Saturday, October 3, 2009

Bagaimana Aku blh terjebak dgn aktiviti melukis ?

Berkongsi pengalaman "bagaimana aku blh terjebak dgn aktiviti melukis ni?" . Segalanya bermula scr serius waktu aku drjah 6. Sebenarnya aku minat melukis sejak dari kecik lagi, sejak umur 5 tahun. Aku suka sangat tgk bapak-bapak sedara aku melukis, dan suka suruh depa lukis utk aku. Pastu aku tiru. Aku jgk suka cari kertas atau buku kosong to make a doodle. Pak Cik aku mmg pandai dlm bidang seni. Dia serba boleh. Sekarang ni dia serius dalam seni bonsai, mmg serius tahap gila gaban! Kampung Tok aku penuh dgn pokok bonsai. Aku kagum!

Bermula Darjah 6, aku mula serius. Aku ingat lagi, sorang kawan aku ni dia gila game. Game Final Fantasy dia adapt kpd versi buku . Aku merupakan orang pertama yg dia ambik sbg pemain. Dia ni jgk pandai melukis. Aku suka gaya lukisan dia yg melukis hero penuh tough. Atas sbb aku mmg gilakan game dia, aku mengambil inisiatif utk hasilkan game buku aku sniri. Sbnrnya season game buku ni dah lama, sejak aku darjah dua lagi. Tapi bila naik darjah 6, aku ngan kawan aku paling gila buat game ni. Kawan aku cuma guna sebuah buku, tapi aku bantai hingga 11 buah buku! Combine pi combine mai, sampai jd mcm sebuah kitab...

Inilah kitabnya.. Hehehhe. . .

Kalau nk tengok picture2 buku game aku, klik sini

Oleh sbb gila main game buku ni, aku mula cari pengikut utk mainkannya. Daripada sorang, bertambah kpd dua, tiga, dan sampai empat orang... Tiap2 hari kami balik lewat, pukul 3 petang. Selalunya kami lepak main game tu kat bangsal basikal. Bila balik rumah, aku akn update status pemain game aku. Aku buat, kawan aku jd conductor. Dia punya otak gila2 skit, otak game...aku tak main game2 kmpter time tu sbb aku mula dpt kmpter time Form 2, ayah aku masukkan nternet time aku Form 6 (sekarang la). So, aku cuma guna imaginasi aku yg jgk gila2 ni utk hasilkan satu dunia yg takdak sapa dpt tembusi, kecuali aku dgn geng2 aku yg dah di-install dgn game ni dlm pala otak depa, iaitu game Final Fantasy book version ciptaan aku sniri.

Game yg berselirat jalan cerita ni, aku bina dengan penuh teliti. Status heronya berkait rapat dengan watak lain. Setiap satu punyai hubungan tersendiri. Memang tak nampak benda ni, tapi kami reka secara maya, dan catatkannya dalam beberapa buku status log. Memang terperinci, sebijik mcm game yang dok ada la ni. Aku tak blh lupa dgn kenangan darjah 6, hari2 kami cakap pasal game ni. Imaginasi kami mmg kuat! Bila cikgu tak masuk kelas atau senggang masa antara guru subjek, kami akn main .

Bertitik tolak dr situlah, aku mmg gila melukis. Aku jeles dgn lukisan kawan aku yg lebih lawa dr aku. So, aku pulun betul2 melukis. Sampai mak aku marah sbb aku asyik dok buat game tu. Pernah satu hari, mak aku koyak buku game tu. Nasib baik cuma beberapa page sj yg terkoyak. Hahahah! Mmg kebal, sbb kulit dia aku balut dgn selotape. Lebih kurang sebulan sblm UPSR, aku still dgn game aku. Kawan2 aku pun sama... Lepas UPSR? Lebih gila jdnya. Banyak mainan yang dibawak ke skolah. Cthnya: tudung tin, Chess, kereta mainan 4WD, dan yang utama bagi aku adlh game aku.

Dengan result UPSR yg agak baik, iaitu 4A 1B . Aku diterima masuk ke SMK Jitra, sebuah skolah menengah harian terbaik di daerah Kubang Pasu. Aku masuk ke kelas 1 Intelek, sbb kawan sekepala dgn aku tu kelas ni. Tapi kami telupa nk sambung game ni. Dia pula kena pindah ke Penang, mak dia hantar dia ke sana. Sbbnya, masalah disiplin, gila ke CC dok main game. Nasib baik aku tak mcm tu. Sejak dr tu lah kami loss contact.

Aku boleh mula dpt kawan2 di Form 1 adlh melalui lukisan aku. Mereka tertarik dgn lukisan aku. Alaaa,,,tertarik stail budak2 la. Lukisan aku pun tak matang lg time tu, KERASSS... Aku mula promote game aku scr perlahan2 kat kawan2 aku. Mulanya sorang, pastu depa mai berdempek pelan2 tgk apa yg aku buat. Bertambah dua orang, last skali maksimum yg aku dpt ialah 3 orang. Itupun agak gila2 kami main. Kali ni, aku sorang jd conductor. Aku guna experience time Darjah 6. Tapi game aku dah tak menyengat mcm dulu, sbb jalan cerita panjang sgt dan aku tak berapa pandai nk ringkaskan. Tambah pulak, sorang pemain yg jgk kawan baru aku tu terpaksa pindah ke Skolah Menengah Integrasi Kubang Pasu. So, game jd hambar. Masuk sj last year, aku stop kejap buat game tu. Cuma buat sikit2 sj.

Bermula cuti akhir tahun Form 1 aku, aku asyik berlatih melukis saja. Dan dari situlah aku mulakan komik pertama aku bertajuk Legend of Kiyoshin. Arggghhh! Susahnya buat komik. Satu column pun ambik masa yg lama. Nak lukis posture manusia yg buat action pun sukar bagi aku. Tapi, itulah cabaran! Aku gunakan natural skill aku utk melukis, iaitu pemahaman sedia ada. Aku buat action sniri utk dptkan scene & pemahaman yg baik mengenai anatomi tubuh manusia.

Komik pertama aku mmg tak matang dr segi dialog dan jalan cerita. Maklumlah,,,semuanya buat ikut kepala aku sniri tanpa ada rujukan drpd mana2 komik lain. So, cacamerba jadinya. Pada suatu hari tu, ntah mcm mana feeling aku berubah dan aku mula minat utk lukis anime girl. Sebelum ni, iaitu dari darjah 6 aku asyik lukis lelaki sj. Mungkin aku dh meningkat remaja, sbb tulah feeling aku berubah utk melukis gurl pulak. Lukisan gurl aku yg pertama adlh dlm komik aku tu la (komik tu aku hadiahkan pd sahabat PLKN aku dari Kelantan. So, tak leh show la.), mmg pelik. Tak elok langsung! (Bagi aku time tu dh cukup perfect). Aku mula mencari rujukan, aku mencari karekter anime gurl yg sepadan dgn jiwa aku. Aku mahukan yg cute2 sj, yang sempurna segalanya aku rasa. Sblmnya Aku bnyk merujuk kat majalah GEMPAK, majalah JOM, dan majalah G3. Tapi masih tak puas hati dgn isi kandungan dan karekter anime gurl yg aku nk jdkan rujukan terlalu sedikit. Belum cukup utk menyempurnakan pengetahuan aku berkaitan lukisan gaya anime.

Pada satu hari tu dalam bulan 9 tahun 2005, aku melawat bnyk kedai buku yg jual bnyak komik untuk mencari rujukan, tapi tak jumpa yg sesuai. Aku kembali ke kedai buku yg selalu aku pergi iaitu di kawasan taman perumahan aku. Visi artistik aku telah mmbawa aku untuk mencari sebuah manga yg penuh dengan karekter yg sepadan dgn jiwa aku, apa yg aku kehendaki semuanya ada di dlmnya. Aku mula mencari di bahagian komik, perasaan aku lain sangat. Aku yakin akan jumpa. Dan akhirnya aku menemui manga Negima karya Ken Akamatsu. Gaya lukisan inilah yg aku mahukan! Cute dn sempurna segalanya! Itulah rujukan aku. Hingga kini, aku menggunakan konsep lukisan yg sama dgn Ken Akamatsu, tetapi dalam gaya aku tersendiri.

Sudah banyak karya yang aku hasilkan, sama ada komik, ilustrasi, ataupun manipulasi gambar. Semuanya dilakukan dengan penuh teliti. Kematangan komik aku boleh dilihat dengan jelas melalui komik yang aku hantar ke majalah skolah. Aku mula sent komik start Form 3 sampai aku Form 6 (sekarang). Perkembangan aku terkini, aku dalam proses belajar lukisan potret dan kartun dalam bentuk ringkas dan pantas. Aku jugak cuba untuk menghasilkan artwork sepantas mungkin dan mempercepatkan pemikiran kreatif aku sehabis yang aku mampu.

Itu sahaja yang aku nak ceritakan buat masa ni, kalau aku teringat something yang lain aku akn story. Hm hm hmmm . . .

1 comment:

  1. Pengalaman,
    Mendewasakan,
    Mematangkan fikiran...
    Pahit getir yg dilalui,
    Guruku sejati
    ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...