Kebahagiaan yang datang bukanlah dari segenap sudut. Hanya melalui beberapa kawasan terpilih sahaja yang betul-betul kena dengan kehendak takdir. Jangan kita salahkan Yang Maha Esa kiranya apa yang dikehendaki itu tidak tercapai secara terus dengan yang dibayangkan. Bukan semua yang kita pinta akan kita dapat, kadang-kadang ditangguhkan untuk diberi ganjaran yang lebih di akhirat nanti. Jadi, kesabaran merupakan pokok utama dalam menantikan impian itu termakbul.
Cuti pertengahan semester baru saja bermula. Kali ni sedikit berbeza dengan yang sebelumnya, aku pulang menaiki bas dengan fikiran yang berisi dan hati yang berpenghuni. Aku tak bela jin ataupun pelesit dalam organ penting. Benda bodoh dibuang jauh-jauh, yang lagha aku flush lembut-lembut dalam jamban. Kotak paru-paru aku menghela nafas yang sangat sejuk tatkala melihat dia yang bertudung merah turut ikut sama ke stesen bas. Aku suka warna merah, dan suka sangat-sangat bila perempuan yang aku sayang bertudung kaler merah jugak.
Kerapkali cuti pertengahan semester memang aku pulang dengan bas. Atas bas selalu aku termenung sambil dengar lagu dan layan perasaan kosong, tabiat yang sinonim dengan lelaki 'forever alone'. Takdak perempuan yang nak betul-betul rapat dengan aku, mungkin sebab rupa aku yang macam mafia, yakuza, atau jugak ada sikit-sikit iras Faizal Hussien. Itu dulu, kini aku dengan dia. I'm taken, I'm not single anymore. Aku pulang menaiki bas dengan perasaan yang berisi, tiada lagi menung kosong yang berpanjangan. Hanya dia dalam ingatan...
Hidup aku semester ni sangat berbeza, seperti Peter Pan yang baru ketemu Tinkerbell, seterusnya dapat terbang bebas di Neverland. Pertama kali yang drastik, bukan dipinta tapi harapan yang bermula dengan impian dan bayangan. Akhirnya dia muncul seperti yang diimpikan. . .
Aku hanyut dalam lamunan cinta≈≈
No comments:
Post a Comment