Tuesday, May 3, 2011

Kemenangan Painting Nandos

Terlupa aku nak story kat  korang pasal competition painting Nandos yang aku join sebelum ni. Dah berminggu dah. So, dalam entri kali ni, aku nak bagitau yang sebenarnya aku dah berjaya memenangi competition tu. Alhamdulillah, aku dapat nombor dua. Dan hadiahnya adalah cek bernilai RM2000 beserta sijil dan baucer Nandos berjumlah RM200.

Event penyampaian hadiah tu berlangsung di Shopping Complex One Utama, 14 April 2011, jam 10.30pagi.
Best sangat kat sana, aku dapat jumpa pelukis2 terkenal.  Pertandingan ni adalah anjuran Nandos. Nandos ni sebuah syarikat yang bukak restoran makanan sama macam Ayamas. Diorang punya ayam sedap lg drp Ayamas. Restoran Nandos yang aku tau cuma kat Suria KLCC. Tempat lain aku tak tau ada kat mana lg..


Bergambar dengan Fadhli Ariffin, dia pemenang tempat ke-3, ataupun  2nd Runner Up.

Yang kat tengah tu pemenang utama. Student Fine Art, Degree Part 6, dari UiTM Shah Alam.
Aku sebelah kanan, tempat ke-2, Student Graphic, Diploma Part 3,  dari  UiTM Perak. Yg sebelah kiri tempat ke-3, student Fine Art, Degree Part 1, dari UiTM Shah Alam.





Bersama Painting aku, bertajuk Mengejar Protein





Dengan pensyarah yang jadi pengiring aku time tu, Encik Hamidi.

Sebenarnya aku tak expect sangat nak menang. Hati tu memang nak sangat menang, sbb ni competitio pertama yang aku join. Sblm ni aku penah join petandingan lukih poster, itu pun cuma kat sekolah, dapat tempat ke-3. Time tu cikai2 ja aku lukih. Tp ni petandingan antara IPT,,, memang tak sangka akan dapat tempat.

Ni kiranya sbg permulaan untuk aku pergi lebih jauh. Lepas ni aku rancang nak buat lg painting, nak trai hantar ke galeri pulak. Harap sangat ianya berhasil.


NAMA : MUHAMAD NIZAR BIN MOHAMAT SALLEH

NO. IC : 910826-09-5003

TAJUK : MENGEJAR PROTEIN

RASIONAL : KARYA INI INGIN MENJELASKAN AKAN KEPENTINGAN PROTEIN DALAM PEMAKANAN MANUSIA. SUBJEK AYAM DIGUNAKAN BAGI MENUNJUKKAN AYAM ADALAH SUMBER PROTEIN TERBESAR DALAM PEMAKANAN MANUSIA, INI KERANA AYAM ADALAH TERNAKAN YANG PALING BANYAK DI DUNIA DAN MEMPUNYAI KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI SELAIN IKAN. JUSTERU, KARYA INI INGIN MENGEKSPRESIKAN KEHENDAK YANG AMAT SANGAT DALAM PENGAMBILAN KHASIAT PROTEIN. KEKURANGAN PROTEIN MENYEBABKAN PENYAKIT KWASHIORKOR, KEGUGURAN RAMBUT, DAN BOLEH MENJURUS KEMATIAN. MAKA, KARYA INI SEDIKIT MENGGUNAKAN EMOSI BAGI MENUNJUKKAN AYAM BUKAN SEKADAR MAKANAN YANG MENYELERAKAN, TETAPI JUGA SEBAGAI SUMBER NUTRISI PENTING UNTUK BADAN.

3 comments:

  1. uuuuhhh.. kesian ayam tu.macam kene campak masuk mulut je haha... tapi painting itu cantik. bukan semua orang bertuah dpt memang. dapat voucher free lak tu. rezeki...





    terbaru: KONDOM ITU BUKAN UNTUK DIMAKAN

    ReplyDelete
  2. perghhh..smartla seni dia..tahniah menang^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...