Ni la trademark aku, haha.. Sebelum ni aku saja suka2 buat. Ilhamnya datang time aku frm5 dulu. Waktu tu bebudak skolah mmg gila My Space. So, mcm2 nama yg diorang create.
Menyedari akan ke'best'an buat nama yg cantik2 ni. Idea spontan tiba2 sj menerjah kat kepala otak aku utk create nama best2. Lalu, keluarlah I~aM~aKu ni. Bila diterjemah kepada Pure B.M , dia akn jd Aku adalah Aku. Mendalam woo maksud sbnrnya, jgn ingat aku suka2 je create benda alah ni.
Secara tersiratnya, I~aM~aKu yg aku aku create ni berkait rapat dgn Law of Attraction, ataupun hukum tarikan -Aku adalah apa yg aku fikirkan, engkau adalah apa yang engkau fikirkan, dan kita adalah apa yg kita fikirkan-.
Ia merujuk kepada diri aku sendiri, kerana cuma aku yang boleh membentuk diri aku, pemikiran aku yang akan membawa aku kepada hala tuju yang sepatutnya.
Dari segi psikologi, ia mampu memberi motivasi yang kuat utk aku terus berjaya. Kerana apabila dipecahkan kpd rangkai yg detail, akan jelas kelihatan flow pemikiran aku sendiri. Bermula drp I~aM~aKu > Aku adalah aku > Aku adlh apa yg aku fikirkan > fikirkan positif > Mesti mncapai kejayaan hidup > perancangan utk berjaya perlu teliti > msti bersemngat mencipta kejayaan > Perlu rajin, kemalasan dihapuskan > Setiap hari perlu ada azam baru > Azam aku hr ini adlh ingin.....
Begitulah aku, setiap hari sentiasa ada azam baru, kalaupun perlu diulang azam yang sama, sentiasa aku fikir ia adalah baru. Inilah yang dikatakan menggunakan minda dengan baik, kerana kita akan menarik apa saja yang kita fikirkan.
Semua ini bermula daripada tercetusnya niat samaada positif atau negatif , ia akan menghasilkan tindakan. Secara tidak langsung tenaga gelombang positif atau negatif ini akan membawa aku dan jugak korang kepada persekitaran, pergaulan sosial dan peristiwa yang sama dengan gelombang yang sama dengan kita.
Sebagai contoh , kalau seseorang itu tumpukan niat dia dan pemikiran dia serta fokus untuk buat amalan baik seperti menuntut ilmu agama, dia akan berada di tempat seperti masjid, berkumpul dengan orang-orang yang baik dan melakukan amalan yang baik.
Sebaliknya, orang yang berniat negatif misalnya nak buat buat zina atau apa2 je, dia akan join dengan orang2 yang bermaksiat dan berada di tempat-tempat maksiat.
Pendek kata orang yang mempunyai gelombang getaran emosi yang sama akan merasa selesa dengan kumpulan masing-masing. Orang yang bermaksiat tidak akan berasa serasi dengan orang yang beriman, begitulah sebaliknya mereka akan berada di dalam lingkungan kumpuan masing-masing.
Sepertimana Jerry dan Esther Hicks kata, "Akan tertarik kepadanya apa yang sama sepertinya".
Catherine Ponder,dlm bukunya Dynamic Law of prosperity menyatakan, anda menarik apa yang anda pancarkan menerusi fikiran,perasaan,gambaran minda dan tuturkata dalam hidup anda.
Jadi, begitulah penerangan panjang lebar aku berkaitan I~aM~aKu , yang kini menjadi trademark aku scr rasmi. Kata orang2 tua, nama yang baik beserta maksud yang baik, akn bagi kesan yang baik kepada pemilik nama itu. Hm hmm,, korang pulak mcm mn? Kalau nk create trademark tu, fikir2kan la mksudnya dgn teliti (itupun kalau rajin la) . Hahah. . . ~Sekian~
waaahhh...
ReplyDeletemndalam mksudnye...
;)