Dah hampir dua minggu dia bekerja, selama itu jugak la pelbagai spesis manusia dia lihat. Semua itu adalah cabaran baginya mendapatkan beberapa not kertas bernilai tinggi bagi memenuhi impian hati. Hari-hari yang dilalui bukan semudah mengenyit sebelah mata, apatah lagi bila sering dihinggapi langau-langau bertopengkan lebah.
Sering jugak aku sendirian bermuhasabah, "bukan mudah menjadi seorang perempuan, dan tidak ringan beban ditanggung apabila bergelar lelaki..." Jika menjadi bunga, jadilah mawar yang cantik tetapi berduri. Dipijak sakit, dibuang sayang. Benarkan lebah menghinggap, halaulah menatang langau yang mendekat..
Bunga aku adalah mawar yang memang berduri. Dia memang cantik. Tak kesah la kalau banyak yang nak hinggap. Aku tak risau sangat, duri yang banyak dah menghalang. Kadang-kadang kesian jugak kat dia. It's okay, aku tak penah marah pun. Aku pun dah banyak memahami pasal dia.
Mereka yang berkenalan dengannya yang nak kenal dengan dalam sedalam lautan Atlantik, aku memang tak benarkan. Tapi tak suruh ditolak secara memababi buta tuli, guna cara orang cerdik. Langau pun ada perasaan. Kalau ditampar, konfem-konfem la kena gigit. Jadi bunga cantik, akarnya pun kena la cantik. Selalu aku pesan, jangan directly kata tak suka, kena jaga perasaan lelaki tu jugak, kesian kat dia...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bunga : Tak ade lah, buat kueh.. ( buta ke aku tengah lipat kain niey ! )
Langau : Amboi, perli saya nampak...
Bunga : Hahah..terasa ke? sorry lah.. nak saiz ape??
Langau : saya nak saiz L, boleh ?
Bunga : Nah saiz L.. :-)
Langau : OK, thanks...Awak, nak kenal boleh???
Bunga : ????
Langau : Nak tahu name awak, and nak number phone awak... Senang nak contact..
Bunga : Perlu ke tahu sume tu???
Langau : Perlu lah, sebab nak kenal dengan awak..
Bunga : sorry lah, saya dah bertunang lahh..
Langau : Ohh, ok.. saya gerak dulu..bye...
Setiap hari adalah hari yang sama, perkara yang sama. Bersabarlah sayang...
p/s : Berdasarkan kepada cerita dia kat aku. Entri ditulis secara roughly.
No comments:
Post a Comment