Menantikan kata-kata itu daripada dia merupakan ujian kesabaran. Kini tiada lagi keraguan, tiada lagi fenomena tepuk sebelah tangan, dan tiada lagi syok sendiri. Segalanya jelas memperlihatkan keikhlasan dan sayang. Buah mulut yang manis bukan lagi dongeng, kerana benihnya diimport dari fikiran lalu disemai di hati, akhirnya dituai melalui bibir. Petani itu adalah aku, menyemai untuknya demi melihat dia gembira, hidup penuh ceria.
Aku sudah tidak risau lagi pada 'langau gersang' yang mengejar 'dia'. Kerana langau-langau itu hanya diulit imej fatamorgana sekuntum bunga yang sebenarnya sudah dipetik. Bunga sudah mekar dan mula mewangi. Perkembangan yang sangat memberansangkan. Inilah CINTA yang sudah diungkapnya.
I LOVE U TOO ...
No comments:
Post a Comment