Bukan mudah memiliki, apatah lagi mendapatkan orang yang sepertinya. Menyedihkan bagi mereka yang tidak menghargai. Aku menghayati setelah mempunyai. Dia sangat baik, cantik, dan pandai masak... Jugak ramai peminat. It's okay, aku tak kesah walaupun dari lapisan langau, badut bodoh, nice boy, hingga ke kasanova yang minat kat dia. Meskipun ramai yang melompat, mengejar, dan berlari ke arahnya, dia hanya dengan aku. Tiada lagi rahsia antara kami, itu satu ketenteraman. Anasir-anasir luar hanya sebagai pelakon tambahan yang mendramatikkan lagi suasana. Biar mereka membadutkan diri dengan watak desperate mereka. Aku? Hanya melihat, mendengar, dan tersenyum dengan tindakan-tindakan 'pintar' itu.
Seronok melihat orang yang kita suka rasa gembira. Meskipun dia sesekali diganggu 'mereka', jangan goyah. "BERTENANG SAYANG, BERTENANG..."
Cemburu buta? Hanya menyerlahkan kebodohan aku. Akal ada jangan disimpan dalam lutut. Laki bengong selalu kena makan dengan emosi. Maka lahirlah kelompok jantan yang berlutut depan perempuan, menjadi hamba cinta sebelah mata. Mereka mati kerana cinta dusta. Semuanya kerana tumpul fikiran dan buta mata.
Terimalah orang yang sayang kita, jangan pergi pada mereka yang tak menyayangi.
No comments:
Post a Comment