Aku dah pun graduated daripada diploma. Bersama-sama si dia, kami mendapat apa yang kami inginkan setelah sekian lama berjuang di UiTM Perak. Best sangat bila dapat melihat keluarga kami tersenyum. Keluarga aku dan keluarga dia dah pun bersemuka. Mereka saling kenal berkenalan antara satu sama lain. Detik-detik manis naik ke pentas dan menerima sijil diploma memang tidak dapat dilupakan. Walaupun kami tidak duduk sekali waktu dalam dewan kerana nombor giliran kami jauh, itu tidak menghalang kami daripada untuk tidak terus bersemangat dan mengecapi kegembiraan. Sempat juga untuk kami bergambar sebelum dan selepas menerima sijil.
Sekarang ni si dia menyambung pengajian dalam bidang Grafik & Media Digital, masih lagi di UiTM Perak. Aku pula berhijrah ke UiTM Shah Alam, dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni Halus. Disebabkan aku menukar jabatan dari grafik ke fine art, menyebabkan aku terpaksa turun satu semester, iaitu ke semester dua. Si dia pula meneruskan pengajian dalam semester tiga. Itulah yang terpaksa aku hadapi, selepas ini si dia akan graduated dahulu sebelum aku. Ehmm,,, apa-apa pun, pengajian hendaklah diteruskan demi cita-cita yang ingin aku genggam, iaitu memperoleh PhD dalam waktu terdekat.