Saturday, December 10, 2011

3/4 Hati Buatmu



Bukan mudah memandang cinta dari sudut berbeza agar kekal kemanisannya. Walaupun bersahaja, namun hati tetap menumpukan pada rasa kasih dan sayang. Kadang-kadang kita tetap terlepas pandang perkara-perkara penting seperti layanan istimewa pada si dia. Tapi aku masih belajar akan pengertian alam cinta. Terus terang aku katakan yang aku bukan seorang yang romantik dan pandai mengambil hati perempuan dengan seadanya. Tiada langsung pengalaman cinta sebelum ini. Hanya kebodohan yang melanda diri aku apabila 'dia' merajuk. Dia ingin dipujuk, tapi aku hanya tahu cakap "pujuk, pujuk, pujuk, pujuk..." saja.  

Sesukar mana sekalipun, aku cuba lari daripada gelaran seorang badut bodoh yang tak punya apa-apa fahaman perasaan. Hati aku sudah diserah kepadanya, hampir keseluruhan. Hidup aku cuma dengan 1/4 hati, berfungsi untuk memahami diri dan perasaannya sahaja. Biar hati aku terluka tak mengapa, asalkan dia gembira dengan apa yang dia dapat, iaitu cinta. 

Bersamanya membuatkan aku sentiasa tersenyum. Gembira melihat dia manja. Kadang-kadang rasa macam bersama adik aku sendiri bila aku sedikit tegas dengannya. Namun sayang tetap bersama. Merajuk tu perkara biasa. Tapi bila dia kata taknak cakap ngan aku satu hari, hidup ni terasa kosong sangat. Serius, sangat sangat kosong. Rasa macam dah tak wujud orang lain yang boleh aku begurau dan usik-usik. Memang aku selalu usik-usik dia, best tengok dia buat muka masam, comel sangat,,, tapi tak best bila dia merajuk lama-lama. Hahah,, risiko jugak tu.

Hati aku dah tetap untuk dia, tak nampak orang lain lagi dah. Dia takkan aku lepaskan, takkan aku abaikan. Ini bukan sekadar pidato manis, tapi janji daripada hati. Kata janji manis penuh makna, juga tanggungjawab perlu dilaksana. Sekian...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...