Saturday, October 30, 2010

Apa Dah Jadi dgn Aku ?


Sejak kebelakangan aku pelik  dengan diri aku, kadang2 buatkan aku tak paham. Kadang2 buat aku keliru.. Bukan apa, aku makin bnyk bekhayal. Khayalkan pekara2 kotorkah?
Hahah! Mana ada la, takdak masa aku nk pikir benda2 mcm tu.

Selalunya apa yg bermain di kotak fikiran aku, perkara2 fantasi ja. Sama ada yg logik utk berlaku ataupun tdk. Lg satu, yang selalu muncul adlh perkara yang brkaitan aktiviti harian aku. Pekara2 mcm ni kepala otak aku akn olah sniri, pastu jd la cerita2 baru. 

Hahah! Semua tu tak dirancang, otomatik dia muncul sniri! Bila time aku bt artwork, time tu jugak la aktifnya drama2 dlm kepala aku.
Salah satu contoh 'drama' dlm kepala aku, katakan aku keluar makan dgn member2 ptg tadi, kami makan dgn penuh hepi. 
Pastu waktu malamnya time aku tgh buat assignment, akn terbayang semula aktiviti makan2 tu, otomatiknya diolah dgn gaya sniri, aku bangun dr meja makan pastu simbah air ke muka salah sorang member . Pastu kitorang gaduh, lawan tumbuk. Main sepak terajang, aku yg tak penah2 buat flip 360 drjah, tiba2 blh buat dgn penuh stailo.

Hahaha! Gilo, gilo, gilo.. 

Bukan takat tu saja, kekadang time tengah buat assignment aku gelak sorang2, menangis, frust, & mcm2 lg la.. Mood pelik! Hoh! Tersangat ekspresif aku rasa.

Perubahan ni adalah sesuatu yg baru , aku pikir kalau tak dikonntrol sebaiknya, blh rosak idup .

Aku ada buat research , pasal penggunaan dominan hemisfera otak. Apa yg aku dapat, skrng ni aku lbh bnyk menggunakan otak kanan. 90% aku guna! Maksudnya pemikiran aku tak balance! 
Aku  tepikir utk jd lg power dlm idup , aku train diri  guna tangan kiri bila buat kerja. Gosok gigi, bukak tombol pintu, sapu sampah, pegang gelas, & mcm2 lg -kecuali makan, hahah-

Kesannya?! Huh! Of kos la bagus... Tp yg tak bagusnya, mcm yg jd kat skrng ni .. Aku dh didominasi otak kanan, -befikir mnggunakan perasaan, mudah tacing, asyik emo, post status kat fesbuk pun penuh jiwa2- 
Kekadang aku jd tak selesa, tp aku terpaksa ikut jugak. Ntah la, aku pun tak paham..

Dalam pd tu, aku cuba jd hepi even diri ni sbnrnya dlm kekeliruan. Bila disemak balik tahap gembira aku, rupa2nya spt palsu, aku tak hepi sbnrnya, cuma berpura-pura sj. Pd masa trtentu aku tanya jugak pd diri ni, ''adakah aku hipokrit?'' , ''adakah selama ni aku cuma berpura-pura baik dgn kawan2 aku?'',  ''adakah ini diri aku yg sebenar & sikap aku yg realistik?''. Susah jugak aku nk jawab. Sbbnya, aku keliru. Keliru dgn diri dan pemikiran aku.   

Bila diri didominasi hemisfera otak kanan, diri kita jd lbh ekspresif, brfikir menggunakan perasaan. Kalau tdk dikawal dgn bijak, parah jadinya. Aku sedar semua ni, setiap perkara tu ada baik dan buruknya. Aku cuba utk seimbangkan kembali diri aku, member bilik aku suruh aku buat matematik ataupun sudoku. Hahaha! Nasihat yg bagus. 
Tp nanti la aku buat, aku bosan sbnrnya dgn benda kira2 number ni..

Apa2 pun, kesimpulan yg dpt dibuat di sini adlh, kita perlu jd diri kita sendiri. Kitalah yg mencorakkan kanvas, dan bukannya orng lain. Kalau buruk warna yg digunakan, buruklah hasil kerja kita. Lukisan kita melambangkan apa yg kita fikir, begitu jugak dgn diri. I~aM~aKu ....


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...