Sunday, August 1, 2010

~~Bersawang-sawang~~

Assalammualaikum semua,,, dah bersawang blog aku ni. Lamanya aku tak update. Kenapa ya?
Hahah,,, sbnrnya aku kurang berkesempatan, sbb banyak sangat tugasan art yg kena aku buat. Drawing bertimbun2, assignment berlambak2. Hm hmm,, normal la tu. Budak universiti mmg busy. Ditambah pulak dengan sikap aku yang mau semuanya dilakukan teliti, mmg bnyk masa diperuntukan untuk fokus pada artwork dan assignment. Semuanya demi kawalan standard kualiti yang tinggi. Tak kesah kalau nk buat artwork tu cincai2, markah tetap jugak dapat, tapi kepuasan hati? haha, aku mmg tak puas hati kalau masa yang diberikan oleh lecturer utk buat assignment tak diguna sepenuhnya. Untuk enjoy2, apatah lagi untuk bersuka ria dengan member2 kat bandar, semua tu sangat jauh dari aku. Sebab time study mmg aku betol2 study. Sampai nak update blog pun aku terlupa. Bila time cuti, hoho, cuti panjang la aku mksudkan. Memang betol2 aku bercuti. Kalau cuti umum sabtu ahad tu, bukan utk aku la. Sbb kerja2 seni tetap berjalan mcm biasa.

 So, waktu ni pun aku cuba curi2 masa utk update sikit2 story aku. Bnyk jugak la sbnrnya benda yang aku nk ceritakan. Artwork pun bnyk yg aku belum post kat blog ni. Tgk la nanti, bila berkesempatan lg, aku akn post bnyk2. Hm hm hmm.. Insyaallah. .. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...