Perjalanan kelas illustration yg aku lalui sepanjang sem ni adalah sangat sangat sangat best. Dengan kebebasan yg diberi oleh lecturer untuk hasilkan sketching dan idea, kami satu kelas rasa bebas untuk meluahkan sebarang idea pada layout pad yang nipis tu.
Hari Selasa, 27hb 10 pulak hari assesment untuk projek 3 dan final illustration. Malam sebelum tu memang semua pakat-pakat kalut gelabah bewak dok siapkan benda alah tu. Kami kena buat standee
untuk final, yang projek 3 pulak kena hasilkan information poster. Sebelum ni poster yang kami kena buat cuma besaiz A3, tapi untuk projek ke-3 saiz dia besar sikit, saiz A2. Yang standee pulak, semua buat besar-besar. Aku pun besar jugak, saiz yang aku besar 53 inci tinggi x 63 inci lebar.
Kami, GD4A & GD4B |
Kerja yang aku buat last-last minit, sbb tu rasa teruk skit.
Walaupun last minit, kualiti design yang aku utamakan.
(KLIK UNTUK LIHAT BESAR)
(KLIK UNTUK LIHAT BESAR)
Untuk poster, aku lukis background dulu. Sketch pakai pen dalam layout pad, pastu kaler dalam Photoshop CS3. Aku kaler simple-simple ja guna teknik yang cepat, sbb utk skecthing aku buat detail skit. Itu yg takdak masalah utk kaler. Untuk kaler, aku sapu flat kaler pakai brush, pastu guna filter Box Blur. Itu cara untuk blend kaler yang mudah dan cepat.
Lepas buat background, baru aku mula lukis karekter. Kaler pada karekter aku main dengan brush stroke ja. Untuk rendering, aku pakai Burn Tool dan Dodge Tool.
Ini final untuk illustration, iaitu Standee. Yang ni memang susah skit aku nak kaler, sbb aku buat rendering yang smooth & detail .
That's All..
No comments:
Post a Comment