Fungsi dari gelombang otak:
Otak manusia apabila berfungsi maksima dan secara penuh, maka sebuah otak boleh mempunyai kekuatan kuasa sebanyak 10 watt. Oleh kerana itu, otak manusia disebut juga sebuah organ badan yang bersifat 'electrochemical', yang mempunyai frekuensi gelombang elektro yang disebut brainwaves atau gelombang otak. Gelombang otak kita boleh diukur dengan sebuah alat ukur yang disebut 'EEG' Atau Electro Enchepalograph.
Ada empat jenis gelombang otak, iaitu: Beta, Alfa, Theta, dan Delta, yang masing-masing boleh diketahui frekuensinya dengan alat EEG. Pengukuran gelombang otak ini berdasarkan pada getaran yang ditimbulkan oleh otak kita dalam satu saat. Pada saat kita akan diukur dengan alat EEG, maka kepala kita dipasang beberapa elektroda yang dihubungkan dengan alat EEG tersebut. Setelah diukur, maka akan didapati frekuensi gelombang otak. Dalam satu masa yang sama, kita tidak mungkin berada di dalam gelombang otak yang berbeza (misal Beta dan Alfa); akan tetapi dalam satu masa, kita hanya akan berada di dalam satu jenis gelombang otak sahaja.
Berikut ini urutan gelombang otak beserta frekuensinya:
Frekuensi gelombang Beta berkisar pada saiz 13-40 Hz / saat. Gelombang Beta mempunyai amplitud yang paling rendah, dan merupakan gelombang otak yang terpantas di antara yang lain. Gelombang otak ini dihubungkan dengan mengaktifkan otak. Pada keadaan ini, kita berada dalam keadaan sedar total dan sedang melakukan sebuah pekerjaan yang menuntut konsentrasi yang tinggi, memakai pemikiran yang logik, serta perbualan aktif, contohnya: mengajar, memberi persembahan, berdebat, memberi pidato, mahupun olah raga.
Frekuensi gelombang Alfa berkisar pada saiz 9-14 Hz / saat. Bila kita berada dalam gelombang Alfa ini, maka kita dalam keadaan sedar tetapi rileks. Kalau pada gelombang Beta, kita akan membangkitkan dan menghidupkan daya kerja otak, sebaliknya pada gelombang Alfa, kita tidak mengaktifkan otak, sebaliknya pada gelombang Alfa, kita membuat otak dalam rileks dan tenang. Gelombang Alfa mempunyai amplitud tinggi dengan kelajuan yang lebih rendah daripada gelombang Beta. Bila anda sudah menyelesaikan tugas, lalu duduk santai sambil membaca, maka gelombang otak anda dalam keadaan Alfa. Atau pada jam rehat, anda berjalan-jalan pelan sendirian di taman, maka gelombang otak anda dalam keadaan Alfa. Membaca, belajar, mendengar, melihat dan mengamati sesuatu juga dalam keadaan Alfa. Jadi apabila ada seorang murid sukar menumpukan dalam belajar, boleh jadi dia butuh program relaksasi kerana otaknya terlalu aktif (sering dalam keadaan Beta, padahal belajar memerlukan gelombang Alfa).
Gelombang Theta mempunyai amplitud yang lebih besar lagi dan frekuensi yang lebih rendah, iaitu: 5-8 Hz / saat. Apabila anda telah selesai tugas, dan duduk lalu fikiran mula melayang-layang, mengelamun sambil mata tertutup sehingga terlepas dari keadaan di sekeliling anda, maka anda dari gelombang Alfa rendah mulai memasuki gelombang Theta. Atau anda mandi di bawah air pancuran, atau berendam dalam bathtub, atau sedang berayun-ayun dalam buaian / Hammock di bawah sebuah pohon, di mana anda merasa sangat relaks dan anda melepaskan diri dari keadaan di sekitar anda, maka anda mula berada di gelombang Theta .
Pada gelombang Theta, seseorang selain dalam keadaan relaks dan tenang, biasanya akan lebih produktif. Insiprasi dan ilham muncul dalam gelombang Theta. Orang yang melakukan meditasi dan dalam keadaan khusyuk, maka gelombang otaknya dalam keadaan Theta. Bila anda sedang asyik melamun di ayunan dan dibuai angin yang semilir, tiba-tiba diserang kantuk, maka anda sudah mulai di gelombang Theta terendah dan sedang memasukit gelombang yang frekuensinya paling rendah iaitu gelombang Delta.
Gelombang yang paling tinggi amplitudonya tetapi paling rendah frekuensinya adalah gelombang Delta, berkisar 1,5-4 Hz / saat. Gelombang otak tidak pernah mencapai titik sifar, karenai titik sifar menunjukkan otak telah mati. Biasanya gelombang Delta berkisar antara 2-3 Hz / saat. Pada titik ini, maka anda sudah terlelap tidur, tidak sedar tentang keadaan di sekeliling anda.
Keadaan ketika anda belum terlelap, dan sedang berbaring membaca sebuah buku, maka anda berada di titik rendah Beta. Setelah itu, anda meletakkan buku, mematikan lampu, dan menutup mata anda, maka anda daripada Beta berpindah ke Alfa, lalu ke Theta, dan akhirnya jatuh tertidur memasuki gelombang Delta.
Pernahkan pada suatu kali anda mengalami kesukaran menumpukan, pelupa, mudah panik, atau sulit tidur? Atau sebaliknya, pada saat tertentu anda merasa mudah sekali mengingat sesuatu atau cepat menangkap isi sebuah bacaan? Atau merasa relaks sehingga bisa tidur dengan nyenyak? Ke semuanya itu berkaitan dengan gelombang otak anda. Tindakan kita berkaitan dengan gelombang otak. Sebaliknya gelombang otak bisa di 'reprogram' untuk mengkondisikan kita pada suatu tingkatan tertentu untuk boleh memaksimumkan sebuah tindakan. Misalnya mendengarkan lagu lembut untuk melihat kepada gelombang alfa, sehingga kita bisa konsentrasi dan melakukan tugas dengan maksimal dan fokus.
Atau pada saat otak anda sedang aktif, padahal anda ingin tidur, maka anda boleh mereprogram otak anda dengan mempraktikkan salah satu teknik relaksasi sehingga anda daripada dalam keadaan Beta, selepas memulakan relaksasi pelan-pelan masuk ke Alfa, kemudian makin lama masuk ke Theta, dan selanjutnya bisa ke Delta, iaitu tertidur lelap.Untuk belajar teknik relaksasi, sebaiknya anda mengikuti sesi khas sehingga bisa mempelajari beberapa teknik relaksasi dari ahlinya. Beberapa teknik relaksasi yang boleh membantu untuk mengatasi masalah insomnia adalah: teknik pernafasan, pijatan, akupunktur, visualisasi, mendengar muzik lembut, aroma terapi.
Dipetik drp : http://griyalarasati.blogspot.com
No comments:
Post a Comment