Saturday, October 29, 2011

Agenda Langau


Kehadiran wanita adalah sebagai penyeri hidup lelaki, bukan untuk dieksploitasi ataupun dimanipulasi demi kepentingan diri. Namun lelaki tidak suka menyendiri, mereka gemar mencari apa yang dirasa menarik untuk diri. Sangat malang kalau daya tarikan tidak dipeduli. Biarkan, hati lelaki selalu diperhati tapi perempuan diletak tepi.

Majoriti langau hanya tahu bising dengan kata janji manis, bodoh dengan tindakan sendiri yang tidak faham perasaan wanita. Merosakkan mereka dengan strategi perang DOTA yang entah betol entahkan tidak. Akhirnya lari entah kemana bila dipinta tanggungjawab sekata. 

Langau bodoh  dengan pemikiran dungu, menerjah mana-mana saja gadis dengan akal tergantung separa langit. Walau poket tebal, muka kacak, tinggi macam model, tapi kalau nafsu macam kuda tak guna jugak. Negara perlukan lelaki perkasa dan bijak untuk memimpin ke arah dunia metropolis, bukannya langau yang hanya bising dan mengotorkan negara serta para gadis. Puak jenis ini semakin aktif, hanya menunggu masa dimusnahkan  perangkap lalat. 

Masyuk dengan pelbagai konspirasi yang ingin merosakkan wanita, mereka menjalankan pelbagai eksploitasi tanpa sebarang persefahaman. Hanya nafsu yang menjadi nakhoda. KEJAM, frasa yang sangat sesuai dicop pada dahi langau-langau itu.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...