Wednesday, November 11, 2009

...Sleeping is Beauty...

Hahahahah! Dah lama aku tak update blog ni.
Rasanya dah penuh bersawang.

Selama 3 minggu aku menghadapi exam form 6, tak sempat nk tulis. Sebenarnya aku malas, hahahha! Baca buku untuk exam pun aku malas.Tapi apakan daya, walaupun aku begitu mengharap untuk dapat masuk UiTM utk 2nd intake bulan Disember nnt, aku tetap bagi komitmen utk form 6. Kalau dok buat over confident dpt UiTM, takut nnt dianak tirikan pulak oleh cikgu2 sekolah. Lagipun aku bknnya hebohkan lg berita aku nk masuk UiTM kat kebnykkan cikgu2. Cuma dua tiga orang sj yg tau.

Hmmmm,,,, kenapa title blog aku ni ...Sleeping is Beauty... ? Aku nk bagitau, yg lepas exam aku tetap kena pi sekolah. Bukan nk tunjuk baik, tp sbb dah aku ni pegang jawatan Pengerusi Persatuan PraU, tetap la kena pi pasal aku & kawan2 AJK yg lain bersama2 uruskan untuk majlis jamuan akhir bagi pelajar2 PraU atas. Bukan kami dibuli, tp ini dh jadi satu tradisi tiap2 tahun di SMK Jitra, pelajar PraU bawah akn uruskan jamuan utk PraU atas bila jawatan Persatuan PraU dah berpindah waktu enam bulan terakhir. Apabila urusan utk satu hari itu dh aku selesaikan, tak dak dh la kerja aku. Balik saja ke kelas, TIDOOOO la jawapnya. Hari ni aku tido dr pukul 10 sampai balik skolah pukul 1.30 ptg. GILAK! Hari2 mcm ni.

Bosan! Bosan! dan sangat BOSAN! Cuma dengan tidur menjadi jalan penyelesaiannya. Tiada apa yg dpt aku lakukan dek keboringan yang melanda. Nak melukis pun tak dak mood. Nak bersembang lebih2 pun dgn kawan2 dlm kelas majoritinya pmpuan. Cuma ada sorang ja kawan aku yg lelaki. Tp aku tak punyai topik. Kalau nk ikutkan dia bukak topik, mmg senyap sj la aku jawapnya nnt. Dia punya topik mmg grand tahap global punya, aku pun tak penah tau apa yg dia tau. Isu2 politik Malaysia, politik dunia, ekonomi dunia, semua dia tau. Memang gila punya pandai dia.

Pasal artwork2 aku, dah punya berlambak untuk aku masukkan dlm blog ni. Okey la, aku akan masukkan dari masa ke semasa... Choww . . .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...