau dilihat balik, mmg agak serupa jugak la muka surat depannya. Ada pengenalan kawan2 baik.

Pertama kali buat komik untuk di-publish-kan, mmg pening kepala. Banyak aspek perlu dilihat, sama ada dari segi bahasa, jalan cerita, dan isi kandungan yang ingin disampaikan. Waktu ni aku buat memang 100% guna tangan, takdak sentuhan komputer langsung. Untuk dialog, kena tulis tangan memang susah. Tulisan kena jaga supaya pembaca dapat lihat dengan jelas. Page tak boleh kotor, kalau tidak kualiti karya akan turun. Huarggghhh! Pening!

Nak atur jalan cerita, HUH! First skali aku dapatkan kebenaran kawan2 aku dulu untuk guna nama mereka. Ini mmg penting, kalau depa tak restui penggunaan nama tu, tak berkat jugak hasil karya aku. Tambah2 lagi si Izzat, dia watak utama. Last skali mati pulak watak dia tu,,, wajib untuk aku dapatkan kebenaran guna nama dia. Kebiasaannya, seseorang pelukis komik akan buat draft untuk jalan cerita komik mereka, aku pun begitu jugak. Ni merupakan pengalaman pertama aku buat komik dengan begitu berstruktur. Sblm ni aku cuma pakai lukis saja. So, agak susah untuk pikir jalan cerita yang ringkas, padat, dan mutakhir. Hahaha!

Mengikut langkah2 yang teratur, pertama skali aku pikirkan tajuk cerita > bilangan watak > nama watak > bilangan muka surat > create jalan cerita beserta dialog > last skali barulah aku mula melukis dan buat susunan kolum . Setelah siap sketch guna pencil, aku double pulak dengan pen, paling last adalah inking guna dakwat cina. Dakwat ni water soluble, kalau kena tangan mmg kotor la.

Selalunya kalau lepas siap satu2 komik tu, tak kira la dari aku Form 3 sampai sekarang ni, aku msti akan show kat kawan2 sekelas . Biasa la, nak tunjuk kata aku ni terer melukis. kahkahkah! Tapi time tu lukisan aku bukan elok mana pun . . .
Okey la, sekian untuk kali ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...