Pada 5 dan 6 Mac yg lepas, fakulti aku (Fakulti Seni Lukis & Seni Reka) mengadakan program Team Building. Program ni hanya untuk Part 1 saja, tujuannya bagi eratkan hubungan semua student Part 1 dan jgk utk ENJOYYY. . .
Seperi biasa, setiap program pasti ada LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Bagi LDK 1, setiap kumpulan akn dibahagikan mengikut Fasilitator masing2. Kumpulan aku, TD1E di bawah seliaan
Cik Salawati.
Sesi LDK pertama adlh Ice Breaking. Kami dikehendaki buat nama kumpulan, bendera, logo, dan jgk moto bagi kumpulan kami. Bagi kami budak2 Art, semua tu bukan satu masalah. Idea sentiasa mencurah2, sampai susah nk pilih mana satu yg terbaik.
E 4 Peace
Nama kumpulan yg dipilih - ”E 4 Peace”- bendera kami pun siap ada gambar jari yg tunjuk tanda ’Peace’. Gambar jari tunjuk ’Peace’ tu diilhamkan oleh Aiman a.k.a Laksamana Sunan . Dalam tugas2 ni aku ambik peranan sikit saja, Cuma bagi sedikit sentuhan pada rekaan huruf ’E’ tu. Bahagian kaler2 ni diserahkan pada Danial, Zahid, dan kawan2 perempuan yg lain.
Tugas yg aku ambil adlh bahagian Performance Art. Aku yg rancang utk pesembahan tu. Bahagian ni yg paling sukar. Performance termasuk dlm LDK 3. LDK yg ke-2 adlh aktiviti Enviro-Art (mesti bina sculpture bertemakan Nature) . LDK-3 jg bertemakan Nature. Aku perlu fikirkan persembahan lain dr yg lain. Nak buat lakonan, itu terlalu common. Nak buat nyayian, dh lapuk dh persembahan tu. So, aku dpt idea time duduk2 relax sambil tengok member2 mewarna bendera.
Gaya Ala2 Power Rangers
Persembahan yg aku terfikirkan adlh sketsa berdialog pendek, satu babak cuma 3-5 patah perkataan sj. Disebabkan tidak terlalu kompleks, aku pun melakarkan setiap babak flow babak dgn gambaran orang lidi yg berdialog.
Persembahan yg aku terfikirkan adlh sketsa berdialog pendek, satu babak cuma 3-5 patah perkataan sj. Disebabkan tidak terlalu kompleks, aku pun melakarkan setiap babak flow babak dgn gambaran orang lidi yg berdialog.
Tiba time nak balik, Cik Salawati tanya ”Utk persembahan esk, kita buat puisi. Ada Sapa2 tahu buat puisi?”. Tiba2, Hawa menyampuk, ”Cik, Cik, Nizar pandai tulis puisi. Suruh dia buat...” .
Haduiii,,, bila masa pulak aku pandai tulis puisi ni... Suka ati dia sj main ’serkap jarang’..
Aku yg terpinga2 cuba iyakan sj, lagipun mmg aku sukarela nk arrange utk bahagian Performance Art.
Huh! Kena buat puisi, tapi tak best pulak kalau buat puisi sj. Aku cuba fikir yg something different. Kalau tak buat puisi, apa yg best selain drpd tu? Jadi, aku try gabungkan sketsa yg aku sketch td dgn puisi.
Tapi aku tak create lg. Cuma ada masa dlm satu setengah jam sj utk aku buat puisi tu. Puisi dlm bentuk sajak, bertemakan nature.
Pukul 8.30 mlm akn kami berkumpul di fakulti. Setelah pulang drpd program hari pertama Team Building, aku terus fikirkan sajak apakah yg nak dibuat. Fikir punya fikir, aku terbayangkan lautan – ada orang buang sampah – sampah bnyk – ada student datang protes prbuatan tersebut.
Alahaiii, , , sama mcm sketsa yg aku sketch tu la... so, idea utk sajak terus menjelma.
Lautan Ternoda
Buanglah, buanglah
Laut tercemar, hidupan pudar
Durjana manusia mengatur derita.
Alam tuhan maha indah
Setitis noda menular padah
Jangan dicemar laut khazanah
Walau dipaksa, petir memanah.
Bayu membelai biru memancar
Warna indah namun berduka
Belaian bayunya khabar derita
Meminta kita mencintainya.
Lemas insan dalam dilema
Sampah dibuang merata-rata
Tidak dibuang rasa tak kena
Kalau dibuang dikata noda
.
Sinaran mutiara pasti lenyap
Biru lautan bertukar gelap
Tidakkah difikir masa mendatang
Jika khazanah lautan menghilang...
Masih sempat ingin dikesal
Kilaf yg lalu dilupa padam
Bentangkan kanvas baru corakkan isi kalbu
Cintai lautan yg biru
. . . . .
Aku jadi pembaca puisi.
Begitulah sajak yg aku create dlm masa satu setengah jam. Agak pusing2 jugak la kepala aku memikirkannya. Nasib baik skill bahasa bunga2 aku time skolah menengah tak hilang lg, kalau tdk alamatnya gagal la pesembahan yg aku harapkan ’grand’ tu.
Tiba saja time pejumpaan yg ditetapkan, alahooiii,,, Bilik kelas takdak la pulak.. semua dh diambik kumpulan2 lain. Yg kelihatan Cuma Kumpulan H dok bersidang kat atas lantai di bawahhhhhh nun sekali, depan kelas seramik. Aku cadangkan kat semua supaya dok mcm Kumpulan H jgk kalau tak dapat bilik. Aku cuba pi usaha cari. Cari punya cari, akhirnya jumpa... Kami pun start meeting di situ dan habiskan mewarna bendera. Kali ni, Nizam yg ambik alih utk buat final ’touch up’ kat bahagian gambar jari. Dia punya skill Fine Art dh cukup highest. So, conteng sikit2 pun dh blh timbulkan form jari tu.
Bila semua tugas dh hampir siap, aku mula brieffing utk Performance Art pulak. Aku pun lukis la gambar orang2 lidi yg mewakili watak dlm puisidra tu. Tiba2 time dok lukis, Din dgn Akmal masuk dlm bilik kami. Hadoiii, , , terbantut kejap tugas aku. Fokus pun dh hilang bila diorang masuk lepak2 pastu buat kecoh. Hampir satu jam , bila dah balik baru aku dpt agih2kan watak utk persembahan esok.
Semua dh setuju dgn watak masing2, tak jadi masalah utk berlakon. Cuma utk dapatkan keharmonian tu susah skit. Tapi tak kisah la, sbb komitmen yg diberikan buat aku sikit terharu. Walaupun berlatih dalam masa yg begitu singkat, semua dpt catch up watak dgn baik.
Utk performance art ni, aku cuba dptkn idea utk libatkan semua classmate. Taknak ada seorang pun yg terkecuali, sbb markah kerjasama turut diambil kira. Mungkin sbb itulah kami dpt markah yg paling tinggi (Cik Salawati yg beritahu).
Sculpture Penyu Kedua
Kami turut diumumkan sbg pemenang keseluruhan bagi setiap acara yg dipertandingkan iaitu LDK2-Enviro Art dan jgk LDK3-Performance Art . Mmg tak sangka, aku tak expect pun utk menang keseluruhan. Mungkin inilah yg dikatakan ”tuah ayam nmpak di kaki, tuah kumpulan E siapa yg tahu”. Hahahah,,, TAHNIAH buat aku dan jugak semua classmates TD1E .
kenangan.. best weh time neh .. haha - zaahid izer..
ReplyDelete