Monday, February 15, 2010

Labu-Ku Selamanya


Labu,
Labu,
Labu,
dan
Labu
...

Kenapa dgn labu?
Ada apa dgn labu?
Adakah beliau begitu istimewa?
Apa yg menyebabkan beliau disebut2 olehku?

Begitulah nasib sebijik labu yg sentiasa direnung olehku sejak beberapa minggu ini.
Beliau lah subjek matter aku untuk Kelas Visual Research Drawing (VRD), subjek matter bagi projek kedua aku iaitu kajian bentuk 3D .

Kenapa aku menggunakan labu?

Kerana aku merasakan labu begitu menarik.

...Labu oh labu...

Aku perlu merenung tiap inci tubuh labu tersebut untuk memahami dan menghayati texture-nya. Aku suka bentuk labu tu. Sangat menarik bagi aku.

Apasal labu aku di atas tu berkacamata?

Hahahha,,, saja nk buat beliau bagi stylo skit. Hensem pa?
Hahahha. . .

Untuk projek ni, setiap pelajar perlu lukis Analytical Drawing, iaitu lukisan yg sebijik2 sama mcm subjek matter. Shading, lighting, tone,
semua tu diambik kira utk wujudkan lukisan yg realistik.

Hoh! Bagi aku itu mmg challenging la, sbbnnya sblm ni aku bukan pernah lukis pekara2 alah mcm tu. Yg aku tau cuma lukis kartun sj. Hah! Aku tak kesah semua tu. Itu la cabaran bagi pelajar Art mcm aku. Aku anggap setiap masalah itu adalah cabaran, dan di penghujung nnt semuanya adalah kejayaan. So, apa yg nak dirisaukan? Tugas aku cuma pikirkan cara utk selesaikan cabaran tu sj. Hahah! Mudah kan ?
Itu la motivasi bagi aku.








Aku jenis yg agak detail dlm buat benda2 mcm ni. So, artwork aku agak lambat disiapkan. Lecturer aku kata, kalau lambat takpa asalkan artwork tu bekualiti.
Aku tak la risau sgt pasal tu, apa yg aku risau cuma terlalu lambat. Itu yg aku cuba elakkan.

Artwork labu di atas mungkin cantik bagi pandangan sesetengah orang. Tp bagi aku masih belum cukup sempurna. Aku masih lemah dr segi lighting (pencahayaan). Aku jgk masih belum faham dgn stroke lukisan aku.
Aku cuba mencari satu ketetapan yg betul2 serasi dgn diri aku.

Buat masa ni, aku sedang berusaha mengumpulkan seberapa bnyk teknik lukisan.
Dengan menguasai pelbagai jenis teknik (yg aku sendiri susah nk terangkan sbb cuma aku sj yg paham), baru la aku dpt merasai kepuasan.

Bila dh habis buat Analytical Drawing, kami dikehendaki buat lukisan structural dan jgk membina structure labu guna dawai (pelbagai jenis dawai yg berbeza saiz)
Yg ni aku still in progress, belum siap sepenuhnya. Huh! mmg mencabar nk buatnya, first kena buat mock up (saiz kecil skit), lagi satu pulak kena buat final structure (besor punya). Aku rancang saiz utk final structure adalah dua kali ganda drpd saiz asal labu.

Kesusahan yg terpaksa aku hadapi adalah disebabkan kelainan yg cuba aku buat pd artwork structure aku ni. Kengkawan lain cuma guna dawai medium saja, tapi aku pulak guna dawai saiz paling tebal utk buat dia punya kerangka. Gila punya keras time nak lengkungkan dawai tu. Aku tahan skit rasa sakitnya, demi kualiti yg aku nk capai dan kelainan yg aku cari, terpaksalah risikonya aku tanggung.
Hahahha! Itulah aku, yg sukakan kelainan.

Lukisan labu drpd roommate aku. Dia ambik course Building.
Aku suka dan terharu dgn lukisan ni yg penuh dgn nilai penghargaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...