. . .Cik Sya ohhh Cik Sya. . .
Kamu kata yg kamu mmg minat melukis dan mahu jd spt aku. Kamu jeles sama aku, tapi jeles kamu adalah positif. Aku suka cara kamu.
Kamu show kat aku dua drpd drawing kamu. Aku tgk basic kamu agak cantik dan ada potensi dpt skill lukis yg baik. Aku sgt terharu melihat lukisan kamu, aku tahu yg kamu sgt berusaha keras krn amat susah utk dpt satu2 skill dan teknik drawing.
Biarpun ada kelemahan, itu bukan masalahnya sbb aku dulu lg teruk drpd kamu. Kelemahan itulah salah satu drpd pelajaran yg mesti kamu sentiasa rujuk utk buat pembetulan keatasnya.
Meniru lukisan orng lain adalah sgt tdk salah, kerana pelukis2 hebat belajar drpd meniru. Meniru dan merujuk sama shj. Aku jgk belajar drpd meniru. Kalau kita tak meniru, mmg bnyk kesalahan yg akn kita lakukan krn drpd meniru itulah pembaikan dpt dilakukan sepanjang masa.
Setelah proses meniru kita lakukan dan kita dh faham dgn teknik, barulah kita cuba buat lukisan kita dgn cara sendiri berdasarkan asas yg kita dh fahami dgn betul.
-TO DRAW IS TO SEE- Cuba kamu pandang sekeliling kamu dan buat pengamatan dgn betul2, seterusnya ekspresikan apa yg kamu lihat di atas sketchbook atau kertas.
Kalau kamu minat lukis kartun, kamu perlu bnyk lihat orang disekeliling kamu krn ia akn bagi idea dr segi gerakan dan posisi tubuh. Seterusnya, lakarkan di atas kertas lukisan kamu.
Rujukan perlu bnyk dibuat dari segi anatomi tubuh. Bila nk lukis kartun gaya manga, propotion anatomi adalah hampir sama dgn manusia sbnr. So, utk memudahkan cara, adalah lebih baik kita merujuk sendiri tubuh kita.
Baiklah, cukup setakat ini serba sedikit nasihat dan panduan drpd aku utk Cik Sya.
ADIOSSA.. Byee. . .
No comments:
Post a Comment