Sunday, December 13, 2009

Mainan KENANGAN



Beyblade kepunyaan aku yg elok lg


Baru2 ni aku masuk dlm blog sorang ni, blog Paan Art Creative (Itu Blog KeduaKu), aku masuk dlm blog kedua beliau yg cuma menceritakan perihal dirinya sahaja selain drpd Art.
Aku tertarik pd satu entri abang Paan ni, dia story pasal mainan yg dia suka main time skolah rendah dulu, mainan yg dia paling minat adalah game digimon -yg dok main bela2 menatang monster tu-

Entri dia ni dh mengingatkan aku sama pd mainan2 bermusim ni, aku dulu pun mmg gila2 la jgk layan benda2 ni mcm main jentik tudung tin, game digimon, kereta 4wd, beyblade, & crush gear.

Musim main beyblade ni start time aku darjah 5 tahun 2002. Aku ingat lg, beyblade aku yg first skali nama dia Gazzly. Itu la beyblade pertama aku, aku beli dgn harga RM3.90.
Huh! Aku sbnrnya cuma suka beli ja, main lawan2 ni tak la sangat.
Hahahaha! Beyblade pertama aku ni dh takdak, hancur dh sbb aku dok main belah2 kat dinding.

Aku suka kumpul benda2 ni, pastu main combine dgn part beyblade yg lain. Aku dgn sorang kawan kat taman perumahan aku ni mmg baik gila2, dia yg ajak aku layan mainan beyblade .
Dia mmg layan dgn serius game ni,

aku sekadar ada benda tu sj dh cukup.
Sayang nk main lawan2 ni, takut hancur pulak.

Bila anime beyblade ni keluar kat tv3,
perasaan teruja tu dh tahap dewa.

Pengaruh anime dia mmg kuat sangat,
bila aku dh tau dr anime yg beyblade ni ada penunggu dia

-dipanggil Holybeast- aku mula rasa yg beyblade aku pun ada holybeast jgk dan blh dikontrol utk begerak dgn bagi arahan pakai mulut sj. Hahahah! Tp tak begerak-gerak pun mcm dlm anime bila aku bg arahan.
Hadoii. . .

Kereta 4WD dan Crush Gear aku


Masuk saja darjah 6, tiba pulak musim kereta 4WD ataupun lebih dikenali sbg Kereta Dash dalam kalangan geng budak2 ni. Kegilaan kat kereta dash ni gak melampau2 la jgk.
Ditambah pulak dia blh di'upgread' kelajuan tu. Tp kos utk beli kereta ni agak tinggi la jgk bg budak2 skolah rendah time tu. Dia ada macam2 jenis model dan jenama. Model2nya aku dh tak ingat, yg jenama tu aku ingat la. Jenama paling hebat dan gempak udah tentu la Tamiya. Kereta dr jenama ni mmg terkenal dgn originaliti dan kelajuannya. Pd waktu tu, sapa yg ada model dr jenama Tamiya ni, dia la yg paling top and 1st.

Jenama yg kedua adlh Auldey, jenama ni mmg cukup familiar dr dulu sampai sekarang.
Harganya pun berpatutan, aku mmg suka layan barang2 drpd jenama ni. Harga kereta dash utk Auldey cuma RM9.90. Hahahah! Aku nk beli kena korek duit tabung la.
Itupun beli curi2 time mak aku takdak kat rumah. Untuk enjin kereta ni pulak, harga cuma RM5.90. Hoh! Waktu tu aku nk dptkan RM10 pun agak susah.
Ahhh,,, biasa la, budak skolah rendah. Mana blh pegang duit sniri lg.
Hm hm hmm...

Jenama2 lain yg aku suka beli adlh jenama Gokey dan TT . 'TT' tu ntah jenama apa ntah, walaupun agak 'koro', tp dia punya design body kereta tu blh tahan la. Yg jenama gokey ni aku senaraikan di tempat ke-3 slps Tamiya dan Auldey, sbb kualitiya agak bagus.

Walaupun aku mmg minat kereta dash ni, tp cuma minat gitu2 ja. Seingat aku, aku cuma penah lawan sekali sj. Sbbnya, masalah bateri. Hahahah! Bateri ni agak slack skit la, pttnya kena pakai bateri rechargeable. Tp aku pakai bateri biasa ja. So, terhad skit nk main tu.
Aku mmpu pakai bateri charge ni lambat skit. 1st time aku beli bateri tu agak canggih la jgk, jenama Gokey dgn kekuatan 9000 mAh ,
tapi aku tak tau nk charge kat mn.

So, aku buat charger sniri pakai body kreta dash yg bahagian bwh punya (Buat pala tau).
Last2, aku dgr samting pelik dr dlm bateri tu -bunyi menggelegak-
Akhirnya, rosak jua... Hahahhaha!

Pastu, dinasti bateri charge yg baru pun bermula. Aku pakai jenama yg sama jgk, tp cuma 700 mAh ja.. Huuuu. . .

Yang Crush Gear tu jenama Auldey dua2nya.
Time lepas UPSR aku start main.

Tak serius pun, sekadar bagi ada cukup la.
Yang paling aku suka, gabung2 campur body dia.
Rasa power lain mcm ja. Hahahha! BEST wooo bt mcm tu.


Yoyo yang 'evergreen'

Musim yoyo bermula time aku frm1. Bila keluar ja anime Super YoYo kat ntv7, aku jadi teruja tahap dewata raya. Dengan sepantas mungkin, terus aku menuju ke pasaraya terdekat utk cari kalau2 ada yoyo jenama Auldey dijual.

Nasib menyebelahi aku apabila yoyo terbaru dh dipasarkan
-jenama Auldey-

Yang kaler merah tu la yoyo terawal dlm tahun 2004. Teknologinya adlh yg terbaru. Musim yoyo ni smpai aku frm3, thn 2006.

Kegilaan yoyo dlm diri aku makin kemuncak apabila ada drama dr Taiwan yg buat story pasal yoyo -apa ntah tajuk dia- . Aku pun dptkan sekali lg yoyo terbaru dgn teknologi yg ditambahbaik kali ini -yg kaler hitam tu- Sampai sekarang aku still guna yg sama jgk.
Yoyo sblm ni tak berapa tahan sangat, dh dua kali aku tukar. Cuma yg merah tu ja elok lg.

Aku mmg gila2 training utk dptkan sepuluh level asas yoyo.
Sampai jari melecet.

10 level tu bermula drpd Long Sleeper smpai la ke Loop The Loop .
Hahhaha! Semua aku dh blh..
Buat 'trick' sniri pun aku cekap, aku mmg tak penah lupa 'trick2' yoyo yg aku hafal tu.

Okey, stakat ni sj coretan pasal mainan zaman dulu2 smpai skrng.
Hidup time budak2 ni amat indah.
Aku rasa mcm nk balik ke zaman tu semula.

Tp, apakan daya,,, hidup ni sentiasa kedepan, bukannya kebelakang.
Anyway, ingat pesanan tu.
Mksdnya, amal ibadat ni jgn dok lupa,
sbb rumah kata "pergi" dan kubur pulak kata "mari".

. . .Hm hm hmmm. . .

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...