Saturday, June 4, 2011

Cuti-Cuti Pendek


Lama benor aku tak ngupdate blog ni, sebulan lebih rasanya. Bukan apa, aku kan jenis malas skit, hahah..
sekarang ni dah seminggu aku start kelas. Actually, aku nak story pasal aktiviti aku time cuti yang sangat pendek hari tu. Aku start cuti 5 Mei sampai 17 Mei. Seminggu lebih ja.. Sebabnya, aku join jadi OC kat kampus. OC ataupun dlm bahasa kampungnya Organization Commitee bertugas memimpin student2 junior Part 1 yang baru masuk U.

9 hari cuti, aku ambik peluang untuk hasilkan painting. Painting ni untuk Pameran Terbuka Galeri Shah Alam. Pameran akan berlangsung pada 6 Julai 2011, untuk maklumat lanjut sila Klik Sini.

Media yang digunakan adalah media campuran, Oil kaler dan kolaj.



Lebih kurang dekat seminggu aku ambil masa untuk hasilkan lukisan ni. Satu tempoh masa yang amat singkat. Tapi, kualiti tetap aku jaga. Letih jugak dowh.. Dah la tak penah pakai menda alah oil kaler ni. 
Boleh dikatakan percubaan pertama bagi aku. 

Sangat best kalau dibandingkan dengan akrilik. Pakai oil kaler, aku boleh rehat2 jugak. Tak perlu risau kaler yang aku bancuh tu kering kontang. Hahaha.. 

Dengan tajuk Merahnya Dia, maka bermaksud aku siap buat menda alah ni. Tak tau nak bubuh tajuk apa. 
Pikir punya pikir, dah sebab pompuan ni pakai kebaya merah, tajuknya pun aku bantai letak nama 'merah' jugak. Hahahah! Blur~Blur~ Sebab aku tak tidoq semalaman waktu 17 Mei hari tu. 

Thanx banyak2 kpd Mama dan Abah aku . Diorang sangat bnyk membantu bagi support kat aku (ayat klise). Abah aku yg cukup bersungguh2 tolong, beliau tolong buat bingkai kanvas, tolong balut, cari port sesuai amik gambar, tolong bawak aku sent painting ni ke pejabat pos, dan paling best beliau tolong bayar yuran pos, gegege... Thanx abah. Lagi satu, tekejut jugak bila aku tengok abah aku bnyk alat2 pertukangan kayu. Lama tak balik rumah, barang2 pertukangan beliau pun dah makin maju. Hahaha!

~That's All~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...