Thursday, October 1, 2009

Kenali Aku


1 Oktober 2009. Hari ini merupakan hari pertama aku ingin serius dalam menguruskan blog aku. Selama ini aku tdk memahami Apa Itu Blog. Namun, setelah aku mmbuat pemantauan terhadap blog kawan2 aku. Baru aku dpt mengenalpasti akan fungsi blog, iaitu sbg diari, catatan peristiwa, berkongi pengalaman, dan jg sesuai utk berkongsi karya bagi orang spt aku. Dalam blog aku ini, apa yg ingin aku fokuskan adlh berkongsi karya dan apa shj yg berkaitan dgn unsur kreatif yg sejiwa dgn aku.

Sbg permulaan, aku ingin mmperkenalkan diri aku. Nama aku Muhamad Nizar bin Mohamat Salleh, seorang pelajar. Pada 1 Oktober 2009, aku masih pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra dlm Frm 6. Tapi, pada 1 Januari 2010 aku tdk tahu lagi di mana tempat belajar aku. Aku perlu tunggu shj ketetapan hidup aku pd masa hadapan. Di samping itu, aku perlu jg mengikut arus hidup, serta mengubah haluan apabila diperlukan. Sbg hamba Allah, kita tak blh bergantung kpd Qada' dan Qadar semata-mata tanpa perlu berusaha. Kita perlukan tindakan untuk memastikan perjalanan hidup ini sempurna dan stabil tanpa kegoyahan.

Berpegang pd prinsip "Bersusah dulu, baru senang kemudian", aku tdk takut terseksa dgn hidup ini, kerana aku tahu penyeksaan yg aku rasa itulah yg bakal mmberi kesenangan pd aku di masa hadapan. "Bersedia menghadapi segala kemungkinan", aku gunakan prinsip ini apabila aku suka pd seseorang perempuan itu. Berpegang pd kata2 inilah yg mmbuatkan aku kebal dlm perasaan, tdk mudah rasa kecewa bila dpt tahu dia sudah berpunya ataupun tdk mmpunyai sebarang perasaan pd aku. Mmg mendalam mksud prinsip aku ni, ia melatih seseorang utk sentiasa berwaspada dlm perlbagai perkara. Aku turut mengajarkannya pd kawan2 yg bercinta, ttp aku tdk bercinta. Cinta itu bukanlah sesuatu yg mudah, ia rapuh seperti kaca. Susah utk kita dpt, tapi mudah untuk terlerai. Kerana itulah ramai yg bersefahaman mengatakan cinta itu sesuatu yg subjektif dan abstrak atas sbb ia mudah berubah mengikut individu.

Sbg kesimpulan, aku ingin mengatakan bhw hidup kita bagaikan suatu drama. Kitalah pengarah dan kita juga sbg pelakon. Kitalah yg menentukan perjalanan hidup kita sama ada baik atau buruk, berjaya atau gagal. Jadi, buatlah yg terbaik untuk drama ini supaya dpt menarik ramai penonton dan peminat yg setia. . . Hm hm hmmm...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...