Tak keruan rasanya kalau tanpa kawan, apatah lagi sahabat. Mungkin terdapat beza antara dua kalimah itu. Mereka membawa keceriaan dalam kecelakaan bosan. Bukan nak kata tak paham dengan rasa gembira yang melambung datang bersama lepak-lepak kosong, cuma masa yang terbuang tu biasanya boleh dimanfaatkan dengan kerja yang lebih berfaedah. Tapi itulah sahabat, walau mak bapak ada di rumah mengajak ke dusun bersihkan semak, ikut sahabat lepak atas bukit dirasakan lebih tinggi nilai harganya. Darah muda hanya mahukan keseronokan, kerana masa indah sekarang ini hanya menjadi kenangan ditepi tingkap pada hari tua.
No comments:
Post a Comment