Monday, October 5, 2009

8A Untuk Mama & Abah (Komik-Ku)


Page 1

Page 2


Page3



Page 4

Ni merupakan komik pertama yang aku hantar ke Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, iaitu majalah sekolah aku. Aku hantar time Form 3, 2006. Aku takdak idea sebenarnya nak buat komik ni, dan format dia pun aku tak tau. Maklumlah, komik untuk majalah sekolah, mestilah ada kriteria2 tertentu yang dikehendaki untuk lulus publish. So, apa yang aku buat, aku copy balik konsep bagi komik pelajar tahun sebelumnya. Kalau dilihat balik, mmg agak serupa jugak la muka surat depannya. Ada pengenalan kawan2 baik.

Pertama kali buat komik untuk di-publish-kan, mmg pening kepala. Banyak aspek perlu dilihat, sama ada dari segi bahasa, jalan cerita, dan isi kandungan yang ingin disampaikan. Waktu ni aku buat memang 100% guna tangan, takdak sentuhan komputer langsung. Untuk dialog, kena tulis tangan memang susah. Tulisan kena jaga supaya pembaca dapat lihat dengan jelas. Page tak boleh kotor, kalau tidak kualiti karya akan turun. Huarggghhh! Pening!

Nak atur jalan cerita, HUH! First skali aku dapatkan kebenaran kawan2 aku dulu untuk guna nama mereka. Ini mmg penting, kalau depa tak restui penggunaan nama tu, tak berkat jugak hasil karya aku. Tambah2 lagi si Izzat, dia watak utama. Last skali mati pulak watak dia tu,,, wajib untuk aku dapatkan kebenaran guna nama dia. Kebiasaannya, seseorang pelukis komik akan buat draft untuk jalan cerita komik mereka, aku pun begitu jugak. Ni merupakan pengalaman pertama aku buat komik dengan begitu berstruktur. Sblm ni aku cuma pakai lukis saja. So, agak susah untuk pikir jalan cerita yang ringkas, padat, dan mutakhir. Hahaha!

Mengikut langkah2 yang teratur, pertama skali aku pikirkan tajuk cerita > bilangan watak > nama watak > bilangan muka surat > create jalan cerita beserta dialog > last skali barulah aku mula melukis dan buat susunan kolum . Setelah siap sketch guna pencil, aku double pulak dengan pen, paling last adalah inking guna dakwat cina. Dakwat ni water soluble, kalau kena tangan mmg kotor la.

Selalunya kalau lepas siap satu2 komik tu, tak kira la dari aku Form 3 sampai sekarang ni, aku msti akan show kat kawan2 sekelas . Biasa la, nak tunjuk kata aku ni terer melukis. kahkahkah! Tapi time tu lukisan aku bukan elok mana pun . . .
Okey la, sekian untuk kali ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...