Thursday, December 16, 2010

~Cinta~

Assalammualaikum...

Aku yang bernama Muhamad Nizar, entah kenapa tiba2 waktu pagi muda yg hening, gelap, sejuk menggeletaq ni, terdetik di kalbu utk aku tulis sebuah entri berkaitan cinta, (pendek ja tajuknya: ~CINTA~) sedikit Islamik berbanding biasa bagi sebuah cinta yg luar biasa... Story pasal cinta ni pernah aku sent kat majalah skolah aku tahun 2008 dulu, time Form 5. So, kali ni aku share pulak ngan korang mengikut gaya yang tak dibenarkan olh pihak skolah aku (bahasa tak rasmi).

Aku bukanlah seorang yang mahir dalam percintaan, tak pernah becinta, dan kadang-kadang saja dincintai (mcm buhong ja). Hobi aku adalah tengok orang bercinta, dan mendengar orang bercinta bercerita pasal cinta mereka. Pengalaman cinta itu aku bnyk dapat drp mereka, tapi masih belum aku terjebak dengan sebuah nukilan cinta yg benar2 serius.

     I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...
Ni la sebahagian daripada ungkapan asmara yang sering dituturkan mereka yang sedang 'mabuk cinta' a.k.a angau. CINTA, cukup mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan paham akan makna disebaliknya? aku percaya, tentu ramai yang ragu-ragu serta berteka-teki dalam problem untuk membabitkan diri dgn pekara ini.




     Cinta sebenaqnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang payah ditranslitkan, subjektif la maknanya. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur dan suci. Tak boleh dipaksa serta dibeli dengan wang ringgit (aiceh.. bebunga2 pulak bahasa aku).

     Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 

Back to the future 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adlh suatu kecintaan padu yang sepatutnya hanya tertumpu untuk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' bererti patuh kepada ALLAH dan meluat kat action yang menyalahi perintahNya. 

     Tentang cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dalam Al-Quran:-
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54.
" Jika kamu benar-benar mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31



Dah jelas dah, walau mcm mana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Sbbnya, bila kita tau hakikat ketuhanan yang sebenarnya, InsyaAllah konfem kita dapat membezakan yg mn intan yg mana kaca, dan yg mana biri2 yg mana pulak kambing. . . Falsafah ada menyatakan, “Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada orang lain.” Bila ikut falsafah aku pulak, "kalau rasa diri tu tak lawa, tak payah becinta. Jodoh kan Allah dh tentu. So, tunggu je la jodoh tu mai."

Of kos la korang pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah kan? seorang wali wanita yang hidup antara 95 - 185 Hijrah. Cinta Rabi'atul pada Allah merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T. Korang pulak cam mana, just cintakan makwe/pakwe ja...? Suci sgt la cinta tu kan, blh pegang sana sini. Suci la tu.. huh!
Aku tau, bkn semua teruk. Ada segelintir saja.. Diorang paham cinta tu lain, fahaman stai barat la katakan.
Asal becinta ja, serahkan semuanya. Habih satu body diraba rabi <bahasa stai aku).

     So, kat sini aku nak tanya. Apakah definisi cinta pada pandangan korang? Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta? Romen sana sini, raba rabi sana sini blh dikatakan cinta?  Atau... adakah dengan ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononnya cinta suci?




Dusta! Dusta! Itu semua dusta! Kiranya sorang laki tu benar2 mencintai sorang pompuan, tidak akan dia sanggup mencemarkan maruah, kasih sayang, dan iman lovernya (hulamak, ayat drama bai..). Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau impian? Lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sebagai bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu dan godaan SYAITAN... Terus terang aku cakap, bercinta bukanlah utk dapatkan hubungan seks a.k.a romen (bahasa orang muda), tetapi cinta seorang lelaki yg benar adlh bertujuan melindungi perempuan. Lelaki diciptakan utk bg kebahagiaan pd wanita, bknnya mencemar maruah diorang dgn dgn memecahkan dara (kalau pmpuan tu still ada dara).

     Secara jujur, sorang lelaki yg sememangnya jatuh cinta kat sorang pompuan yang diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat, serta penampilan yang meyakinkan insan yang dicintainya. Tapi, berhati-hatilah krn sesetengah drpd sikap yang penuh sopan santun itu, kadang-kadang penuh pulak dengan kepura-puraan. Sama mcm boya la, kalau dia nak makan mangsa dia, dia dok diam ja... Ayaq tu nmpak tenang mcm takdak apa2. Bila kita makin dekat, tanpa disangka, kejap ja dia 'ngap!' kaki. Putuih sebelah. Hahaha! Mcm lawak bodo ja analogi aku ni. . .

    So, INGATLAH!!! member2 sekalian,,, cinta yang murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yang melompat-lompat kegirangan dan begitu rapuh mcm kaca...  jugak bukan seperti cinta  'Romeo & Juliet', mahupun cinta 'Laila & Majnun.’ Tetapi, nikmat cinta itu lahir seperti cinta Rasulullah dengan Khadijah, Aisyah, dan Saidina Ali dengan Fatimah. Seperti lirik lagu Demi Cinta Suci nyanyian UNIC, penuh dengan keindahan sebuah cinta yang sebenar. 



Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Nasihat aku, jgnlah terlalu terburu-buru merebut cinta murahan yang berkeliaran di tepi2 kaki lima mahupun sekitar kota raya, kerana ia bakal menjadi virus-virus cinta perosak kepada kehidupan yang penuh peradaban. 




Wahai rakan2 sekalian,,,
     Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sedang dilamun cinta, namun bukan bermakna boleh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH  MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YANG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YANG TDK TERHITUNG... InsyaAllah...

2 comments:

  1. nak bagi pendapat, macam tak setuju bile awak cakap "kalau rasa diri tu tak lawa, tak payah becinta. Jodoh kan Allah dh tentu. So, tunggu je la jodoh tu mai."

    yup, memang betul jodoh di tangan Allah SWT, memang tak dinafikan tapi kita sebagai manusia perlu berusaha, selepas berusaha haruslah diselami dengan berdoa dan bertawakal =)

    cube awak bayangkan, kite hanya berdoa & bertawakal shj TANPA berusaha sedikit pom, adakah hasil usaha akn dtg bergolek-golek??

    kite takkan rase cinta sejati selagi kite tak rase cinta Allah SWT ^^

    cinta yang sejati HANYA CINTAKAN ILAHI
    cinta ayah bonda TULUS SUCI SELAMANYA
    cintakan saudara masa berada HANYA SEMENTARA
    cinta sesama insan SUBURKAN DENGAN KETAQWAAN :)

    ReplyDelete
  2. @zati

    thanx utk pendapat Zati,, betul tu..
    bg sy, apa yg sy nak mksdkan tu adlh lbh panjang lg,,
    selalunya orng yg tak lawa dh berusaha bersungguh2 bg mndapatkan cinta diorang drp pmpuan yg dia suka.
    Tp disbbkan tak berjaya dgn setiap usahanya, dia berhentilah drp bercinta..tahan cinta itu.
    itu la maksud "tak payah bercinta" yg sy katakan tu. Bkn beerti hilangkan terus rasa cinta dgn berputus asa ,
    ttp memendam perasaan cinta. Ada bagusnya dgn cara ni, sbb rasulullah pun ada cakap...

    Sabda Rasulullah..."Barangsiapa yg jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya,
    menjaganya dan bersabar, Allah akan mengampuni dosanya dan memasukkannya kedalam syurga..."

    dan lagi satu...

    aku diberitahu abu bakr ahmad bin 'ali al-hafidz, berkata : menceritakan kepadaku abu al-hasan 'ali bin ayyub, berkata :
    menceritakan padaku muhamad bin 'imran, berkata : menceritakan padaku yahya bin makhzum, berkata :
    menceritakan padaku hasan bin 'ali al-asynani dan ahmad bin muhamad bin masruq, keduanya berkata :
    menceritakan padaku suwaid bin sa'id, berkata : menceritakan padaku 'ali bin mushir dari
    abi yahya al-qathtat dari mujahid dari ibn 'abbas : barang siapa sedang rindu ( cinta ),
    lalu menyembunyikannya , menahan diri kemudian dia mati, maka meninggal dalam keadaan syahid.

    Hmm,,, tp tak kesah la, kan.. setiap orng ada pndapat masing2. Cuma betul atau tdk saja yg mmbezakannya.
    ok, thanx skali lg kpd Zati yg sudi berkongsi..

    ^^,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...