Inilah artwork2 zku dikala keboringan.. Aku lukisnya sewaktu dalam kelas.
Bukan boring sbb lecturer mengajar, tapi boring disebabkan mengantuk.
Mengantuk yg teramat sangat, benci aku kat setan yg dok bergantung kat mata bila dalam majlis ilmu.
Terapi yg paling berkesan buat aku bagi menangani masalah mengantuk ini adalah dgn cara buat sketching atau lukis apa2 jer. Ntah la, aku pun tak paham dgn diri aku ni. Cuma dgn cara pegang pensel dan pikir apa yg nak dilukis, dan mencoretnya di atas sketchbook mahupun kertas A4, itu sahaja yg dapat hilangkan rasa mengantuk yg melanda diri.
Sebenarnya bnyk lagi contengan2 dlm kelas yg aku buat ats sketchbook, nnt bila berkesempatan aku akn masukkan lebih lg.
No comments:
Post a Comment