Kitaran perjalanan hidup kita umpama roda yang kejap di atas kejap di bawah. Begitu jugak dengan hati, perasaan, dan kegembiraan yang kadang-kala ada pasang surutnya. Tiap kali hari raya dah cukup klise di corong-corong radio akan berkumandang suara-suara merdu insan lama mendendangkan lagu raya. Bila dengar banyak-banyak lagu raya, tekak aku terasa ngilu. Lirik dengan gaya yang sama diulang berkali-kali tanpa jemu; -hari raya, hari bahgia, hari mulia, raya, bahagia, mulia, hari raya, hari bahgia, hari mulia, raya, bahagia, mulia,hari raya, hari bahgia, hari mulia, raya, bahagia, mulia-
Begitulah ayat yang kerap diulang berkali-kali yang berjaya membengangkan aku.
Makna raya tahun ni adalah membebaskan perut aku daripada lapar dan dahaga di siang hari, serta membuang aku ke daerah kebosanan melampau tanpa member-member yang beraya sekali. Diharapkan raya hari ke-2 lebih bermakna berbanding hari sebelumnya.
Usia aku yang dah memasuki fasa 20-an mungkin penyebab kurangnya tunas rasa keseronokan beraya. Kalau aku diberi sekor doremon, dah tentu mesin masa yang menjadi permintaan pertama padanya. Keinginan pergi jerit-jerit bagi salam kat rumah orang masih menebal dlm diriku, pastu taknak masuk rumah diorang makan kueh sbb nak duit raya ja. Melihatkan pada situasi sekarang ni yang kurang meriah perayaan aidilfitri, aku rasa sedikit terkilan sbb kebanyakan orang lebih suka terperap dalam rumah saja melayan Fesbuk dan chatting dengan member-member. Beraya di zaman moden lebih mudah bagi mereka, cuma on komputer dan wish Selamat Hari Raya dgn text dan webcam ja. Hanya segelintir masyarakat yang masih mengekalkan amalan nenek moyang, pergi ziarah menziarahi dari rumah ke rumah.
Fenomena raya digital melanda masyarakat kita sejak beberapa tahun lalu setelah kewujudan henfon yang boleh send picture mesej. Walaupun dalam hitam putih, sudah cukup gah bagi siapa-siapa yang memiliki henfon sedemikian rupa. Kad raya sedikit demi sedikit dipinggirkan. Kini semakin jelas saturasi dan kontranya berbanding sedekad yang lalu, kewujudan kad raya 'tradisional' umpama UFO sekiranya ada posmen yang memasukkannya ke dalam peti surat mahligai anda. Designer pulak dah macam buang masa create design-design kad raya yang baru, tapi tak laku mana pun aku tengok. Makin menimbun ada la, buat semak rak kat pasaraya ja..
Kad raya 'tradisional' orang kita dah anak tirikan. Kemajuan perkomputeran dan kewujudan perisian-perisian grafik macam Photoshop, Illustrator, Corel Draw, dan Paint (dah makin maju sekarang ni) dah mula menjajah amalan tradisi kita. Mereka menjadi pembunuh kepada keriangan dan kemesraan tradisi mengepos dan menerima kad raya melalui pejabat pos. Walaupun semua perubahan ni dapat meringankan sikit beban pekerja-pekerja Pos Malaysia, itu bukan bermakna secara batiniah mereka merasa kegembiraan. Mereka turut menerima tempias akibat revolusi perayaan Aidilfitri yang kita cipta ni. Masyarakat yang pintar IT semuanya buat kad raya sniri, yang tak pintar pun berusaha terkial-terkial nak buat kad raya digital. Sanggup taknak berkorban satu sen pun untuk beli kat kedai...
Begitulah yang selama ni aku perhatikan, budak-budak main mercun pun dah kurang. Diorang lebih suka duduk menghadap komputer dan bukak Fesbuk.
Itulah dunia kedua manusia selepas bumi.
~SALAM AIDILFITRI~
No comments:
Post a Comment