Keikhlasan hati kadang-kadang sukar digambar melalui kata-kata. Namun bagi insan malas macam aku boleh menjadi rajin tak semena-mena dengan hanya ungkapan ''Aku cinta padamu'' daripada bibir mulus si dia. Tak semudah yang disangka, nukilan sesebuah karya berwarna bukan sewenang-wenangnya boleh ditafsir melalui pandangan dan kata-kata, ia perlu dipandang melalui jiwa dan hati jugak. Aku malas untuk berkata banyak, kerana ucapan daripada lidah manusia boleh mengundang pelbagai padah apabila silap diatur. Lebih senang kiranya ungkapan hati dituju melalui apa yang dipanggil karya jiwa.
Pengalaman sepanjang cuti semester aku simpan dalam setiap gerakan berus pada kanvas itu. Dia jauh daripada aku pada saat tersebut, namun aku tak sia-siakan masa dengan hanya menggelamun bodoh sambil pandang langit berkhayalkan wajah kekasih. Kami berhubung menggunakan kemudahan sedia ada. Emosi aku diatur dalam setiap bancuhan warna. Setia, kasih, janji, sayang, dan cinta, semuanya lengkap diadun dengan tulusnya.
Biarlah rahsia siapa 'dia' yang kutujukan itu.
Sekian. Salam cinta untukmu, sayang.
Assalamualaikum.semoga kecintaanmu pada 'dia' diberkati Allah Taala.
ReplyDeletebila hg nak buat catan utk aku lak?
ReplyDelete