Tuesday, February 16, 2010

My Tongkol kayu & Teknik Power Point


Drawing
Drawing
Drawing
...

Begitulah kehidupan Art Student, sentiasa dikelilingi dgn aktiviti drawing.
Apa guna masuk Art & Design kalau tak minat drawing.
"Kalau ada skill tp malas pun tak guna "

Aku tergolong dlm kelompok student yg skillfull, tapi pemalas.. Bukan pemalasfull, malas skit2 sj. Kalau aku malas penuh, mmg tak wujud langsung la drawing kat atas tu..

Ada kisah di sebalik drawing tu. Time En.Suhaimi nk tgk drawing yg ptt disiapkan tu. Ramai tak habiskan drawing mereka. Termasuk la aku... Bila student letakkan sj drawing diorang utk dibariskan, drawing tu pulak tak lengkap. En.Suhaimi terus ambik dan lempar utk dibariskan sebaris dgn drawing yg low kualiti.
Huh! Kecut perut aku bila dengar drawing board terhempas...

Mcm mn dgn aku?
Haha! Drawing aku tak kena hempas pun. Cuma dibariskan dlm barisan sblm terakhir..
Pastu En.Suhaimi ambik letak kat depan utk dipamerkan. Fuh! Cering aku rasa... Dia cakap yg aku skillfull. TAPI PEMALAS! Arghh! Tercabar sgt aku rasa..
Mendalam sungguh kata2 tu.
Mmbuatkan aku fikir yg aku tak layak jd Budak Art
sekiranya tak mampu siapkan drawing dlm waktu yg ditetapkan.

Sbnrnya drawing aku bukan ada apa2 istimewa pun, biasa sj. Mungkin disebabkan teknik yg aku gunakan ni dh mmberikan satu ilusi dlm pandangan lecturer aku. Bukan sihir tau. . .

Aku still bangga dgn teknik yg aku guna utk buatkan lecturer tertarik pd drawing aku
walaupun tak siap bnyk. Hahha! Teknik tu dinamakan Power Point.
Aku tackle pd bahagian tertentu di lukisan aku menggunakan teknik ini. Sblm tu prediction perlu dilakukan dgn mengambilkira pd bahagian manakah kita dpt tarik perhatian orang yg melihat lukisan kita supaya apa yg dibuat tak gagal.

???APA ITU POWER POINT???

Ini bukan Microsoft Power Point la, Power Point ni merupakan satu teknik penghitaman pd bhgian trtentu spt kita bagi pressure dlm penggunaan drawing tools -pensel @ pen-
Sekiranya kita merasakan lukisan kita kosong dan hambar, penggunaan Power Point bnyk membantu dlm mengisi kekosongan dan kehambaran tersebut. Ditemui bahawa dgn teknik ini kita hanya perlu memberi penghitaman pd key segment garisan utama (essential line) yg akan dipandang terdahulu. Contohnya: Potret muka seseorang, essential line yg perlukan Power Point adlh pd bahagian dagu, lekuk antara mata & pipi, dan leher.

Power Point tidak perlukan sentuhan penghitaman essential line yg terlalu panjang. Hanya sekadar sikit coretan penghitaman shj. Power Point sgt mmbantu dlm mmberi keseimbangan terhadap komposisi keseluruhan lukisan. Justeru, kemahiran dlm mengesan essential lines adlh sgt perlu dikuasai supaya kita tdk silap dlm meletakkan Power Point dan akhirnya merosakkan lukisan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...