Wednesday, September 21, 2011

Susahkah CINTA ?




Cinta merupakan salah satu perkara yang subjektif tersenarai dalam banyak-banyak perkara selain daripada soalan subjektif peperiksaan. Walaupun ia subjektif, bukan bermakna kita perlu menulis bagi mengisikannya jawapan. Hanya perasaan yang mampu menjadikannya sebagai jawapan. Ketepatan jawapan melalui perasaan itu bergantung pada sejauh mana kita menilainya daripada persepsi sendiri. Sikap ego dan individualistik selalu menjadi bahan kimia berbahaya terhadap ramuan perfume cinta setiap orang. Pasangan yang seperti itu hanya menjadi barah, seterusnya terjun dari bangunan berpuluh tingkat  dan gantung leher di kipas angin yang menjadi penyelesaiannya.

Mencari cinta tak memerlukan seseorang itu berlari-lari sana sini. Kalau dah namanya jodoh, tanpa dicari dia akan muncul sendiri. Orang yang mudah mendapatkan cinta menjadikan mereka sebagai manusia yang kurang menghargai. Umpama tisu, lepas habis diguna, dibuang begitu saja. 

Lelaki bukan buaya, mereka juga manusia, ada perasaan, ada rasa cinta dan ingin dicintai. Hanya nafsu yang selalu mempermainkan mereka. Lelaki kerap tumbang dan sujud pada nafsu. Itu yang menjadikan mereka sering dipandang ganas seperti buaya. Walaupun secara fitrahnya mereka bukan begitu.

Aku juga lelaki, tetapi bukan buaya. Memahami seorang wanita kadang-kadang agak sukar, itu yang cuba  aku usahakan. Kelak, aku bakal menjadi seorang suami. Jika aku tidak menghormati mereka, apa akan jadi kalau orang lain meragut kehormatan isteri aku nanti..? 

Cinta bukanlah keajaiban, jangan terlalu taksub dengannya kerana cinta juga boleh menjadi pembunuh yang kejam. Berapa ramai orang yang mati kerana cinta..?

Tak berselera makan > kurus > mati
frust menonggeng > bunuh diri > mati,
tensyen dengan awek > bawak kereta/motor laju-laju > eksiden > mati,
kurung diri dalam bilik > gila > gantung diri > mati,

kat atas tu antara kaedah pembunuhan diri yang popular dalam masyarakat kita. Tapi sebagai Islam, adalah diharamkan sama sekali.

Jadi, sebelum bercinta kena pikir dahulu sama ada kita cukup kuat untuk mengawal cinta, ataupun cinta yang bakal menguasai diri kita sendiri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...