Monday, November 23, 2009

Gilanya Hari Last Skolah... Hahahha!

Hari last skolah, Khamis 19/11/09, cukup gila2 bg aku.
Aku buat SMJ mcm skolah bapak aku, hohohooh! Keluaq masuk suka ati ja.
Aku pi skolah hr tu mcm besa la, smpai pukui 7.30pg.
Bila pi ja, tgk bebudak SPM jalan bebaris panjang. Tringat time SPM taun lepas. Tp aku jawab exam dlm dewan. Cuma setengah2 ja yg jawap exam kat blok kelas, temasuk la pelajar luar.
Cikgu Maznah kata, thn ni pelajar menumpang ramai, semua 38 orang.

Aku bejalan nk masuk kelas aku. Tp heran, dr bawah aku tak nmpak plk budak pmpuan kelas aku yg selalu tejongol tgk ke bwh.

"Mmg sah, hr ni cuma aku sorang ja yg mai. Budak kelas aku takdak sorang pun nmpak, " omongku sniri2.

Aku pun pi la lepak kat kelas A2, yg dok kat bwh tu. Nasib baik Haizal, Syahir, Benjo, Yat, Ca'un, dan 2,3 orang lg yg aku tak sebut nama mai. Bebudak pmpuan aku tak pasti la berapa orang. tp tak ramai la. Dgn depa la aku dok merapu hr tu.. Walaupun dok merapu, boringnya tetap ada.

Haddoiyaii,,, cuma tuhan yg tau betapa tensyennya hr last skolah. BORING!
Pd asalnya aku pi hr tu nk jumpa Cikgu Ku Insan, nk bgtau kat dia yg thn dpn aku tak skolah kat SMJ lg dh, pasai aku dpt UiTM kat Bandar Sri Iskandar, Perak. 27/12/09 aku start daftar utk course Art & Design.

"Arghh! nk buat apa ni? Boring!"
Tiba2 aku pikiaq, mesej Palie la suruh dia mai lepak kat skolah skali ngan aku. Lagipun hr ni last day, cikgu2 pun semua sebok..

"Wei, mana hang? Takdak pun kat skolah. Kata nk mai..."
"Segan ar...hang nk aku pi ka?"
"Budak kelas aku semua tak mai. La ni aku kesorangan.. Nk keluaq tak buleh dh."
"Hang pakai baju PJ ka?"
"Baju PJ kaler hijau."
"Sabaq ek,, aku tak buleh pi. sat gi stuck"

"Stuck apanya pulak dh....? Hadooiii.." aku pikiaq dlm ati. Aku pun terus kol dia. Suruh mai skolah..

trreeettt..treettt.. hnpon dia bunyik. [sebenaqnya aku taktau dia pakai ringtone apa.hohoho..]

"Helo. Woi, mai la. aku boring nih. Dok sorang2 ja."
"Sorang apanya, tu yg dok hingaq kat belakang tu?"
"Laa,,, yg hingaq ni geng2 frm3. Aku dok kat kelas Aliff," aku muhong. hm hmm.. dia pon pecaya.

Tiba2 Haizal buat riuh.

"Tu, dengaq mcm sora Haizal ja?"

Alahaiii,,, dia bising plak haizal ni. Pemuhongan kantoi..

"Woi, mai la. Hr ni cikgu2 bkn ada pon. Semua busy.."
"Tak bulehhh,,,sat gi stuck. Mak Cik Guard tu tahan aku nnt..."
"Alaa,, hang pakai la baju PJ kaler hijau tu. Takkan takdak kot?"
"Aku cari takdak.."

Hmm,bila masa dia cari?

"Hang balas sj la baju sapa2 pun. Yg Aliaa punya ka.."
"Hang sj la yg keluaq, aku tunggu kt medan.." Palie bg idea.

Huh! Aku pikiaq okey jgk idea tu. Tp buleh ka?

"Ish, tak berani la. Bahaya, lg pun la ni waktu skolah."
"Alaa,,budak2 frm3 ramai yg keluaq. La ni lepas PMR dh, hang pi la kot2 celah tu."

"Okey2, hang tunggu aku kat medan. Dlm 8.30 nnt aku smpai."

Sekali dgn tu, aku suruh dia bawak sama artwork kawan dia yg budak Art tu. Dh mmg sure la nk pi lepak kat medan tu.
Hoh! Gila, ni first time aku nk 'fly' time skolah. Hahahha! Tp aku buat time last day, kiranya tak kisah sgt la.

Aku agak gelisah jgk, aku bgtau Haizal yg aku nk keluaq [sekurang2nya blh share apa yg aku nk buat time tu, pasai experience pun tarak]. Sblm masuk 8.30 tu, 2,3 kali aku masuk keluaq tandas, taktau pasai pa. hahahaha! Gila!

Amyrul kata "Hang kalau nk fly ni toksah dok pandang belakang dh, pi terus buat taktau ja, keluaq ikut pagaq Pak Abu ni."

"Ish, aku nk pi la ni,,, tp tgk nu, cikgu dok lalu lalang. Mcm mn nk keluaq?"
"Time cikgu takdak la. Ni, aku bg petua kat hang, kalau hang langkah keluaq ja, hang dok buat pndang dua tiga kali ke blkng, tu tandanya hang tak yakin. Kalau hang takut, hang sebut ja nama aku seploh kali, gerenti lepas punya..." {Apa jenis petua daaa...}
Dia tambah lagiiii,,, "Time hang keluaq tu kalau ada benda tak elok jd kat hang, hang patah balik ja. Hang jgn dok pi dah, kalau dak kantoi." {Hhehehe,, ni kepecayaan masyarakat asli Penan ni.}

Aku tgk langit mcm nk ujan. Tp mmg ujan pun -renyai2-
Kehulu-kehilir aku bejalan. Gelisah jgk la, pasai tak penah buat benda ni..
"Aku dh nekad, nk fly jgk!"
Aku buang baju PJ, pakai baju dlm sj (bkn baju dlm yg tu naaa...) . Nasib baik aku pakai baju dlm elok -kaler hitam-.

"Hang nk aku hantaq ka, kalau mau aku blh hantaq." Pit tawarkan diri nk tlg aku. "Tapi aku ada satu ja helmet"
"Helmet aku ada kat moto plk, lupa nk bawak mai," kata Sharul.
"Takdak helmet pun tak pa, dekat ja. kat medan blkng stesen bas tu," aku habaq.
"Jom, pi la."

Aku pun, naik dgn Pit. Mintak dia hantaq aku kat Nasmeer. Kata kot Palie tak sampai lg. Bila aku kol dia, dia kata dh ada kat medan. Aku pun bejalan kaki ke sana.
Sampai ja, muka Palie tejongol dpn aku smbil dia galas beg sandang. Menatang apa ntah dia bawak.

Kami pun ambik tempat duduk kat gerai roti canai. Makannya, roti teloq sorang sbijik, aku minum teh ais, dia minum teh O ais limau.

Sambil dok tunggu benda2 peransang selera tu sampai, aku belek2 artwork yg rupanya kat dlm beg sandang dia tu. Tak la teruja sgt aku tgk. Sekurang2nya aku blh tau tugasan yg akn aku dpt time masuk U . Artwork yg dia bawak tu dlm bntuk buku skrap yg agak besaq. Bahan2 nk buat agak renyah jgk nk dpt. Lg satu artwork bekonsepkan Ambiguous Illusion. Huh! itu aku kagum.

Kami dok merapu2 kat situ smbil makan roti canai. Pastu aku nk tekucil..hadoiiyaiii,, susah la sejuk2 mcm ni . Peluh tak keluaq, dia keluaq kot lain pulak jdnya..

Time tu aku belanja Palie, pastu aku gegas ke tandas.

Kami pun pusing2 satu pekan Jitra. Tak tahwan hala time tu.

Habih ja pusing, aku ajak dia masuk skolah dia tak mau. dia kata rasa pelik sbb bukan skolah kat situ dh even tu tempat dia study dulu. So, kami rancang nk pi tasik. Pasai boring gila.

Aku masuk skolah ikut pintu depan, cadang nk bawak keluaq moto. Tp was2 jadik ke dak..

"Woi, aku nk bawak keluaq moto pulak. nk buat mcm mn ha?" aku tanya kat geng2 kelas A2.
"Hang bawak la lalu kot ni, mai keluaq kot pagaq Pak Abu ni," cadangan yg agak extrem drpd Sharul. "Betoi ka hang nk bok keluaq ni? " Beliau mau kepastian lg.
"Ha, betoi la. Palie dok tunggu aku la ni. Kami nk pi lepak kat tasik pulak."
"Kalau nk keluaq, tlg ambik helmet aku sama. Aku nk keluaq ngan Pit."
"Ish, buleh ka? Aku nk keluaq kot depan takut mak guard tu tahan. Dah la td dia tgk dh muka aku." Aku was2.
"Jom, kita buang baju. Pakai baju dlm.. Nnt dia ingat la yg kita ni orang kerja kantin." Cadangan Sharul.
"Ha, jom. JOm lekas, pastu kita pederas moto. Bukan dia nk sedaq sgt." aku kata.
"Mudahnya hang lalu ja kot pagaq Pak Abu ni. Susah apa..." Pit dok ulang cadangan tu sj.

Aku pun rasa mcm nk terima ja cadangan tu. Tp mmg gila la... tak penah pelajar buat mcm tu.

Dua kali jgk la aku masuk tandas. Palie pun dok talipon tanya bila nk sampai. Aku pulak dok kata tunggu sat, tunggu sat, tengah plan nk keluaq mcm mn ni..

"Hang ni nmpak sgt mcm tak penah buat benda ni." Sharul kata.
"Mmg pon, ni semua first time aku fly time skolah. Tp takpa la dh hr last, kira open skit. Tp tu la masalahnya, cikgu pulak dok kehulu kehiliaq lalu depan ni."

Aku pun kehulu kehiliaq jgkkk,sbb nervous.

Tiba2 cikgu Aziah [guru yg selalu dok urus PSS] panggil, mintak tlg pi ambik buku apa ntah dlm kotak -aku lupa- kat bilik guru. Aku pun pi la tlg. Sharul ikut skali. Lepas siap semua keja remeh tu, aku habaq kat depa.

"Aku nekad dh, nk blah keluaq la ni jgk."
"Betoi, hang tlg ambik helmet aku sama. Bawak mai kot blkng ni."
"okey, okey.."

Aku pun pi ambik moto. Huh! rasa mcm tak pecaya aku senekad tu nk fly keluaq pasai desakan boring yg amat!

Start ja moto, time nk kona keluaq dr blok frm5, teserempak pulak dgn cikgu Aishah (guru penasihat PraU).

"Aii,, awai balik?"
"Ahaa,, ada kerja skit.." {kerja apa pun aku tak tau. Hantam sj laa...}

Alamakkk,, dh nk sampai pondok mak guard. dlm pala aku dh tesedia alasan nk keluaq ke bank sbb urusan UiTM, yg aku pikiaq time awai td.

Tapi....

Alhamdulillah...
Kepala Mak Guard tu tgk kot laen. Aku pun pederas la moto, kona ke belakang skolah nk bg helmet Sharul.

Akhirnya,,,
Semua selesai. Aku kol Palie bgtau kat dia aku dh lepas...

Kami jumpa kat jalan masuk Taman DarulAman Jaya, Lutfi pun ada skali. Agak hepi jgk la kalau ada dia. Tp sayangnya, Alia ajak Lutfi teman dia makan kat FoodCourt Aneka.
Huh! Alia ni, kacau betoi. Makan je la dgn Pa'an yg dia bawak sekali tu. Susahkan Lutfi ja...

Aku pun ke Tasik Darulaman dgn Palie ja.
Kami pi lepak2 kat situ bawah khemah. Sedaq2 ja Sharul, Pit, dgn Ramzi muncui.
Huh! Depa pun telepas jgk.
Kami dok sembang2 sat. Pastu Palie dok gaduh nak naik bot kayuh2 kat situ sbb seumoq idup dia tak penah naik lg. {Aku dh penah, time mula2 pmbukaan tasik tu}
Kami pun pi tanya abang jaga bot tu.

"Bang, tambang bot ni berapa?" Palie tanya.
"Adik mau yg mana? Adik mai tgk kat sini," dia panggil smbil tunjuk kat pelekat harga yg dok belakang timbunan kayak. Smpai kami kena sua kepala pi jenguk.
"Yg bot kayuh tu," Palie habaq.
"Ooo,,, yg tu utk kanak2 sorang 2 ringgit. Utk Dewasa sorang 3 ringgit. "
Palie tanya lg, "berapa lama blh naik?"
"Setengah jam sj. Adik nk naik la ni ka?"
"Smpai pukui berapa. Nk katup dh ka?"
"Kami nk katup dh la ni. Dr pukui 8 smpai 12 tgh hr ja. kalau adik nk naik, mai balik pukui 4 nnt. kami bukak smpai 8 malam."

"uh, kesian kat hang tak blh naik. tak pa, kita mai pukui 7 nnt, main smpai pukui 8."
"Otak ang, maghrib dh tu." Palie penuh kecewa.

Pastu kami balik ke khemah bgtau kat geng2 td yg agak kepingin nk naik bot kayuh tu .

Lepak2 sat. Palie penuh kecewa smpai nk menangis .

Palie sedih pasai tak dpt naik bot kayuh.


Huh! Mmg best jgk time hr last skolah. Aku buat bnda yg aku tak penah buat...
Tp, itulah yg dikatakan pengalaman,
mendewasakan,
mematangkan fikiran.
{Aku tak rasa pun yg aku dh matang}
...HAHAHAHHAHAH...
...Buye, buye..

3 comments:

  1. Style2.. blog jamban mana weh?? sangap jamban!

    ReplyDelete
  2. huhuhu..terrrrrbaik lar..ni memang terrrbaik..SMK JITRa...A2??bkn diamond ker??

    ReplyDelete
  3. @miss iZziana hahahaha,,, ni time aku Form 6 . Aku memang kelas 5 Diamond time form 5 dulu ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...