Monday, November 1, 2010

Jom Pi Kedah! JOM!

Mai chek ooi mai chek mai,
kita ke negeri Kedah,
mai ooi bagi ramai,
jamu nasik kawah...


Haaa,, mai woi! jom pi kedah time cuti sem ni. Sapa2 yg minat sgt tu, buleh la jejakkan kaki korang semua ke negeri tempat tinggai aku la ni. Even aku lahir kat Perlis, tapi aku dok Kedah, besaq kat Kedah. Hahaha! Tempat lahir sj  kat Perlis... Tak bg makna apa2 pun. . . 


Kalau korang dok jauh Selatan tanah air nu, langsung tak pernah rasa udara Kedah. Buleh la ajak famili ka, member2 senegeri atau dua negeri mai sini. Jauh tu mmg jauh, tp Lubnan lg jauh kan..? Hahaha!


Time2 dekat cuti sem ni la elok sgt utk aku promote negeri aku. Bnyk gila woo tempat2 best selain Langkawi yg semua orng dh tau tu.


Kedah sememangnya menjanjikan tempat-tempat yang menarik bangat untuk dilawati. Tak rugi kalau korang pilih negeri Kedah sbg satu destinasi percutian atau destinasi pelancongan korang jika berpeluang ke sini.  Sbbnya, Kedah ada banyak tempat pelancongan yang best lagi bersejarah. Ibu negeri Kedah, Alor Setaq misalnya; telah melahirkan ramai pemimpin negara seperti Perdana Menteri Malaysia pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara tempat menarik yang lain ialah seperti;

Balai Besar, yang dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Balai Nobat pula dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Balai ni menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong. Galeri Seni Lukis pulak menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan, dan peralatan muzik.

Muzium Diraja Kedah  merupakan bangunan yang dibuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735. Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ni la.



Masjid Zahir.
Menara Aloq Stuck
Bagi korang yg  Islam,  boleh la korang melawat dan smayang di Masjid Zahir yang dibina waktu tahun 1912 sbg penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Menara Alor Setaq pulak salah satu tempat yg juga menjadi tarikan pelancong. Menara ni dok kat  tengah2 bandaraya Alor Setaq. Dia tinggi la jugak, 165.5 meter dan menjadi lambang kemodenan serta kepesatan pembangunan di Kedah. Fungsinya adlh sebagai menara telekomunikasi.












Pekan Rabu.

Kalau dah penat bejalan smpai menitk peluh berkati2 tu,  boleh la korang menjejakkan langkah  ke Pekan Rabu untuk menjamu selera, rehat2, dan beli macam2 cenderahati untuk di bawa pulang. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional. Pekan Rabu terletak dekat dgn bangunan jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka tiap2 hari berikutan sambutan orang ramai yg sangat galak. Hohoho!



Air Terjun Lata Bayu.

Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang ada kat  Kedah ini. Antara yang boleh aku sebutkan ialah seperti; Terusan Wan Mat Saman yang menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar dengan kaki Gunung Jerai di Gurun, Sungai Petani, di selatan Kedah. Banyak sejarahnya disebalik terusan ini. Selain itu, anda boleh mandi manda di Air Panas Ulu Legong ,BalingLata Bukit HijauLata BayuRekreasi Arus Deras Sungai Sedim , Kulim; Air Terjun Perangin di SikAir Terjun Junjung, KulimLata Mengkuang, SikAir Terjun Lembah Bujang, MerbokRekreasi Tupah, Merbok; dan tak ketinggalan juga menikmati keindahan alam semulajadi di Gunung Jerai yg dekat dgn rumah Tok aku. Hahhaah!






Gunung Jerai.
Gunung Jerai menjanjikan lokasi percutian menarik dgn keindahan bunga, deruan air terjun, dan persekitaran nyaman. Kalau korang nk menikmati kelainan termasuk tengok bunga mangkuk beruk  dan bunga kembang tiga bulan serta menghirup udara segar, bertandanglah bersama famili atau member2 korang ke puncak Gunung Jerai, destinasi peranginan terkenal di Kedah. Hahaha!











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...