Tuesday, October 13, 2009

Perincian Aku


Aku Nieyzar, Muhamad Nizar bin Mohamat Salleh.

Bersekolah di SMK Jitra, 06000 Jitra,

Kedah Darulaman. Aku belajar sekejap di Frm 6, dan sekarang di

UiTM Sri Iskandar , Perak utk course Art & Design.


Merupakan anak sulong drpd 2 orang adik-beradik. Adikku lelaki berusia 10 tahun, sekolahnya di SK Bandar Baru Darulaman, sama dgn sekolah aku waktu dulu. Aku belajar di Tadika Perpaduan, dekat dengan rumah aku di Taman Mahsuri.


Aku jenis orang yg berpemikiran abstrak, mudah berubah mengikut keadaan, boleh masuk dgn semua orang. Sbb tu la aku blh berkawan dgn orang yg lebih muda drpd aku, mahupun yg lebih tua drpd aku. Kadang2 aku pun tak paham dgn diri aku. Aku berbeza personaliti, menggunakan imej yang berbeza dgn orang yg berbeza. Aku tdk suka something yg terlalu logik, mcm Matematik. Jika dipandang melalui ilmu pemikiran, pemikiran aku dr jenis yg lateral. Lebih menggunakan otak kanan berbanding otak kiri. Otak kiri aku lebih mahir pd bahasa,

otak kanan aku lebih kepada something yg imaginatif dan kreatif.

Aku dh kaji semua, sama ada melalui pembacaan ataupun search internet.


Jika kita mencari di sana sini perihal rahsia pemikiran dan otak, kebnykan para saintis & pakar lebih menumpukan pd kajian bagi membongkar rahsia otak kanan. Kalau tak percaya, try to search it anywhere... Mereka kata, dalam otak kanan kita merupakan lombong emas yg perlu digali utk mendptkan sesuatu yg bakal merubah hidup kita. Aku mmg percaya, kerana di situlah kekuatan aku. Aku benci Matematik, mksd aku Matematik yg rumit. Kerana Matematik, aku terpaksa merubah hala tuju hidup aku drpd pelajar sains yg ingin menjadi doktor kepada pelajar yg menjuruskan hidupnya pd seni. Result SPM aku okey, kalau Matematik Tambahan aku tak Gagal, aku layak masuk ke Kolej Matrikulasi. Tp, aku sudah ditakdirkan begini. Hasrat aku, akan aku pindahkan kepada anak aku kelak.


Mesti ada yg sangka aku ni berkapel. Dan mesti ada yg nk tanya aku berkapel atau tdk? Sblm anda bertanya, aku jawab dulu. TIDAK.. Aku tdk berkapel dan tdk suka berkapel. Kenapa tak suka, ataupun takdak orang yg suka kat aku? Tidak, aku mmg tak suka. Buat apa berkapel, CINTA kan ada. Kalau aku kata mcm tu, msti ada yg mnjawab " Iya la, nk bercinta, msti berkapel dulu." Hahahah! Cinta tak perlukan hubungan kapel beb, buat apa berkapel pastu dok layan perasaan. HARAM tu! Tak payah berkapel, selalunya orang yg berkapel ni takut utk melafazkan CINTA pd orang yg dia suka. Pasangannya pun sama..Kalau anda insan yg berani, untuk lelaki, anda perlu tampil berkeyakinan melafazkan CINTA pd pasangan, yg perempuan mesti bagi 'hint' pd lelaki. Slps berkawan, terus bercinta, pastu kahwin. Itu yg sepatutnya.


Aku benci orang yg berkapel, pastu dok layan perasaan buat muka tensyen, ada yg bt muka cool. Apsal jd mcm tu, cuma orang yg putus cinta sj yg layak mcm tu. Mmg susah nk paham manusia kini. Lagi satu, dlm My Space ni. Pasangan yg berhubungan suka sgt nk tayang CINTA mereka dgn dok post 'status' nk tunjuk yg mereka tu kapel. Cthnya, "Ily Boy", "Love him so much", "My bf bushuk lew", and so on... Ish,pelik la mereka ni. Cinta mereka murah sgt2! Siap boleh tayang2 lagi perasaan tu pd orang.


Tentu ada yg tertanya2, kenapa aku kata mcm tu? Sbbnya, bagi aku geng kapel ni tak matang. Perasaan tu bg mereka ibarat permainan yg boleh dilambung keatas dan dibaling kebawah. Hinanya tindakan mereka. Aku tdk akn mmpu kata mcm ni tanpa pengalaman. Aku pernah bercinta. Tapi cinta aku tdk berbalas. Hahahaha! Itulah pengalaman, aku juga mmbuat pemerhatian, dan menganalisa apa yg orang bercinta fikir. Cinta ini sesuatu yg subjektif, berbeza untuk orang berbeza. Ingat, tiada kapel! Yang wujud, cuma cinta... Cinta adlh kebenaran, hakikat kapel adlh kepalsuan.


About me? It's me, Nieyzar. A truthly me...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...