Rasanya, aku mmg terlewat untuk post entri ini.
Artwork ni aku hasilkan sempena hari ibu.
Mmg jika sekali pandang, tidak nampak sebarang tanda sempena hari ibu.
Namun, maksud yg ingin aku sampaikan adalah mengenai penyesalan seorang anak yg tidak pernah menghargai jasa seorang ibu yg selama ini membesarkan dan menyara hidupnya.
Pada ketika ibunya sudah tiada, barulah insan ini sedar akan harga seorang manusia bergelar ibu. Dia hanya mampu terkapai-kapai dlm bayangan kebahagian apabila melihat orang lain gembira bersama ibu, sedang dia yg hakikat berada dlm kedukaan berjauhan drpd ibu yg kini berkubur di barzakh.
Menggunakan sepenuhnya software Paint drpd Windows 7 sbg medium penghasilan painting ni, aku berjaga sampai ke pagi untuk mengisi ruang kosong ketika itu.
Aku cuba bermain dgn garisan, agak susah jugak buat painting dgn kawalan menggunakan mouse. Aku mesti dapatkan drawing tablet utk mudahkan lg kerja aku selepas ini.
No comments:
Post a Comment