Sunday, January 6, 2013

Back To Precious Moment in Love (Application of Habituation Concept)

Hari ni aku nak buat sedikit perkongsian cinta dengan korang semua. Bukan aku nak cerita pasal percintaan aku, tapi aku nak kongsi sedikit ilmu berkaitan cinta. Achewaahhh~ heheh, sedikit sebanyak apa yang  aku tau, aku kongi la dengan korang. Sekurang-kurangnya dapat membantu menyerikan lagi hubungan cinta bagi pasangan yang sudah berkahwin ataupun yang sedang hangat bercinta. 

Pernah tak korang semua alami situasi yang aku nyatakan kat bawah ni ?
* Kali pertama korang menemui gadis/jejaka yang korang suka dan sangat cintai, hati korang rasa berdebar-debar dan kepala rasa macam pusing-pusing pening (keadaan ni dipanggil 'angau') ?

* Pada masa awal bercinta, semuanya rasa best. Hari-hari rasa macam nak jumpa. Rindu pulak sepanjang masa membelenggu. Kalau keluar dating rasa macam taknak balik je... Semuanya indah-indah belaka.

* Bagi yang dah berkahwin, time kat tempat kerja every second asyik rindukan suami/isteri. Bila balik rumah asyik nak peluk-peluk je. Cara percakapan pun sweet-sweet... Boleh dikatakan semuanya indah belaka.

Itu pada awal percintaan dan pada awal perkahwinan, tapi bagaimana pula bila dah lama bercinta / berkahwin, tempoh masa kita boleh ambil contoh adalah dalam setahun dan ke atas. Mesti contoh yang aku berikan kat bawah ni korang pernah rasa mahupun alaminya, kan ?

* Rasa bosan mula menyelubungi bila kekasih korang send SMS dengan menyatakan perasaan rindu pada korang. SMS rindu itu pula hari-hari dah pernah korang terima daripada kekasih korang tu. 

* Keindahan bercinta yang pernah korang rasa waktu kali pertama bertemu dengan si dia tidak lagi korang rasa pada ketika ini. Korang pula tercari-cari semula bagaimana perasaan waktu kali pertama bercinta dahulu.

* Rasa rindu pada kekasih/suami/isteri kadang-kadang saja muncul.  Itu pun cuma kejap-kejap saja. Pernah juga sampai tak muncul langsung perasaan rindu tersebut (ini lagi parah).

Apakah sebenarnya masalah bagi situasi semua ni???

Masalahnya adalah berpunca daripada diri korang sendiri. Ini sebenarnya masalah psikologi dan dalaman korang.  Pada awal percintaan, hormon endorfin yang mengawal rasa gembira korang itu merembes dengan begitu banyak. Setiap kali bertemu kekasih anda, rasa gembira dan perasaan indah hadir dengan begitu ekstrem. Sehinggakan yang terlalu taksub dengan cinta sanggup buat apa sahaja, sebab itulah boleh wujud kiasan "gunung sanggup ku daki, lautan api sanggup diredahi..." Ini bagi membuktikan ketulusan cinta bagi pasangan , yang selalunya hanya diagungkan pada permulaan cinta sahaja. 

Bila dah selalu sangat bertemu dengan kekasih itu, selalu keluar dating, dan kata-kata manis kerap dihamburkan sehingga tidak tahu apa lagi yang nak diucapkan, maka semakin berkuranglah rembesan endorfin tersebut, dan semakin bosanlah perhubungan itu. Situasi ini berkaitan dengan Habituation Concept. 

"Habituation is a psychological learning process wherein there is a decrease in response to a stimulus after being repeatedly exposed to it. This concept states that an animal or a human may learn to ignore a stimulus because of repeated exposure to it."
Secara ringkasnya aku terangkan di sini, bila korang selalu jumpa dengan awek korang, lama-lama korang pasti rasa bosan. Rangsangan terhadap kemanisan cinta itu dah semakin terhakis. Contoh lain yang paling berkesan, cuba korang cubit kat mana-mana tubuh badan korang dan hold untuk satu tempoh yang lama dengan pressure yang tak berubah. Awal-awal korang pasti akan rasa sangat sakit, tapi bila dah lama hold, dah tak sakit lagi dah. Itu la dinamakan Habituation Concept. Bila korang cubit kat tempat lain pun sama jugak, awal-awal rasa sakit tapi bila lama-lama dah tak sakit lagi dah. Hahahah. . . Sama saja macam cinta, awal-awal rasa manis, tapi lama-lama kalau tak dilakukan sesuatu pasti akan rasa bosan.
Bagaimana nak kembalikan kemanisan percintaan tersebut ?

"Habituation concept states that an animal or a human may learn to ignore a stimulus because of repeated exposure to it."
Kemanisan cinta boleh hilang because of repeated exposure...  
Korang perlu tukar gaya percintaan korang yang korang buat pada masa sekarang ni, kalau selalu guna panggilan 'saya, awak', 'I, U', 'sayang, hubby', cuba tukar kepada yang baru seperti 'abang, sayang' , 'dinda, kanda' ,  ataupun 'bulat, muchux' , hehehe... apa-apa saja lah, asalkan korang rasa best dan sesuai. Sebab panggilan sesama pasangan ini pun memainkan peranan jugak dalam memastikan kemesraan perhubungan mahupun keharmonian rumahtangga.

Lakukan apa yang tak pernah lagi anda buat. Kalau sebelum ni anda selalu bagi bunga pada kekasih, cuba tukar gift tun supaya ada kelainan sikit. Hadiahkan la anak ayam warna warni, ataupun tupai terbang kepada kekasih anda tu. Kalau dia tak suka binatang, korang hadiahkan la diri korang pada si dia,,, cakap kat dia yang "tiada lagi hadiah lebih bermakna dan berharga melainkan diriku sendiri..." (ini bila dah langsung tak tahu apa nak bagi pada si dia).

Kembali melakukan perkara yang dah lama korang tak pernah buat pada si dia. Kalau dulu korang selalu berbalas surat cinta, tapi sekarang ni main SMS ataupun facebook saja. Surat-menyurat dah lama ditinggalkan, dianggap kuno la katakan. Bila main SMS, semuanya ikut short form words saja. Sekejap saja dah tahu khabar si dia, dah jadi tak surprise. Apa kata cuba tukar kepada balas membalas surat. Plan dengan pasangan korang untuk tempoh tertentu tak payah main SMS ataupun call, cuba buat stail orang dulu-dulu yang kerap mengutus surat. Tulis dalam ayat yang penuh romantik dan penuh perasaan. Buatlah madah-madah yang penuh berbunga. Pasti kaedah ni dapat mengembalikan kemanisan cinta yang dahulunya  hilang.

Cinta sebenarnya memerlukan kreativiti dan perlu mahir berimaginasi akan keindahan. Apabila anda merasakan kemanisan cinta itu sedikit pudar, kenangkan kembali waktu kali pertama anda bertemu dengan si dia, bayangkan wajahnya pada ketika itu dan bayangkan pula bagaimana perasaan anda pada ketika menatap matanya, hati anda pula bagaimana akan getarannya. Pasti anda kembali merindui si dia apabila terbayangkan saat-saat pertama kali tersebut...

Senaraikan juga perkara-perkara yang anda ingin lakukan bersama pasangan (ini bagi orang yang betul-betul rajin la),  senaraikan banyak-banyak lagi bagus. Lakukan apa yang anda senaraikan tu, anda pasti tak akan rasa bosan lagi dah dengan pasangan anda kerana anda mempunyai pandangan yang sudah jelas berkenaan perkara yang ingin dilakukan bersama pasangan. 

Okey la kawan-kawan sekalian, rasanya dah cukup banyak apa yang aku kongsikan di sini. Pendek kata, kalau buat satu-satu perkara dengan pasangan anda tu, jangan la ulang kerap-kerap sangat sampai kemanisan tu hilang. Bercinta mestilah jugak kreatif, baru colourful perhubungan tu. Hahahha... Sekian..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...