Sunday, June 17, 2012

Saya Sayang Abah Saya, Tanpa Dia Mengetahuinya


Ramai orang kata, lelaki memang ego. Itu memang fakta bagi aku. Aku jenis yang susah nak luahkan perasaan. Selalu disimpan dalam hati dan berlagak kool. Tak sama macam sesetengah yang lain, mereka cukup mudah memberi apa yang dirasa dalam hati. Kadang-kadang aku sendiri tak faham macam mana mereka luahkan isi hati. Rasa mudah sangat... 

Kenapa bagi aku sangat susah? 
Tapi tak kesah la, asalkan perasaan sayang tu masih lagi kekal hingga ke akhir hayat. Aku lebih gemar luahkan perasaan melalui air mata sendirian. Berseorangan dan mengenang kembali perkara lalu. Walaupun ketikanya tak berapa indah, bila dikenang semula umpama syurga yang bertapak dihati. 

Aku sayang abah aku sangat sangat sangat!
Secara  spontan ketika aku menulis entri ini, air mata aku mengalir. Aku tak meluahkannya secara terus pada abah aku. Biasa la  kan, orang lelaki jenis yang ego. Aku mengaku sendiri perihal diri aku dan abah. Aku nampak abah memang sayangkan aku sangat, tapi dia tak tunjuk direct & dia tak cakap terang-terangan. Aku dapat rasa! Abah sayang aku sangat999! 

Aku pun sama jugak. . .


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ni la abah saya....

1 comment:

  1. memang kebanyakan lelaki sukar mengucapkan sayang pada bapa masing2 kan? tapi kalau kat ibu and 'buah hati'.. confirm tak payah tanye.. hari2 ucap sayang! heee..

    tapi... bukan lelaki aje.. perempuan pun kadang2 susah nk cakap sayangkan ayah.. mcm saya.. huhuhu... :)

    follow me & let makes friends!
    http://websitenina.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...