Thursday, October 20, 2011

Bukan Lakonan



Mungkin ramai yang menganggap cinta itu merupakan permainan  perasaaan. Ada yang mengatakan lelaki yang mendominasi cinta dengan permainan kata-kata , perempuan pula tergoda dengan kata-kata manis lelaki, lalu wujudlah 'percintaan'.  Biarlah apa kata orang, asalkan aku bahagia. Kehadiran 'dia' aku tak nafikan. Dia memang wujud, bukan Cinta Muka Buku mahupun Cinta Skype. Sekali pandang rasa 'suka', dua kali pandang 'jatuh cinta', tiga kali pandang terus 'tergoda'.  

Aku tidak rakus mengambil hatinya, tidak seperti kisah buaya yg kebulur hati monyet. Hidup mesti beradab, jangan jadi Pak Pandir yang mati kerana gelojoh melahap pisang panas. Kami pencuri, kerana masing-masing sudah mencuri hati. Tapi kadang-kadang ketakutan itu tetap melanda, 'dia' merasakan hati yang dicuri itu tak sesuai dengannya. "Kenapa?" aku bertanya . Jawapan yang diberi menceritakan tentang dirinya.  

Keikhlasan aku bukan plastik. Dan aku pun tak suka plastik. Biarlah kami menjadi pencuri yang tidak bertopeng dan tidak mencuri hati plastik. Itu yang aku harapkan. Menerima seadanya bukan bermaksud sekadar memberi pidato manis bagi membetulkan selendang yang senget,  tetapi merupakan tugas besar bagi aku menjadi nakhoda di atas sampan yang masih terumbang-ambing. Ini bukan lakonan, aku menghargai kehadirannya. Inilah CINTA.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...