Sikit-sikit SENTAP, sikit-sikit SENTAP! Dah macam kura-kura.
Apa kejadahnya dok SENTAP2 nih. Bukannya bahagia pun.
Member cakap silap skit, mula ar nak sentap. Pastu buat muka cam lembu nak kena sembelih.
Budaya ni dh makin berleluasa sekarang. Aku pun tak paham sgt la.
Best sangat ka? Boleh tarik perhatian orang? Orang lain akan kesian?
Ha, jawap cepat?
"Hang tak blh ikut kami, kereta tak muat."
~"Okey, fine..."~
"Tapi hang blh stay kat sini, snap apa sj gambar yg patut."
~"Takpa la, aku tak kesah..."~
~S.E.N.T.A.P~
"Wei, hang ni diam skit buleh dak? Memekak je dari tadi. "
~"Yela yela, aku diam. Aku je yang memekak. Aku je yang buat bising. Semuanya aku aku aku!"~
~S.E.N.T.A.P~
Bukannya tak buleh langsung nak sentap-menyentap ni, tapi kalau dah kerap-kerap sangat memang orang lain akan jadi meluat. Nak berkawan pun jadi tawar hambar. Kalau setakat nak tarik perhatian orang lain, memang tak la,,, takkan berhasil punya kalau kerap2 sangat sentap. Hahaha! Buruk sangat bai..
Sebenarnya entri ni aku nak tuju kat insan yang kuat sangat SENTAP KURA-KURA. Korang bayangkan la kura2, bila kita 'touch' kasar skit, mula ar dia sentap kepala masuk dalam. Sekali ngan kaki dia masukkan..
Ha, Sentap ar lagi.. Sentap kura-kura. Jadi la cam kura2..
budaya sentap memang berleluasa~
ReplyDeleteeh sentap-sentap itu biasa. tapi lelama meluat tengok kan.. kan..
ReplyDeletenpa ramai orang sentap eh tahun 2011...hohoho :p
ReplyDelete